Ahad, 19 Jun 2016

Kesian Dia


Cuti sekolah yang lepas Asyraaf dapat la balik Putajaya. Seminggu je, tak sama dengan sekolah kebangsaan. Tapi sedihnya tengok keadaan dia. Luka sana sini. Lebih sedih lagi kaki kudis merata. Aduh.... Sepanjang dia dalam jagaan aku, 9 tahun jarang berkudis macam tu, ada pun luka sebab jatuh bsikal, itu pun masa dia belum ikut aku pindah ke Putrajaya.


Eh!! tiba2 teringat. Masa dia luka aku sapukan ubat kuning, kadang-kadang aku akan terangkan apa fungsinya, begitu jugak lauk pauk, sayur tu vitamin, nasi tu karbohitrat blaablaablaa. Ubat kuning tu untuk keringkan kudis. Di lain masa, kaki aku luka, Asyraaf bawak ubat kuning dan sapukan di kaki aku. Eeemmm.. terharunya, ini le yang dikatakan kepimpinan melalui teladan.

luka sana sini
Sambung balik.....sedih tengok asyraaf, selesai kerja hari tu jugak aku bawak dia ke klinik yakin di tangkak. Dia takut pulak nak kene injektion. Hahahaha..... alahai anak manja sorang ni... Sunat bukan main berani, nak kene cucuk yang tak sampai seminit pun takut.... pelik...pelik...

Alhamdulillah sempat kering walaupun x sembuh sepenuhnya. Tapi ini abah dia bagi tau. Berkudis lagi... nak larang macam mana, bukan dalam pengawasan. Asyraaf pun baru nak rapat dengan abah dia tapi dia dah besar, dia nampak lebih selesa mintak apa-apa dengan aku eemmm.....

selepas beberapa hari lukanya kering

Budak-budak tahfiz bukan ada permainan-permainan canggih, main le bolah sepah, entah bola entahkan apa yang disepaknya. main le pasir itu je yang ada. Sebab tu jadi kudis. Dia sendiri bagi tau pagi dia tak mandi. Cuba dengan ibu dia memang ta miss pagi2 mandi, air sejuk lagi. Berani tak nak mandi, mau menjerit aku.


Biar la dia kenal erti hidup. Aku tanya jugak pada asyraaf, "Marah ke Ibu hantar ke tahfiz". " Tak la, yap da sesuai da". Alhamdulillah.... Kalau ikut bapak dia, mau da keluar tahfiz. bapak dia memang aku da tau dari azali, hati lembik... semua lembek... masalah anak dengan bini baru pun tak mampu nak selesai kan. 


Semua orang boleh jadi ayah tapi tak semua ayah tu tau tanggungjawab. Jadi pada sesetengah manusia yang tak ada anak, itu le sebenarnya hidup kita, tak semua yang ita mahu kita boleh dapat walaupun duit banyak. Tapi bersyukur la dengan apa yang ada. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Usaha biar ikhlas dan jujur, baru hasilnya berkat dan redhai. gitu............ 



molek sikit
eeemmm.... buruk rupa...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan