Khamis, 23 Jun 2016

Hari Pun Dah Tak Perasan


Seperti biasa bagi mereka yang bekerja kerajaan sentiasa menunggu tarikh keramat 25hb pada setiap bulan. Maklum le gaji masuk, ada jugak yang tak sabar-sabar sebab poket dah kempis. Kadang kala minggu pertama aje pengeluaran melebihi separuh menyelesaikan hutang, belanja dapur dan sebagainya.

Tapi aku sebulan dua ni boleh tak perasan,  mungkin kerana kesibukkan kerja. Tub-tub dah 25hb. MasyakAllah pantasnya masa berlalu. Sungguh, aku sebuk kerja, aku bekerja di banyak lokasi dan banyak pergerakkan. Masa kerja pun kebiasaaanya makan disediakan, so jarang menggunakan duit, lagi-lagi kalau di putrajaya, duit macam tak luak, kalau breakfrist pun RM 3.00 ke RM 4.00 ringgit, lunch biasanya tak makan. Tapi kalau makan free aku bedal jugak kikikiki.

Aku betul-betul menggunakan duit, bila kerja di kawasan, itu pun duit minyak, tol dan sewa bilik. Tapi semua tu boleh di kelim semula. Malah lebih dari duit yang dikeluarkan, tapi munasabah kalau bawak kenderaan sendiri penat drive, dan keselamatan semasa memandu kerana tugas, kos kalau kene saman lagi. Jadi memang berbaloi la.

Kerana komitmen kerja jugak membuatkan aku tak sempat ada masa untuk diri sendiri. bayangkan beli liebresse pun tak sempat, biasanya semasa waktu kerja aku jarang keluar untuk urusan peribadi. Biasanya tunggu lepas balik kerja, atau hari cuti. Kalau dah kerja pun 31 hari sebulan dan kadang kala balik kerja dah jam 12.00 eh!! malam ke pagi ek! agak-agak kedai bukak ke. Tu yang tak sempat. 

Sebenarnya bukan setakat tak perasan tarikh je tapi sebab dalam akaun sentiasa ada duit.Syukur Alhamdulillah, dengan keadaan macam ni, dengan rezeki lebih daripada biasa dapat la aku menyimpan. kalau macam ni selalu pun aku suka. Dapat la aku beli apa yang aku nak. Dah mula berangan-angan nak beli itu dan ini. Malah aku target nak simpan RM 10,000 sementara peluang bekerja disini, ada berbaki setahun lebih lagi. Aku seronok dah mula dapat menyimpan lebih dan dapat kekalkan simpanan duit sewa rumah. MasyakAllah Syukur Alhamdulillah.  

In sya Allah mudah-mudahkan Allah berkati rezeki aku, kalau tak dapat simpan banyak tu pun aku target nak beli apa yang aku rancang sebelum ni. Katil Quen untuk master bed room, ganti Sofa baru, Set Home teater idaman, bed room set Asyraaf, mesin jahit yang di angan-angankan, kalau ada rezeki teringin nak pakai barang kemas baru. In Syaa Allah mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan, aku hanya mampu merancang, lammmaaaaaaa sudah aku merancang tapi tak 1 pun dapat dikotakan.  

Mungkin ini lah hikmahnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan