kisah ini tiada kesudahan
kehidupan perlu diteruskan
penerimaan tak semudah unagkapan
namun peluang tetap diberikan
persoalan menghantui benak fikiran
dimana letak keikhlasan dan kejujuran
jika kata-kata mendukacitakan
kerana ayat itu cukup menyakitkan
cukup jelas apa yang dikatakan
cukup terang maksud yang disampaikan
tapi mengapa masih sukar untuk dimengertikan
lantas menyalahi aku dalam kesakitan
kerana salah pengertian
Lantas mengundang baris-baris ayat
yang cukup menikam hati dan perasaan
cukup untuk menitiskan air jernih
atas kesedaran itu, aku putuskan
menjauhi lebih baik mendekati
melupakan lebih baik dari mengingati
menyingkirkan setelah cuba menerima
hati sendiri masih tiada penawar
bagaimana untuk menjaga hati yang lain
kerana mengerti siapa diri ini
aku cuba jauhi apa yang aku hadapi
cukup la... cukup sudah derita hati dirasai...
tak ingin dihadapinya berulang kali
cukup aku mengerti dimana dirinya aku
dan aku tak mau diganggu lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan