Rabu, 8 Januari 2025

Emosional Blockage

Siapa sangkakan aku yang ceria dimata ramai orang, yang sentiasa tersenyum dan mudah membantu tetapi ada masalah ini. Masalah yang bertahun-tahun rasanya. Sikap aku ni lebih kepada perasaan dan terdapat lelaki. Kepada kawan-kawan ramai yang tak tahu atau sikap aku berlainan, entah lah ada beberapa identiti ke macam mana. Tapi tidakkk la.

Pengaruh TikTok kan, memang ada baiknya kalau kita cari kebaikan begitu juga sebaliknya. Sedang aku ada masalah tak sangka pulak melimtas di tiktok orang yang baca personaliti seseorang apa namanya metafizik, macam tu le bunyinya. 

Di pendekkan cerita, aku pun try la wasabi kat tiktok. Lambat juga balas, sebab sudah dimaklumkan awal-awal kene tunggu giliran. Selepas di balas wasabi dan selepas membuat bayaran masih menunggu turn untuk bacaan personaliti.

Bacaan dimulakan dengan kelebihan seterusnya kelemahan ditutup dengan amalan yang dianjurkan. Eeemmm... dari situ ada yang aku sendiri baru tahu 'owww patut le", ada yang betul malah tak ada persamaan. Jadi ambil la apa yang betul. 

Kelemahan ketara aku adalah Emosional Blockage @ EB search la sendiri tentang itu. Aku akui ada betulnya. Sedihnya, dapat tahu dalam keadaan aku tengah krisis dengan suami pulak tu. Dia semestinya tak kisah pun. Jadi aku ikhtiar la untuk diri aku sendiri tapi aku buat jugaan bacaan untuk dia dan dah pun bagi dia, dia ada tinggi prasangka @ sangka buruk patut la suka tusuh aku yang bukan-bukan, nasib baik aku tak layan, kalau tak boleh jadi gaduh.

Bacaan dibuat adalah dengan tarikh lahir je. Untuk aku sendiri antara amalan yang anjurkan adalanh surah Yassin ayat ke -9 baca sebelum tidur, surah Al-Inshirah beserta maksudnya, Zikir Ya Allah Ya Muhaimin. Selebihnya disyorkan mandian bidara dan garam bukit. Makanya aku pun belilah mandian bidara. 

Lain pulak masalah timbul dengan mengamalkan mandian bidara ni, hari demi hari aku jadi tak sihat. Badan jadi sakit-sakit, dari sikit melarat, dari sakit belakang melarat sampai nak menoleh pun tak boleh, solat aku beri salam pun cukup syarat je. dagu pun tak boleh cecah dada la. Terasa sakit sungguh. Sakit di tengkuk. Lebih menyedihkan aku nak bangun dari baring atau tidur pun susah. MasyaAllah terasa sungguh sesakitannya.

Baru aku tahu, di tubuh badan aku ada gangguan. Bukan sihir. Yang sehingga kini aku tak tahu apakah bendenya. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA