Ahad, 12 Jun 2016

Pinjam

Tengok la kukuku yang panjang ni.... hahaha

Eeeemm..... Aku pun tak tau kenapa? Mungkin dia rasa aku berduit kot, yang ada harapan untuk membantu. Al-kisahnya pasal orang suka meminjam duit. Kawan la jugak dan agak rapat pernah tidur sebilik dan bertandang kerumah masing-masing. Kawasan office lama.


Entah kenapa dengan mudah dia nak pinjam aku bagi je? memang tepat pada masanya aku tengah depam komputer, terus bank in online. Kesian dia nak bayar road tex kereta. Dia pulak bujang, gred pun 17 je. Memang faham sangat la. 

bagi kucing makan dodol.... nak pulak tu hahaha
Tapi aku bukan nak kutuk dia. Cuma ada juga beberapa orang kawan yang cuba nak meminjam duit, bukan sahaja perempuan lelaki pun hadoo, bukan takat ratus2, ribu riban nak pinjam peh!!! kedekut seh!! aku fikir dulu sebelum nak balas mesej. Tapi masa tu duit untuk keperluan, bimbang bagi orang aku pulak tak berduit. Tapi nak pinjam ribu riban tu memang harap maaf la, kau fikir kau siapa, boleh belah!!! hahahaha. Satu lagi aku tak percaya yang dia orang boleh pulankgan balik duit aku, da ramai pinjam duit aku tapi tak pulang, sedih!!! Tak pe la aku halalkan dunia akhirat.

Yang aku peliknya, antara mereka isteri orang aka ada suami yang menanggung, ada yang bagi tau dapat nafkah RM 1000 sebulan (peh! bestnya) kan... hidup memang kelihatan mewan dan bergaya sakan dengan handbeg beli  luar negeri, handbeg aku RM200 pun x sampai. Tapi yang peliknya boleh nak pinjam duit dengan aku. Tak tau ke yang aku ni makan pakai sendiri tanggung, bukan makan tanggung berak cangkung macam dia orang. 

Aku menguruskan kewangan tu supaya cukup sekurang-kurangnya untuk sebulan, berjimat-jimat semata-mata nak simpan duit sekurang-kurangnya dapat bayar road tex kereta, standbay untuk kecemasan supaya tiak menyusahkan orang. Apa pun keadaan aku akan pastikan duit mesti cukup walaupun tak dapat simpan. Malah Asyraaf pun cukup makan minum dan duit sekolahnya RM 6 sehari. Alhamdulillah rezeki tak putus.

Bukan la aku marah cuma!!! macam mana dia orang guna duit ataupun uruskan duit? Aku yang gaji kecik ni dan menggunakan duit sendiri tanpa bantuan mana-mana sumber, boleh hidup selesa di Putrajaya ni. Tapi tu la pakai ukur baju sendiri la kan. Semuanya sederhana. Nak membeli apa-apa pun nak tunggu simpan duit. Dah bertahun hajat nak beli katil umtuk master bed room pun tak tercapai lagi. In syaa Allah tahun ni jugak aku nak beli, dah nampak bayang-bayang da ni, Amin mudah-mudahan. Cuma nak beli sebelum raya tu pun tak tercapai jugak. Harap-harap hujung tahun ni dapat la beli katil idaman aku. Puas merayap di Index Living room, hanya mampu tengokkkkkk... je dulu.

Seingat aku, orang yang kesian dan pinjamkan duit untuk aku, tapi jarang berlaku aku nak pinjam duit kawan-kawan. Konsep berkawan pada aku cukup untuk berkongsi cerita suka duka bukan bebankan mereka dengan masalah kewangan sendiri. Malah meminjaam ni pada aku perkara yang merendahkan maruah sendiri. Kerana itu susah dalam bab kewangan aku tak akan pinjam kawan-kawan.

Tetapi ada sekali baru-baru ni, aku betul-betul nak pinjam duit, itu pun x boyfriend, eh!!! ye ke... Hahahaha.... sebab kerja jugak tu, aku tunggu tak dapat-dapat sudahnya aku terpaksa beli dulu dan dulukan duit, nak dulukan tu yang payah, aku baru berhabis duit untuk persekolahan Asyraaf 3K++ tu duit dah habis. Tu yang try pinjam kalau tak dapat esoknya aku akan ke tabung haji jadi sasaran terakhir, kerana simpanan disitulah yang aku anggap kekal tak mau usik. Tak sangka dia dengan pantas p bank in kan. MasyakAllah masa tu!! berjujuran air mata aku. Tak sangka dia sanggup nak tolong malah dalam kadar segera pulak tu, itu yang terharu. Petang tu jugak aku keluar cari Camera yang sekarang aku gunakan untuk kerja. Dapat refund dan aku pun da pulangkan semula duit dia tanpa kurang walaupun seposen.

Kebiasaanya aku kalau susah aku akan pinjam duit mak aku. Tapi setahun pun payan sekali. Sebab tu aku akan pastikan duit mesti cukup makan minum dua beranak. Cuma sekarang ni anak pun dah jauh, bapak anak pun dah tanggung kos persekolahan anak dia. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan