Selasa, 21 Jun 2016

Soalan Sensitif


Aku tak tau nape bos-bos aku ni, kebelakangan ni bertanyakan soalan yang aku sendiri tak tau dan tak ada jawapan. Muka aku ni macam da naik seri ke? "kalau nak kawin bagi tau awal-awal" berulang-ulang kali cakap. Ke nak korek lobang nak tau cerita pasal aku, YB lagi sedap, dia boleh cakap dengan Asyraaf "mak ko nak kawin"2 hahahaha.... Adoi! pening laaaa. Aku tak kisah orang nak tanya. Tapi sebenarnya agak terkesan dalam hati. Bukan aku tak nak kawin, bukan aku nak merahsiakan semua tu. 


Tapi aku masih sendiri lagi. Aku tak memilih, sebab aku pun tak ada pilihan, yang datang aku beri peluang tetapi jika yang hadir bukan kemahuan, aku abaikan bila aku tak berkenan dan terus buat keputusan. Itu namanya tak ada jodoh. Jujur, phone aku berbunyi semuanya atas urusan kerja, tak ada seorang pun aku bersemej istimewa bagi aku setakat ni, ye kawan tu ada, da nama pun kawan sekejap timbul sekejap tenggelam, ye la kadang2 aku suka mereka tenggelam terus tak payah nak timbul sangat, macam buaya ke daratan kikikiki.

Walaupun aku tak secantik AIDA JEBAT, tetapi aku pun ada rupa paras yang sedikit menarik, malah cutting aku pun tak jauh beza dengan anak dara. Anak dara pun kadang kala bersaiz besar atau terbarai orang kata bak kata sedara Abu Dhabi tu "awak pun macam anak dara" (apa kene mengena aku putus dengan dia kan!!).

Aku hanya mampu menjaga diri untuk kekal bersaiz begini, kerana istimewanya nampak lebih muda dan yang penting sihat. Untuk manarik perhatian lelaki, untuk pikat lelaki aku memang tak ada ilmu. Ilmu yang aku ada layan suami, bagaimana nak menambat hati suami zahir dan batin wah!!!!! ayat panas!!! tapi suami pun tak de so lupakan je sebab tu sedara tu cari janda "ada pengalaman" katanya huh nyampah!!. 

Bila aku kata aku tak berkawan dengan sesiapa ramai yang tak percaya. Aku tak mudah cari pasangan, dari anak dara, aku di tackle lelaki, masa dulu memang kawan lelaki keliling pinggang. Pernah juga meminati seseorang tapi tak berjaya, itu yang malu tak berani buat lagi zaman baru habis sekolah katakan, itu pun orang yang ajar. Bagi surat beb kikikiki..

Sekarang ni aku sendiri tak berani, takut suami orang. Mata hanya mampu memandang keindahan ciptaan Tuhan, tidak lebih dari itu. Aku tak nak orang cakap aku gedik. Hanya orang yang mengenali aku je tau aku ni ada sifat keanak-anakkan @ manja, ye la anak bungsu le katakan.

Aku bukan jenis perempuan yang nak tunjuk hebat duk kumpul kawan-kawan lelaki, sekarang zaman dah berlalu, aku dah ada anak, anak pun da besar, ada kerjaya yang perlu menjaga nama dan attitut, semua tu main peranan untuk aku sentiasa berwaspada, sebab tu kalau kawan dengan lelaki pun aku tak suka nak jumpa selalu. Tak salah sebenarnya tapi nak elak fitnah.

Dan sebenarnya, aku tak nak kecewa lagi, aku bukan ego, orang memang susah nak faham aku, aku hanya berserah, redha. Aku dah ada pengalaman so kalau akan datang tak ada pasangan, aku redha sebab macam ni pun hidup aku tak ada masalah, aku dah biasa berdikari kerana tak ada adik beradik lelaki. malah hati pun tak sakit dengan lelaki yang bernama suami. 

Memang aku tak pernah usaha nak mencari.  Aku hanya berserah, aku tak terdesak untuk mencari pasangan. Semua insan ada impian, cuma hanya dengan Izin-Nya, Impian akan jadi kenyataan. Kerana itu aku tak mahu menaruh harapan. Yang aku mampu berdoa agar ditemukan jodoh yang BENAR, aku semacam dah tak de hati, sebab tu redha je.

Sebab tu aku nak bercinta selepas kawin sebab dah sah. Selagi tak kawin memang aku berserah, kalau panjang jodoh hingga akad, baru aku jaga hubungan sebaiknya. Kalau tak macam ni je la, usia semakin meningkat aku da mula fikirkan amalan je yang tak berapa nak sempurna. Tapi memang betul, dengan niat macam ni, aku tak rasa kecewa sangat. Kalau boleh dah tak nak, dah penat dengan permainan dunia. Tapi diuji lagi, Allahu Akhbar... Sampai bila agaknya harus begini.

Kalau la setiap insan faham erti redha dan pasrah, apa yang berlaku dalam hidup kita, tak akan berlaku salah dan menyalahkan orang lain. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan