Isnin, 18 Mac 2013

Kenangan Lama

Ntah macam mane tiba2 ada gesa nak chet dengan kawan lama... kebetulan dia on9 d FB, malam-malam pulak tu baru nak tido, saje menyapa.... ada respon, hahaha.... borak la pasal live masing-masing ye la semua kawan2 yang di kenali sudah ada kehidupan baru bersama pasangan dan anak2..... 

setiap kenangan tercoret di diari hati......

Tapi ntah kenapa perlu dia imbas semula kisah yang telah berlalu, kenapa mesti nak terus terang saat ini, saat masa yang terlalu lama pergi jadi kenangan, semua orang boleh menjadi kawan selagi sikapnya tidak menjengkelkan. Begitu juga dia, aku senang dengan dia, orang yang aku kenal hanya seketika semasa aku mendapat pekerjaan sekarang dan penempatan sementara di KL. 

Cukup manis kenangan itu, dia seorang juru gambar di WISMA Ibu ketika itu. Selalu keluar makan malam bersama... hehehehehe dia belanja. Bawak aku berjalan-jalan dengan TZM dia, Mula-mula agak kekok, bila dah selalu jadi biasa dan 1 hari dia bukak helmet dia nak ke tandas, terhidu harum rambut dia, lembut pulak tu.. aduhai terkesima seketika hehehe..... 

"Jual Mahal" pulak katanya. Mana lah aku tahu dia suka pada aku lebih daripada suka, selagi tidak berterus terang maknanya hanya kawan sahaja, yang boleh pergi bila-bila masa dan mungkin ada pasangan lain. lagi pun aku sedar aku anak kampung, sedangkan dia orang bandar. Sepanjang perkenalan singkat itu, dia memang baik dengan aku. Dia lebih banyak mendengar dari bercakap, layankan cakap aku je, sambil tersenyum kadang kala tertawa. 

Inilah sebahagian kenangan yang mengisi perjalanan kehidupan aku, setiap insan yang aku kenali ada kenangan tersendiri, tak mungkin lupa, kerana kenangan itu sentiasa ada dalam memori hidup aku. Malah aku hargainya kerana kenangan itu sedikit sebanyak memberikan rasa gembira walaupun hanya seketika. kalian tetap dalam kenangan, dalam hati ada sayang......




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA