Selasa, 12 Mac 2013

Bersambung!!!!!!!!!!!!

Ada apa dengan cinta hahahaaaaa...  bukan cerita pasal cinta, tapi pasal pak itam dengan labu labinya. Emm...... siang tadi kata kecoh pasal SPRM, panjang lebaw... cerita. malam lepas basuh baju, eh!!!!! ada lagi sambunganya. Cerita sebelum dan selepas.

Rupanya siasatan SPRM masih berjalan untuk mencari bukti kes yang telah dilaporkan dan rupanya ada yang menyokong bahawa tiada program yang diadakan. Apa pun keadaan, aku tau dan aku kenal siapa pak hitam.



Dalam sebok dia menabur fitnah untuk memburukan nama aku, rupanya dia sendiri dalam keadaan tidak selamat. Lagi dia cuba mengata, seringkali juga dia menunjukkan sikap sebenarnya yang menjengkelkan orang. Sikap sendiri dan dibenci orang bukan salah aku.

 Sedangkan nama aku meniti dibibir setiap orang dengan tugas dan komitmen yang aku berikan. malah ada juga yang membandingkan penyelaras dulu dengan aku. Alhamdulillah. Kerja yang baik, akan mendatangkan kebaikan juga.


Apa pun aku rasa terkilan, dengan cerita dan memburukan aku dibelakang menyebabkan ada juga manusia yang cuba mengambil kesempatan. Pada dasarnya aku tidak mengganggu sesiapa, tapi aku yang sering cuba untuk di dekati, walaupun aku tak pernah memberi ruang dan peluang. Perkara yang cukup buat aku tercabar untuk bertindak kasar sama ada dari perbuatan atau percakapan. Tapi aku tetap sabar kerana aku hanya menunggu masa dan ketika untuk keluar dari keadaan ini.



Banyak pengalaman, pengajaran yang boleh diambil iktibar dalam kehidupan, dalam mengenal sikap, perangai, tingkah laku manusia. Apa pun adai aku ditempat dia, akan aku pastikan aku tidak seperti dia.


3 ulasan:

  1. Kes tu masih berjalan ke Idah..ingatkan dah senyap begitu sahaja. Yer la kejadian tu pun berlaku masa pengarah lama. Apa agak2nya yang akan terjadi lepas ni yer Idah..tp yang pasti dia nak pencen bulan 10 ni kan? Kalau pencen SPRM tak siasat ke kes tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. owww..... tidak misah SPRM tau semuanya, lebih dari apa yg saya tau ..... tak sedap la nak cerita d sini nanti saya inbox d fb awak....

      Padam

SESEDAP RASA