Selasa, 28 Februari 2012

Nasi Goreng Kunyit Ida

Nasi Goreng kunyit Ida

Bahan-bahannya :

1. 1 biji bawang putih
2. 5 biji bawang merah kecil (lagi banyak lagi best)
3. 7 ekor ikan bilis (dibelah 2 @ dibuang isi perut)
4. 11 tangkai lada cili (@ikut suka)
5. ¼ serbuk kunyit
6. 3 sudu besar Minyak Masak
7. 2 mangkuk kecil Nasi Putih
8. Garam & Gula @ serbuk perasa secukupnya


Caranya :

Bahan 1 hingga 4 ditumbuk, tak perlu lumat. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang telah ditumbuk, masukkan garam,gula dan serbuk kunyit. Setelah tumisan khususnya lada cukup masak dan serbuk kunyit telah sekata, masukkan nasi. apabila nasi dengan rencahnya. telah sekata, maka siap sudah nasi goreng kunyit. Inilah dia yang dikatakan nasi bujang, senang di masak. Siap dah!!!!! Dan boleh makan.

Walaupun nampak simple tapi kalau memang da pandai masak @ selalu ke dapur, simple2 pun sedap tau, tapi air tangan setiap orang itu berbeza.

Sebenarnya tak sempat masak. Jadi masak je la nasi gorang ni, lom siap lagi Asyraaf da cakap sedapnya ibu masak, aduhai!!!! Pandai dia nak ambil hati ibu dia. Banyak betul Asyraaf makan, berkali-kali menambah. Sedap katanya, Alhamdulillah.


Jumaat, 24 Februari 2012

Murah rezeki ke Rezeki melimpah ruah !!!!!




Alhamdulillah, beberapa hari ni sebok sangat kerja, mesyuarat sana sini, juruacara. Hampir setiap hari aku membawa balik bungkusan makanan, maknanya tak payah la masak bungkusan yang dibawak cukup untuk aku 2 beranak. Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi pada makhluknya bukan hanya wang ringgit semata-mata. Aku memang bersyukur sangat2.




Walaupun aku manusia yang serba kekurangan ilmu dan amal ibadahnya, tapi aku cukup yakin dengan ketentuan-Nya. Malah sentiasa ikhlas dalam apa jua yang aku lakukan, kerana aku yakin ganjaranya Allah akan yang menentukan.


Isnin, 20 Februari 2012

Ikan Pedas Timbus Telur





BAHAN-BAHAN :
1. 2 ekor ikan (ikut jumlah isi rumah)
2. serbuk kunyit secukupnya
3. 1 biji bawang putih
4. 2 biji bawang merah(kecil)
5. 1 inci halia
6. 1 1/2 inci kunyit
7. 11 tangkai lada cili (ikut suka masing2)
8. 2 biji telur (ikut suka kalau nak lebih)
9. sedikit air asam jawa
10. 1 senduk minyak
11. garam dan gula secukupnya

u/p : sebuk kunyit dan sedikit garam digaul rata dengan ikan, kemudian ikan digoreng

CARANYA :

Bahan 2 hingga 6 ditumbuk lumat, panaskan kuali, tumiskan bahan yang telah ditumbuk, masukkan garam dan gula dan air asam jawa, apabila dah sebati dan naik minyak masukkan telur, kacau sedikit demi sedikit supaya jadi kepingan-kepingan kecil telur tersebut. Apabila telur cukup masak masukkan ikan dan gaul dengan bahan yang telah dimasak. Siap!!!!


Asyraaf suka makan lauk ni, tak sangka pulak, sebab pada mulanya bimbang dia kepedasan, tapi dia kaman tak minum2 air, rupanya dia tengok ibu dia tak minum dia pun tak minum nak tunggu makanan habis baru dia nak minum, macam ibu dia….



Ahad, 19 Februari 2012

Aktiviti Sendiri


Menu hari minggu, semua beli



Semalam Asyraaf ikut abah dia. Sempat pulak Asyraaf cakap "sian ibu, ibu tido sorang". Hahaha pandai je dia, jadi hari ni aktiviti aku memang sorang2.



Pagi pergi pasar tani, beli segala bahan2 mentah ikan, barang dapur, sempat beli makanan, murtabak, mee gorang dengan putu bambu. Hari ni saje je beli banyak, sebab malas nak masak, Asyraaf tak ada. kalau ikut macam biasa memang tak de maknanya nak beli, memang tau tak habis, aku bukan kuat makan.



Lepas sampai je rumah, apa lagi makan la dulu sebelum aktiviti seterusnya, makan mee dulu dengan air kegemasan teh 'o' orang kampung la katakan.


Lepas tu terajin pulak duk menyapu sampah, yang tak brapa sampah sangat la kat 'taman astakona' kat depan rumah aku tu, eh!!! rajin lagi duk mencabut rumput pulak, sikit je malas nak siapkan semua sebab tau malam ada kerja lagi, Meeting.






banyak ni je lada kering






hahahha da siap di tumbuh, pakai tanggan je OK apa orogonal


Lepas siapkan kat luar rumah, menyapu dalam rumah pulak, sempat aku menumbuk lada kering, ye la orang tak de blender. Siap!!!!! walaupun tak selumat blender.


Baru la aku mengemop lantai, lepas tu basuh baju pulak. Lepas basuh baju, mandi sidai baju, perut rasa macam lapar, apa lagi milo secawan dengan murtabak...... dengan beberapa ketul putu bamboo. Siap semuanya sebelom Asar. Sempat kapur kasut anak, aku pun tido.


Selepas Magrib sempat aku iron baju kerja untuk esok, lepas tu terus gerak ke opis, ada meeting kat Sengkang Batu 18.




Balik2 lepas meeting kereta abah Asyraaf da ada depan gate rumah. Asyraaf balik pun dalam keadaan separuh sedar.


Sebelum tido, siapkan keperluan sekolah untuk esok, baru lah aku tido.



suka atau tidak begini le keadaan aku 'senyum' tak perlu kata apa2

Khamis, 16 Februari 2012

Da tak de botol susu


tinggal kenangan


Ini cerita si bujang aku sorang ni, dari kecik sampai umur 5 tahun lebih duk nyusu botol. Puas aku pujuk tak mau guna botol, eh!!!!! dia nak jugak.




Tak pe la tengok gigi dia OK je, x de le mcm jonggang kan hehehehehe...... bukan apa bimbang kalau jonggang eeeemmmm.... tak encem nanti.




1 hari pada hujung tahun 2011, aku jumpa kak pit @ mak ngah "orang panggil dia mcm tu". Biasa la jumpa orang tu mesti ada hajat. Hajat aku nak hantar Asyraaf mengaji dengan dia.




Baru cakap nak hantar anak ngaji kat dia, kak pit kata da ramai budak, dia suruh hantar kat orang lain. Alamak bila aku dengar macam tu, sayu hati. Ye la bimbang sapa pulak yang nak ajar, Aku!!!! memang kene marah hari2 la Asyraaf. Sebab tu sampai sekarang dia takut nak ngaji depan aku, sebab dia tertinggal 1 huruf. Setahun sekolah kat ABIM tapi masih tak hafal lagi. memang geram.




Sambung tadi.... bila kak pit suruh masuk, cerita punya cerita, dia pun suruh Asyraaf datang umah dia, lepas abis sekolah Pra sekolah je..... MasyakAllah masa tu perasaan gumbira tak terkata..... tapi tak de le loncat-loncat macam kere kene cili,... dalam hati je.




Dia tanya Asyraaf pelat tak, cepat aku jawab, pelat, wah!!!! kak pit pun pesan kat Asyraaf jangan hisap botol lagi. Wah!!!! mudah sungguh la, lepas tu Asyraaf tak hisap botol. Aku nak suruh dia berhenti hisap botol punya le susah.




So, sekarang bujang aku tak hisap botol, tapi masih minum susu menggunakan cawan yang bertutup, berlubang.... Setiap malam memang dia akan menyusu sebelum tidur, setiap malam jugak dia akan mintak susu, tapi tak secara terang-terangan, dia akan kata "yap penat la, yap nak minum la". Eleh ayat dia, skema betul, takut kene marah dengan ibu dia la tu.


Sekarang ni lepas siap buat kerja dapur, aku akan terus siapkan susu untuk dia. So tak de le aku nak baring, time tu dia mintak susu kan, sebab masa tu memang aku akan marah dia..... Sebab penat dengan urusan seharian, bila nak rehat je merangkap nak tido, ada lagi order dari Asyraaf, Aduh!!! buat jugak la, kesian, siapa lagi yang akan buatkan kalau bukan ibu dia.









Rabu, 15 Februari 2012

Hari ini 15 Februari









Tahu kenapa???? hari kelahiran aku ke muka bumi pada hari ini. yang ke berapa 'biarlah rahsia'. Alhamdulillah Allah memberikan usia yang lebih, itu bererti untuk aku muhasabah diri, memperbaiki kelemahan dan kekurangan dan bertambah tua la nampaknya hehehe.







Orang kata usia hanya angka, apa yang penting aku tak le kelihatan tua sangat, jika dibandingkan dengan rakan-rakan seusia dengan aku. Alhamdulillah saiz aku yang "kecil" ni ramai yang ingat aku lebih muda dari usia, ada juga yang ingat aku belum kawin. Apa yang penting jangan tua sebelum usia....






Azam tu tak de la cuma ada niat yang aku tanam, agar tercapai. Hari ni aku pakai, baju yang aku jahit sendiri. Sebenarnya hari ni mood tak berapa baik. Terasa sayu je hati......



Selasa, 14 Februari 2012

Sup Bebola Cendawan Dengan Soon




BAHAN-BAHAN :


1. 1 biji lada merah

2. 1 biji bawang putih

3. 2 bji bawang merah kecil

4. 6 ekor ikan bilis dibelah 2

5. 2 sudu besar sos tiram

6. 1 bungkus cendawan tiram

7. 10 biji bebola daging

8. soon dan tahu kering

9. garam dan gula

10. air 3 mangkuk atau secukupnya


u/p no.1 hingga 3 dihiris.


CARANYA :


Jerangkan air didalam periuk. Selepas mendidih masukkan bahan 1 hingga 4, masukkan sos tiram dan kacau. Masukkan pula bahan 6,7,8 dan 9 dan kecilkan api, kacaukan agar semua bahan mereneh, apabilan mendidih biarkan seketika dan tutup api. Siap untuk di hidang.


Masa masak sup ni, memang sengaja masukkan soon dan bebola daging lebih2, sebab asyraaf memang suka, tapi bila makan dia kata tak sedap, tak nak makan, sedihnya aku. Tapi bila aku suapkan bebola daging kat mulut dia, baru dia suka, bila dia nampak pulak soon, lagi dia suka. Ha!!!!!! da agak da, sebab dia tak rasa, tu pasal la tak suka tak sedap katanya.


Isnin, 13 Februari 2012

Teruknya masalah LUPA




Apa nak di kata, memang nak di jadikan cerita. Semalam selepas habis bertugas di Perhimpunan Pagi aku ke Pasar Awam Tangkak untuk membeli lauk pauk. Selesai membeli ikan dan sayur, aku singgah beli majalah kegemaran aku MINGGUAN WANITA.



Da ambik apa lagi bayar la, tengok tak de duit kecik, bayarlah RM50.30, mak cik tu bayar la duit kecik. Lepas tu aku pun balik umah kejap hantar "bahan mentah".



Lepas balik kerja, aktiviti di rumah memasak, mandi solat dan sebagainya, bila nak tido aku akan buka kuku kira2, Alamak!!!!! kenapa duit sikit???? hhhhaaaaaaaaaaa........... baru teringat.... tapi tu la, tak pasti ye ke tidak, tapi 50-50 aku yakin memang masa beli majalah, lepas tu aku tak de singgah mana2, atau beli apa2.



Tadi dengan teragak-agak aku pun ke pasar, bukan nak belia lauk, nak tanyakan pasal baki duit. Aku baru tanya "mak cik yang semalam tu!!!!!!" akak tu pun jawab, owww.... nak ambik baki duit eh!!!!! ...... eemmmm........... lege hati aku.... dapat balik duit RM 40, Alhamdulillah!!!!!.

Nak tau tak, kalau da memang rezeki kita, kita memang akan dapat semula. Sebab tu aku paling takut nak ambil barang orang, walau terjumpa sekalipun memang tak boleh ambil kerana itu memang pantang aku, nanti aku akan mengalami kehilangan. Ini bukan cerita dongeng, betul-betul punya, sebab memang dari kecil lagi macam ni.



hahahaha gila kan...... da biasa macam ni sebenarnya, kunci tinggal kat motor da berapa kali. Beli barang Ambil baki duit tapi barang tak ambil pun ada, beli barang ambil barang duit tak bayar pun ada....alamak!!!!! masa tu malunya ..... macam-macam kan umur baru 30 siries tapi lupanya macam 70 siries. Nak buek cam no, mak cik da lupo.....

Cuti yang singkat







rajin macam ibu dia



Sabtu lepas kerja jugak Asyraaf pun sekolah, jadi hari ahad je ada masa sepenhnya bersama Asyraaf. Pagi ingat nak ke pasar tani, tapi Asyraaf masih tidur. Jadi aku cuci baju dulu, basuh baju pakai tangan je tau. Maklum la baru pindah, banyak kos yang perlu di tanggung, jadi mesin baju tu! belakang kira, lagi pun berdua je, tak susah pun cuci baju menggunakan tanggan. Lepas basuh dan jemur baju, Asyaraf masih tak bangun.






Sambung kerja dengan memasak pulak, 'Ikan masak kicap' dengan 'sup bebola cendawan dengan soon' masak merangkap makan malam sekali, jadi malam @ petang tak ya masak lagi.







Siap masak Asyraaf tak bangun jugak, jam pun da kul 10 lebih kejutkan jugak Asyraaf, terus mandi ingat nak ajak anak betuah tu ke pasar tani, pasar tani pun da tutup, hahahaha cepat sangat pegi, ni la jawabnya.






Jalan je la ke watsond beli syampoo, kedai RM 2, nak cari parang tak de, beli je la pisau besar, nak buat kopek kelapa hahahahaha..... tuan rumah beri sebiji kelapa da behari2, tapi x de parang nak mengopeknya.



Sampai rumah terus siapkan makan, lepas Zohor terus tido, tapi Asyraaf tak tido, dia buat kerja sekolah dia. Eeemmmm..... rajin anak ibu.






Petang sikit lepas Asar, aku menyapu pulak 1 rumah, tapi sebelum tu kopek kelapa, wah!!!!! sedap minum kelapa muda dengan isinya sekali, memang best la.








Lepas tu buat seperti yang dirancang membasuh simin kaki 5 umah, sejak pindah lom sempat nak basuh, semalam baru ada kesempatan, sebab minggu lepas kemaskan semak2 kat pagar umah.








ada skill InsyakAllah ASyraaf akan jadi anak yang hebat untuk ibu 1 hari nanti Amin!!!






Seronok tengok Asyraaf nak menolong, tuan rumah datang, seperti biasa bawak anaknya Yusry. Aku suruh Asyraf main dengan Yusry, dia tak nak main, "yap nak tolong ibu" katanya. mak Ina pun puji Asyraaf rajin, wah!!!! bertambah semangat dia nak menolong ibu dia, aku nak buat pun dia tak kasi, last2 suruh dia siram bunga dan rumput baru dia lepas batang mop.






Kemudian aku selesaikan mengemop lantai di anjung rumah, merangkap sampai ke dalam rumah hingga ke dapur.... eeemmmm...... penat jugak tau.... tapi seronok. Asyraaf sentiasa memerhati pergerakkan aku (macam ibu dia jugak suka memerhati), apa yang aku buat dia cuba nak buat.








Bila malam, lepas makan, siapkan apa yang patut untuk esok pagi supaya tak kelam kabut, termasukkan semak kerja sekolah anak. Wah!!!!! apa yang membanggakan aku, kerja sekolah Asyraaf da siap la, aku ingat cakap main2 jer, emm.. pandai pun!! tak perlu ibu perhatikan selalu.




Sementara tengok cerita kegemaran aku MERLIN, sempat jugak aku melipat baju sedangkan aku dalam keadaan malas tu. Dalam bekejar-kejar nak tidur cepat rupanya lambat jugak tidur .....






Eeemmm.... da tinggal cerita, semalam pun da berlaku......... Kesimpulanya, apa yang penting aku happy dengan aktiviti di rumah bersama anak dengan cuti yang singkat.





Jumaat, 10 Februari 2012

Kurung Moden Tone Biru





sedang bertugas di satu majlis 




pose dari aku hehehehe


Koleksi Peace kali ini warna biru tone, seperti biasa aku suka dengan designnya, jahitan manik yang penuh di bahagian depan baju. dengan dua lapisan bertingkat di bahagian lengan siap jahitan manik. Simple tapi menarik.... di mata aku la, aku yang nak pakai, orang nak kutuk aku peduli apa hehehehe "ada aku kisah" kata nabil . Murah pun murah dari harga biasa hehehehe.... itu pasal la beli...

Apa kata kita baca makna warna biru pulak.... sebagai menambah pengetahuan sahaja, biru bukan warna kegemaran aku pun.


Warna Biru

Biru adalah warna laut dan langit. Membawa maksud ketenangan. Warna yang sejuk, damai, sejahtera dan pasif di samping melambangkan keikhlasan dan harapan. menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Biru mewakili kesejukan, kejauhan, semangat dan elegan. Di dalam mod negatif, biru memberi implikasi kesedihan, pasif, keseorangan dan kemurungan. Orang yang berminat dengan warna biru ini lebih suka bersosial dan berkomunikasi dengan ramai orang.


Khamis, 9 Februari 2012

Kangkung Berlada










Bahan-Bahan :


1. 1/2 ikat sayur kangkung (siap siang)

2. 1 biji bawang putih

3. 2 biji bawang merah (kecil)

4. 1 biji lada merah 6 ekor ikan bilis (belah 2)

5. 6 ekor ikan bilis (belah 2)</<>

6. 2 senduk kecil lada kisar

7. 1 senduk kecil minyak masak

8. garam dan guna secukupnya





Cara-caranya :


Bahan-bahan no 2 hingga 5 dihiris. Panaskan minyak dalam kuali tumis bahan yang telah dihiris. Masukkan pulak lada kisar, garam dan gula. Selepas lada pecah minyak atau lada telah masak, masukkan sayur kangkung pula. Bila kangkung da agak-agak layu padam api, sayur siap di masak.

Rabu, 8 Februari 2012

Sotong Masak Kicap Cara Ida













Bahan-Bahan :

1. 1 ulas bawang putih
2. 1 biji lada merah
3. 2 biji Bawang Merah Besar
4. 1/2 inci halia
5. 7 ekkor Sotong
6. sedikit air asam jawa
7. Minyak masak secukupnya
8. rempah penumis (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih)
9. 2 senduk besar kicap kipas udang (manis)


Caranya :

Bahan no 1 hingga 4 dihiris. Panaskan minyak, masukkan rempah pemunis kemudian tumiskan bahan yang telah dihiris. Setelah naik bau, masukkan sotong dan air asam jawa. Setelah sotong mengeras masukkan kicap. Oleh kerana sotong mengeluarkan air, sotong di masak lama sedikit bagi mengurangkan air yang keluar dari sotong.

Jumaat, 3 Februari 2012

Kurung Moden Warna Coklet






Baju kurung moden warna coklat ni murah jer baru RM 59, hehehehe biasa la koleksi dari peace. Berkenan bukan kerana harganya yang murah aje tapi dengan designnya yang unik dari baju hingga ke kain, tidak berlengah-lengah terus try. Bila rasa sesuai apa lagi terus beli.


Apa yang aku suka jahitan manik yang penuh di bahagian dada, tak nampakkan eemm..... sebab bertudung, tak cukup di situ je dibahagian lengan pun ada. Manakala kainnya pula jarang-jarang ada design macam tu, setiap koleksi peace yang aku beli mesti mempunyai keunikan tersendiri, selain dari corak, warna ya ng aku pilih emm.... i like it!!!!!


Tak sempat nak uruskan Asyraaf



Hari ni rasa macam singkat sangat masanya. Pagi jam 11 lebih dah bergerak ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA tugas seperti biasa, majlisnya pada sebelah petang, tapi JAV nak bertolak pagi so ikut la, maklum la tak ada kenderaan, begini la keadaannya.


Bila la nak ada kenderaan sendiri, harapan mangkin tipis bila dah tinggal menyewa sendiri sebab pelbagai kos perlu di tanggung sendiri, aku ni susah tanggung sendiri, nak harapkan siapa, keluarga bukan orang senang, aku le yang nampak macam senang walau hakikatnya tak sesenang mana pun. Walauapa pun Alhamdulillah, dalam hidup memang banyak perkara yang akan dihadapi suka atau tidak terima je walau sepahit mana, mudah-mudahan ada hikmah disebaliknya.



Sebenarnya bukan itu pokok utama tajuk cerita, berbalik kepada tugas atau kerja tu tadi tak dapat nak ambil anak balik sekolah, hantar pergi ngaji dan hantar ke rumah kak Muna, masakkan untuk anak kesayangan pun tak sempat.



Nasib baik Hawa ada, dia tolong uruskan semua tu. Ni pun tak balik lagi nak siapkan skrip untuk majlis hari esok pulak, semalam da bawak aturcara angan2 nak buat kat rumah tapi bila kat umah tak cukup masa nak buat semua, nak basuh baju, masak, kemas rumah, kerja sekolah anak pun aku cakapkan je, semalam dia tak membaca, merajuk aku pun malas nak layan terus tido.




Khamis, 2 Februari 2012

Lena tidur di rumah baru





Semenjak kebelakangan ni aku rasa tak selesa dan tak lena tidur, tapi Alhamdulillah semenjak tinggal di rumah baru rasa cukup selesa tidurnya, tak pasti kerana penat atau apa.










Tapi yang pasti tidur tak rasa terganggu. Perasaan pun rasa tenang dengan keadaan persekitaran, anak yang rajin belajar, semuanya memberi semangat.
























SESEDAP RASA