Ahad, 31 Mac 2013

Tungau Le Pulak.............

Banyak cerita yang nak aku coretkan di kamus elektronik aku ni, tapi tu la tak brapa ada mood beberapa hari ni.

Tapi nak cerita pasal anak aku yang bertuah sorang ni, biasa la dia aku kurung duk umah je dua hari ni bersama aku jer, aku p umah atok dia baru dia ikut aku balik dia ikut balik.

Sabtu, 30 Mac 2013

Kau Telah Pergi - Farahdhiya






Kau Telah Pergi 



Mungkin aku yang salah
Ku tak mampu untuk menjaga cintamu
Hanya untuk diriku
Mungkin aku yang salah tak menjagamu


Memang aku tak mampu
Ku tak mampu untuk menjaga cintamu
Selalu untuk diriku
Memang aku yang salah buatmu terluka


Jujur ku katakan ku masih mencintaimu
Walaupun diriku selalu menyakitimu
Jujur aku masih ingin bersamamu
Walau dirimu kini bukan untukku lagi


Kau telah pergi




Kini kau telah terluka kau tak ingin lagi
Mencintaiku kerna ku menyakitimu
Kini kau bukan untuk diriku lagi


Jujur ku katakan ku masih mencintaimu
Walaupun diriku selalu menyakitimu
Jujur aku masih ingin bersamamu

Walau dirimu kini bukan untukku lagi


Kau telah pergi






Jumaat, 29 Mac 2013

Menaruh Harapan - Zaiton Sameon






Rasa sedih dan terharu dengan lagu ni, seolah2 mengambarkan diri sendiri.

Sumbangan Lagi...........

Tahun lepas jabatan mohon sumbangan GAZA, tarikh da ditetapkan, oleh kerana jabatan nak cepat aku terpaksa guna duit sendiri 10 K1M bersamaan RM 1000. Tak pe la kutip kemudian, tapi bila buat kutipan tak dapat sekali gus, sikit2 aduhai, kononnya nak simpan duit, maklum le nak pindah, bila da sikit2 aku terguna duit tu, maklum le gaji kene potong kalau tak keluar duit tu, aku boleh le kawal perbelanjaan. Ini bila duit da ada di tangan jawabnya sapan aku kerjakan.... dan yang menyedihkan duit tu di bayar sehingga bulan 2 2013, mana tak sapan aku kerjakan, dan 1 masalah 1 K1M masih tak jelaskan sehingga kini.

Tapi tambah pulak sumbangan OP LAHAD DATU, da la aku tak terima surat, bos main cakap je, masalahnya suratnya mana?? aku nak kene jugak buat surat di peringkat daerah,da la surat lewat, jadi aku kutip pun lewat, Rabu baru buat kutipan walhal surat nak 21hb Mac, hahaa nasib la.... dapat jugak kutip RM 600.... lain2 K1M lom nampak bayang tu pun merayap dari Bukit Gambir ke Durian Chondong terus ke Kesang..... Petang terima sms nak segera, Aduh!!!!! sambung lagi mintak tolong Shahril bawak ke Bukit Gambir nak bank in, aku bukan tau sangat nak guna mesin duit tu huhu, sempat singgah Sagil kutip K1M Konggo hahaha RM600 je dapat sumbangan. 

Akhirnya aku terpaksa gunakan duit aku sendiri RM400 untuk cukupkan RM1000, segan nak mintak tolong  shahril lagi aku pergi sendiri naik motor dengan Asyraaf & anak buah aku tarwati.... yang penting semalam aku da belajar mcm mane nak bank in. 

Hati rasa risau ni, takut duit tak kembali, duit yang aku simpan untuk diri sendiri terpaksa dikorbankan untuk jayakan hasrat jabatan. Kadang2 rasa sakit hati. Da malas aku nak fikirkan kerja di Daerah ni.... 

Khamis, 28 Mac 2013

kasut LENO Comfort


Eemmmm... beli lagi.... kasut yang beli hari tu ntah berapa lama agaknya, rasa macam baru beli, da nam jahanam... Aduhai... cepat betul rosak.Tak pasti sama ada aku yang lasak ke atau kasut tu yang poyo... kasut murah biasa la beli di LENO dah member, dapat la point. 

Bila tengok kaki sendiri, alamak buruknya yang keringnya lain, berbelang pulak tu huhu. Biasa la bila dah terdedah dengan matahari pilihan terbaik kasut jenis sarung, menutup bahagian kaki, tutup Aurat hehe. Maklum la ke hulu ke hilir bekejar2 nak uruskan anak, pegi dan balik sekolah, jadi kaki terdedah secara langsung dengan matahari akibatnya berbelang kaki, persis kuda belang huhu. Memakai kasut pilihan terbaik, tapi kasut je tak cukup kalau tak pakai stokin kerana tetap akan ada belangnya tanpa stokin. 

Sebenarnya lebih elok pakai kasut, kaki lebih bersih dan kelembapanya pun terjaga, bila bukak stokin kaki nampak cantik berbanding pakai sandal, kaki kering terdedah dengan kekotoran, maklum le da nama pun kaki terletak dibawah sekali antara anggota badan. 

Selasa, 26 Mac 2013

Kurung Pahang Corak Batik

muka pun nampak tembam la......
Juga koleksi dari peace, hahaha agak terang warnanya, nak buat macam mane da minat warna yang terang, maklum ke tuan punya badan agak gelap, nak2 kebelakangan ni, terlebih gelap sudah. Apa pun memang corak dan warnanya menarik mata dan hati hehe... lama da beli tapi di simpan aje dalam almari. Almaklum la belum ada majlis yang sesuai...

Pilih baju ni kerana bercorak batik, senang nak pakai pada hari Khamis...dan menambah koleksi yang ada "Berbatik Kita" hahaha..








Isnin, 25 Mac 2013

Peplum Dress



Suka tengok iklan2 di FB, jadi teringin pulak nak try, jalan p pasar malam..... fuyoo.... ada le pulak. Apa lagi aku pun cuba, boleh2. Hahahahaha sekali dua X tiga X. Baru aku sedar peplum ni sesuai untuk orang yang slim jer. Rasa badan ni macam kurus lagi tapi, bila pakai baju ni terserlah kegendutan ku huhuhuhu... 

Tak pe la pakai untuk jalan2, da beli tak kan nak pulang balik, aku suka baju ni, macam baju pantin, renda2 bagai huhuhu... cuma ketatnyaaa....

Mungkin kerana kainnya dan tak sesuai dengan badan aku yang berisi dan bergedat2 huhuhu. Tapi masih nak cari peplum sepasang, tengok di peace macam tak de new design lagi... Emmm... x pe aku akan cari jugak... Kalau berkenan dihati baru beli, tapi kalau materialnya x sesuai pun tak boleh beli nanti nambak gendut jugak.




nampak tak cantiknya..... Aduhai....


Tambah buat muka buruk pulak, da le pakai baju tu pun nampak buruk huhuhuhuhuhu 

Ahad, 24 Mac 2013

Berteman Sepi - Erra Fazira

Kemelut Di Muara Kasih ~ Ziana Zain

Kailan Pedas Cara Ida


Brokoli Sos Tiram Cara Ida


Ayam Masak Sweet Sour Cara Ida



Bahan-Bahan :

1. Minyak masak secukupnya 
2. Serbuk kunyit 
3. 2 ulas bawang merah
4. 1 ulas bawang putih
5. 1/2 inci halia
6. 2 biji bawang besar (dipotong bulat)
7. 1 mangkuk kecil sos cili.
8. garam dan gula secukup rasa



Caranya :

Ayam yang telah siap dibersihkan digaul dengan kunyit dan garam.

Kemudian goreng  ayam tersebut dan ketepikan.

Bahan 3-5 ditumbuk@dikisar. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan yang telah dikisar dengan api sederhana.  masukkan pula bawang besar yang dipotong bulat. Kemudian masukkan sos cili dan air asam jawa secukupnya. Setelah bahan sebati masukkan pula ayam yang telah digoreng, kacau kuah sehingga ayam disaluti sos secara menyeluruh,  masakan siap di hidang.

Asam Pedas Kepala Ikan Merah cara Ida


Bahan :

1. Rempah penumis, ( kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih,       bunga lawang)
2. 1 ulas bawang putih (dikisar)
3. 2 biji bawang merah kecil (dikisar)
4. 1 inci halia (dikisar)
5. 1 inci kunyit hidup (dikisar)
6. 2 1/2 senduk kecil lada kisar 
7. 4 ekor ikan sederhana besar (Siap digaul dengan badan dan         kunyit)
8. 1 mangkuk kecil air asam masa
9. Sedikit minyak untuk menu is
10. Garam dan gula secukupnya
11. 1 1/2 mangkuk besar Air / secukupnya
12. 2 tangkai serai (boleh juga letak dauk kesom)
13. 5 tangkai bendi jika suka atau terung.


Caranya :

Panaskan minyak dan tumis rempah penumis, masukkan bahan 2-5 yang telah dikisar masukkan perasa badan dan gula, selepas naik bau masukkan lada kisar kacau biar sekata masukkan juga serai dan biarkan sehingga lada berubah warna sedikit masak tetapi perlu di kacau sesekali supaya lada tidak  hagus, masukkan air asam jawa dan air, biarkan sehingga mendidih masukkan ikan dan sayur, bila ikan telah masak, rasa kuahnya cukup rasa, Siap untuk dihidang.



Sabtu, 23 Mac 2013

Terkenang



Masa akan sentiasa berlalu, dari hari ke hari. Namun dalam kesebukan kerja, kepenatan melanda, ketiadaan masa masih ada juga seketika untuk terkenang seseorang. jauh di mata tapi mengapa masih dekat di hati. 

Semakin ingin melupakan, selagi itu terkenang dan terbayang. hati risau jiwa kacau. Semua telah berakhir tetapi ada sesuatu yang buat "ada" dalam hati.

Aku ingin pergi, pergi dari perasaan ini, aku telah memilih, pilih untuk menyepi dan menyendiri. Soal hati dan perasaan sememangnya tak mampu didustai, namun apabila tiba masanya ia akan pergi dengan sendirinya.

Aku hanya berserah pada takdir dari-Nya. Kalau tidak disini di akhirat pasti.


Isnin, 18 Mac 2013

Kenangan Lama

Ntah macam mane tiba2 ada gesa nak chet dengan kawan lama... kebetulan dia on9 d FB, malam-malam pulak tu baru nak tido, saje menyapa.... ada respon, hahaha.... borak la pasal live masing-masing ye la semua kawan2 yang di kenali sudah ada kehidupan baru bersama pasangan dan anak2..... 

setiap kenangan tercoret di diari hati......

Tapi ntah kenapa perlu dia imbas semula kisah yang telah berlalu, kenapa mesti nak terus terang saat ini, saat masa yang terlalu lama pergi jadi kenangan, semua orang boleh menjadi kawan selagi sikapnya tidak menjengkelkan. Begitu juga dia, aku senang dengan dia, orang yang aku kenal hanya seketika semasa aku mendapat pekerjaan sekarang dan penempatan sementara di KL. 

Cukup manis kenangan itu, dia seorang juru gambar di WISMA Ibu ketika itu. Selalu keluar makan malam bersama... hehehehehe dia belanja. Bawak aku berjalan-jalan dengan TZM dia, Mula-mula agak kekok, bila dah selalu jadi biasa dan 1 hari dia bukak helmet dia nak ke tandas, terhidu harum rambut dia, lembut pulak tu.. aduhai terkesima seketika hehehe..... 

"Jual Mahal" pulak katanya. Mana lah aku tahu dia suka pada aku lebih daripada suka, selagi tidak berterus terang maknanya hanya kawan sahaja, yang boleh pergi bila-bila masa dan mungkin ada pasangan lain. lagi pun aku sedar aku anak kampung, sedangkan dia orang bandar. Sepanjang perkenalan singkat itu, dia memang baik dengan aku. Dia lebih banyak mendengar dari bercakap, layankan cakap aku je, sambil tersenyum kadang kala tertawa. 

Inilah sebahagian kenangan yang mengisi perjalanan kehidupan aku, setiap insan yang aku kenali ada kenangan tersendiri, tak mungkin lupa, kerana kenangan itu sentiasa ada dalam memori hidup aku. Malah aku hargainya kerana kenangan itu sedikit sebanyak memberikan rasa gembira walaupun hanya seketika. kalian tetap dalam kenangan, dalam hati ada sayang......




Ahad, 17 Mac 2013

nak cuba!!!!

Semua orang nak cantik, nak sihat, aku pun sama. Suka pada kecantikan, kekemasan, kebersihan dan wangian. Semua orang mesti suka begitu tetapi tak semua orang begitu. jangan tanya sama Anwar Ibrahim nanti dia suruh tanya sama pokok huhuhuhuhu. 

Sabtu, 16 Mac 2013

Senyum tak perlu kata apa -apa


Senyum bukan bererti suka, ketawa bukan bererti gembira. Hanya sekadar mengikut keadaan agar suasana tidak kelihatan suram, jenaka yang kadang kala menghiburkan. Walau pada hakikatnya dalam hati banyak bicara kata-kata duka, siapa yang tahu??? 

Rasa yang bukan untuk dikongsi bersama, cukuplah ia memberi kesedaran, pengalaman, pengajaran dalam meniti kehidupan di masa mendatang. Siapa kita untuk memilih kehidupan yang selesa, sedangkan kesenangan juga bukan mudah untuk dikecapi dan kebahagian tak mudah untuk dimiliki.


Sepayah mana pun laluan, senyum untuk berfikiran positif, walau hakikatnya hanya memujuk hati. Pandangan adakalanya kabur dan tak pasti, namun apa jua yang datang harus ditempuh dan dilalui. Walau ia melemahkan semangat, menyesakkan dada, namun itulah hakikatnya.

Apa pun pandangan, bukan cerminan kenyataan yang sebenar, kerana hati tidak mampu bersuara, namun  rasa dihati mampu dirasai seluruh anggota. Biarlah apa pun yang ditanggung di hati juga tempat rasa segalanya. 


Khamis, 14 Mac 2013

Tuah Badan!!!!


Pertama-tamanya, syukur Alhamdulillah, dalam usia sekarang keadaan kesihatan memuaskan walaupun sekarang diserang batuk... mungkin kerana cuaca atau asap rokok di opis bos dan koncu-koncunya huhuhuhu... gurau je...

Rabu, 13 Mac 2013

perempuan...... perempuan..........

hati menangis siapa tahu????
Pada hakikatnya aku malas nak cerita pasal individu atau orang perseorangan, tapi nak buat macam mane, aku tak ganggu gugat hidup orang lain, tak kacau!! tak cuit!! tak mintak duit pun!!! tapi kenapa ada orang yang iri hati, sakit hati, dengki, hidup aku serba sederhana, banyak kekurangan, apa yang nak di cemburukan.

Selasa, 12 Mac 2013

Bersambung!!!!!!!!!!!!

Ada apa dengan cinta hahahaaaaa...  bukan cerita pasal cinta, tapi pasal pak itam dengan labu labinya. Emm...... siang tadi kata kecoh pasal SPRM, panjang lebaw... cerita. malam lepas basuh baju, eh!!!!! ada lagi sambunganya. Cerita sebelum dan selepas.

Rupanya siasatan SPRM masih berjalan untuk mencari bukti kes yang telah dilaporkan dan rupanya ada yang menyokong bahawa tiada program yang diadakan. Apa pun keadaan, aku tau dan aku kenal siapa pak hitam.

Isnin, 11 Mac 2013

Sambal Batang Keladi


Sepatu Putih!!!!!

Hari Jumaat lepas Asyraaf pesan kat aku, cikgu suruh pakai baju kemas2, sepatu putih, khamis nak naik pentas. Khamis?????? 

Puas aku fikir kenapa agaknya. Dalam masa yang sama, aku siapkan juga keperluan sekolah seperti biasa, sepatu sekolah yang getah memang tak perlu kapur, tapi yang kain perlu dikapur, biar senang aku nak basuh nanti. pagi2 Asyraaf da tanya, sepatu dia putih tak...... malam2 buta ibu dia duk mengapur kasut dia. 

Hari ni terjawab persoalanya rupanya perlantikan sebagai Anggota Flying Squad Tahun 2013 dan dapat sijil huhuhuhuhu....

Yang best tertulis kat sijil tu, (Ketua Kelas 1 Bestari) pelik jugak macam mane cikgu dia boleh pilih jadi Ketua Kelas, tulis nama sendiri pun tak lepas, baca lagi la..... tersangkut2, dan 1 lagi Asyraaf kememeh, tak boleh kene marah huhuhu..... Apa pun keadaan aku bangga dengan Asyraaf. Ada modal untuk aku cakap.

Dari kecil lagi aku da pesan pada Asyraaf, untuk pimpin baca doa makan, Kerap aku cakap "da besar nanti Asyraaf akan jadi pemimpin jadi kene baca doa makan". Kene belajar pandai2, Kene pandai baca dan macam2 lagi tub2 tengok jadi ketua kelas, masin molot aku, huhuhuhu. Sebenarnya bukan ahli politik, bukan PM, yang aku maksudkan, cukup la sekadar pemimpin sebuah keluarga, lelaki memang akan jadi pemimpin. Kerana itu aku harap cukup ilmu, ada ilmu ada la kerjaya, adalah masa depan. InsyakAllah Mudah2 dia berjaya, hanya mendoakan yang terbaik untuk dia.

Sabtu, 9 Mac 2013

Kerja dan kesempatan huhuhuuu

cakap dengan MB aku da tak lama, da nak pindah huhuhu
Malam Jumaat kerja di majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin anjuran Taman Muhibbah,  sabtu pagi hari ni.. sambung lagi kerja Program Merakyatkan seni budaya "Sentuhan rakyat" Anjuran Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Johor. 

Apa la lagi kerja aku tukang cakap, kata orang dolu2 huhuhuhu... Da selesai tugas untuk acara rasmi, majlis diserahkan kepada Abon dan Sathia huhuhuhu... aku tak gerak dari roustrum.

Khamis, 7 Mac 2013

Sakit Kepala!!!!!!!!!!!


Hari ni aku bekerja di Felda Sri Jaya Program Info Bestari K1M, pagi2 da gerak. Entah kenapa tiba2 diserang sakit kepala. Mula2 risau jugak kalau melarat, tugas untuk 8hb & 9hb sedia menunggu untuk dilaksanakan dan seperti biasa la amcee,  8hb jer dua majlis  3.00 petang Majlis Perasmian Pecah Tanah Dewan Serbaguna Kaum India Ledang Berhampiran SJKT Ladang Tanah Merah (Belakang Kolej Matrikulasi Ledang) sambung 8.00 malam Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Mihubbah Sungai Mati.

Rabu, 6 Mac 2013

Kurang Air...

Musim sekarang da mula dengan cuaca yang sangat panas!!!!!! Terasa kulit menegang jer, huhuhhuhu bukan apa kurang minum air. Kulit jadi kering. Cerita mengenai air ni. Aku seorang yang sangat kurang atau kurang gemar minum air, terutamanya air masak, air kosong dan yang sama erti dengannya. 

Selasa, 5 Mac 2013

Top Up...Top Up...



Da biasa kalau top up mesti cari hot tiket. Kalau top Up biasa RM 10, jangan kata 1 hari 10 jam pun tak sampai da habis, pelik jugak, caj sana sini dari hotlink ntah apa2 ntah, memang hot aku di buatnya. Jadi langkah berjimat cermat guna la hot tiket hehehehehe, "pengguna bijak faedahnya banyak" cewah kempen pula.....

Ahad, 3 Mac 2013

Terlerai Kasih - Ziana Zain




Di sini kita berdiri 
Di bibir ombak mengucap rinduan 
Hanyalah tinggal kenangan 
Cinta yang pasrah tiada kesampaian 
Dibawa arus Perbezaan mu 
Tinggal tanpa bermaya
Ada kalanya kau datang 
Walaupun tidak aku relai 
Menyusur jalan mimpi ku 
Memberi janji seribunya rindu pada ku 
Di dalam lena 
Tiada gunanya 

(korus) 
Biarlah aku Sendiri dengan rindu 
Masa yang menawarkan 
Segala kepedihannya 
Ku yang terseksa
 Ku hadapi dengan rela 
Ku jadikan segalanya 
Teladan titi usia

 Disuatu masa 
Mungkinkan tiba 
Apa sebenarnya 
Di dalam cinta 

 Di sini kita berdiri 
Di bibir ombak mengucap rinduan 
Hanyalah tinggal kenangan 
Cinta yang pasrah tiada kesampaian 
Ini kenyataan Yang harus ku terima 
(Ulang Korus)

Tiada Jodoh Antara Kita - Ziana Zain

Sabtu, 2 Mac 2013

Perintah Berkurung!!!

Geram aku tengok bujang  aku yang sorang ni, tinggal sehari je mengaji dia boleh tak nak ngaji. Biasa le tu tak kene marah  kene ketuk dengan mak ngah yang ajar dia mengaji. Sudahnya ngaji dengan aku, mak aiii!!!! terbakar aku di buatnya, mengaji pun macam aku mati pulak tersedu sedan, walhal aku tak marah pun, agaknya macam tu dia mengaji dengan mak ngah. Tak boleh tahan aku ambil rotan, mak aiii!!!! meraung pulak.... jawabnya tak sudah mengaji. 

Hari ni Sabtu "perintah berkurung' huhuhu, aku tak beri dia keluar main2 @ p umah atuk dia, duk umah jer sepanjang hari ni, ke rumah atok dia pun sekejap je masa aku sidai baju. Sementara aku buat kerja rumah, dia aku suruh buat kerja sekolah. Aku fikir siap le, mak ai!!!!! boleh sakit jiwa aku di buatnya, dia mengadap buku tulis dia tapi masih tak siap lagi, Adoiiiiii, tengok TV jer. 

Dengar pulak cakap aku duk umah jer, dia tau dia ada buat salah. Tapi tu la kesian, duk skodeng dari tingkap apa berlaku kat luar tu, sepupu dia pulak tak sudah2 lalu lalang kat depan umah, nak tarik perhatian si yap tu, ini le yang aku sakit hati. Puas aku marah masih tak faham. 

Sepanjang hari ni cuaca sangat panas, siap semua kerja, aku sambung kerjanya tidoooo... Memang tak lena tidur dengan cuaca yang sangat panas,  Asyraaf pulak lalu lalang tak sudah duk jengah tingkap. 

Malam ingat nak ke pasar malam pun tak jadi, lambat keluar, terajin pulak hari ni pagi basuh baju, malam pun basuh baju, da kosong bakul baju kotor, Alhamdulillah, tapi bakul baju bersih pulak menimbun baju tak termuat2 bakul huhuhuhuhu... Tak jadi P pasar malam p ke kedai plastik, niat nak beli pasu bunga dengan bunganya sekali, mak ai!!!!! mahai naaaa!!!!! Tengok le nanti ini pun da beli barang dengan besennya bagai, mano pulak nak di lotak, poie pun naik motor pink aku tu huhuhuhhuuuu... 

Esok kerja pagi. Asyraaf abah dia nak ambik, risau betul kalau dia tak buat kerja sekolah, dah cukup puas aku berletehkan dia, buat dono je dia, kalau lambat sangat bertindak bila akui bising rotan la jalan terakhir, baru sebut rotan belesup buat apa yang aku suruh huhuhuhuu....

Jumaat, 1 Mac 2013

SESEDAP RASA