hanya inilah sahaja pengangkutan yang aku ada, ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah, atau bawa mak jalan-jalan bersama anak. Banyak berbakti kepada aku walaupun ia hanya sebuah motor.
Kalau diimbas kembali niat untuk membeli motor ni dah lama dari anak dara lagi, tapi oleh kerana takut nak berhutang, tak ada la nak beli. Sehingga sampai tanggal 24.03.2009 aku beranikan diri untuk beli motor ni, ingat dan beli cash tapi duit banyak dilaburkan untuk rumah baru, jadi hutang la jawabnya. Pada bulan September 2011 nanti habis la hutang aku.
Cerita pasal motor ni sebenarnya aku belum bayar lagi, duitnya ada, masalahnya aku di Tangkak dan kedai motornya di Bakri Muar, punya le jauh kan!!!! pulak tu macam-macam majlis kat Tangkak ni sampai tak sempat nak ke Muar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan