Kesian dia!..... ada ibu jauh, dan sibuk bekerja, ada abah pulak dah berbini lain, dan bininya pulak tak serasi dengan Asyraaf, dan Asyraaf pulak dah tak suka dan tak boleh terima ibu tiri dia yang memang macam mak tiri. Kesiannn memang kesiaannn.......
Khamis, 30 Jun 2016
Selasa, 28 Jun 2016
Sambung Semula
Rugi bila tak dapat terawih dah la bulan ni 7 hari CUTI Wajib dan berganti hahahah.. Lamanya kan!!! adoi... Aku dah beberapa hari tinggal, dek kekangan kerja. Rugi memang la rugi, mujur la masa ikut YB di kawasan masih dapat buat jugak.
Isnin, 27 Jun 2016
Projek
Ini bukan projek buat parit,buat jalan, buat rumah, buat kek, buat botol, buat bodoh, ke projek tak baik ganggu laki orang, duda atau bujang eh!!. hahahaha.... ini tugasan seterusnya, yang bermula sejak minggu lepas lagi. Mendapatkan maklumat mereka yang berasal dari Tangkak atau Ledang. Memang ada group whatapp, tapi semua tak kenal. Invite dalam group hanya sorang yang respon.
Jumaat, 24 Jun 2016
Adik Pulak
Aku pelik la, ada beberapa orang tegur, "ini adik ke?" "ingatkan adik" "macam adik beradik" siapa lagi aku dengan Asyraaf le. Asyraaf tu tak de le nampak besar mana pun. Tapi tak kan le aku ni nampak macam belasan tahun kot, ke macam 20-an!!. Bunyi macam best je kan. Macam aku ni tak macam ibu dia, atau macam aku ni muda la sangat-sangat hahahahaa..... Nampak tak awer muda disitu hahaha... meluat orang...
Khamis, 23 Jun 2016
Hari Pun Dah Tak Perasan
Seperti biasa bagi mereka yang bekerja kerajaan sentiasa menunggu tarikh keramat 25hb pada setiap bulan. Maklum le gaji masuk, ada jugak yang tak sabar-sabar sebab poket dah kempis. Kadang kala minggu pertama aje pengeluaran melebihi separuh menyelesaikan hutang, belanja dapur dan sebagainya.
Selasa, 21 Jun 2016
Soalan Sensitif
Aku tak tau nape bos-bos aku ni, kebelakangan ni bertanyakan soalan yang aku sendiri tak tau dan tak ada jawapan. Muka aku ni macam da naik seri ke? "kalau nak kawin bagi tau awal-awal" berulang-ulang kali cakap. Ke nak korek lobang nak tau cerita pasal aku, YB lagi sedap, dia boleh cakap dengan Asyraaf "mak ko nak kawin"2 hahahaha.... Adoi! pening laaaa. Aku tak kisah orang nak tanya. Tapi sebenarnya agak terkesan dalam hati. Bukan aku tak nak kawin, bukan aku nak merahsiakan semua tu.
Ahad, 19 Jun 2016
Kesian Dia
Cuti sekolah yang lepas Asyraaf dapat la balik Putajaya. Seminggu je, tak sama dengan sekolah kebangsaan. Tapi sedihnya tengok keadaan dia. Luka sana sini. Lebih sedih lagi kaki kudis merata. Aduh.... Sepanjang dia dalam jagaan aku, 9 tahun jarang berkudis macam tu, ada pun luka sebab jatuh bsikal, itu pun masa dia belum ikut aku pindah ke Putrajaya.
Khamis, 16 Jun 2016
Rabu, 15 Jun 2016
Selasa, 14 Jun 2016
Safi Rania Gold
Alhamdulillah Akhirnya, sekarang cukup set Kecantikan Safi Rania Gold yang diperlukan. Ini lah yang diidam-idamkan, berbulan ke tahun nak cukupkan set keperluan ni. Bermula dengan pencuci muka, krim siang, toner dan yang terakhir sekali Krim Kontur Mata.
Isnin, 13 Jun 2016
Tak sihat
nampak tak.... macam hantu bungkus hahaha |
Ahad, 12 Jun 2016
Pinjam
Tengok la kukuku yang panjang ni.... hahaha |
Eeeemm..... Aku pun tak tau kenapa? Mungkin dia rasa aku berduit kot, yang ada harapan untuk membantu. Al-kisahnya pasal orang suka meminjam duit. Kawan la jugak dan agak rapat pernah tidur sebilik dan bertandang kerumah masing-masing. Kawasan office lama.
Rabu, 8 Jun 2016
Sut Blazer Hitam H&M
Sebenarnya da lama mengidam untuk membeli sut Blazer dengan seluar. Alhamdulillah tercapai niatnya. memang gam-gam dengan badan. Sebenarnya ini beli kerana terdesak sebab terlupa bawak blazer dan tertinggal dalam kereta.
Isnin, 6 Jun 2016
Salam Ramadhan
Sempena Ramadhan ni, Salam Ramadhan diucapkan bagi mereka yang membaca blog saya. Maaf Zahir & Batin, semoga Kita semua di dalam rahmat Dan lindungannya selalu.
Kepada yang megenali mohon maaf zahir dan batin, andai ada salah dan silap, saya juga memaafkan sesiapa saya yang pernah menyakiti hati saya sama ada dalam keadaan sengaja mahupun tidak sengaja, maklum la kita manusia, dan manusia itu hakikatnya tidak ada yang sempurna.
Ahad, 5 Jun 2016
Black Boot H&M
Memandangkan boot yang ada da rosak, makanya aku servay cari yang baru, dengan keadaan masa yang terlalu mencemburui dan terhad untuk ke sana ke mari, aku terpaksa mencari boot baru kerana tugas seterusnya ke Kelantan dan Terengganu. Akhirnya sedikit masa lapang di Hotel Pan Pacific memberi ruang aku bernafas dan mencuri masa yang ada untuk berjalan ke Mall bersebelahan hotel.
Sabtu, 4 Jun 2016
Buruk siku
Sebenarnya banyak cerita yang saya nak up date di blog saya ni selain cerita pasal awak. Saya malas nak panjangkan cerita. Tapi tu la, episod cerita kita masih tak selesai. Awak... awak... Awak! tau tak, saya cerita kat anak saya tau, pasal saya dah tak kawan dengan awak dan awak mintak balik barang yang awak da bagi pada saya, awak tau anak saya cakap apa? "Macam buruk siku aje ibu!!. Hahahaha Saya terkejut dia cakap macam tu, tapi itu le kebenarannya.
Rabu, 1 Jun 2016
Tambah Pengetahuan
Kali ni aku bertugas ke Kelantan dan Terengganu. Hari Sabtu aku di Tangkak, Ahad aku bekerja di Pan Pasific, dah kelam kabut jugak Isnin dari KL ke Putrajaya, Putrajaya ke Subang, dan destinasi terakhir Kelantan.
Ini juga merupakan pengalaman pertama naik flight ke Kelantan sesorang atas urusan kerja, nasib baik aku pernah ke Subang Airport. So tak de masalah. Sampai je di Kelantan aku terus ke Hotel check in untuk bodygruad, bos dan aku sendiri.
Ini juga merupakan pengalaman pertama naik flight ke Kelantan sesorang atas urusan kerja, nasib baik aku pernah ke Subang Airport. So tak de masalah. Sampai je di Kelantan aku terus ke Hotel check in untuk bodygruad, bos dan aku sendiri.