Ini bukan gangguan syaitan, sihir, atau ilmu hitam, tetapi manusia yang aku tak selesa dengannya. Ye mereka adalah orang yang pernah aku kenal, dan kini sudah pun aku lupakan. Tetapi mereka-mereka ni masih nak text aku, tanya khabar. Aku tak suka, bila keputusan aku dah buat untuk tidak memilih mereka, maka aku terus terang je yang aku tak suka malah tak mahu dah berkawan lagi. Kalau ada di FB aku unfriend, phone aku block, supaya mereka tak tahu perkembangan aku. Dengan sesiapa pun
Peliknya mereke-mereka ni masih tak faham. Lagi hairan dah kawin pun still nak mesej, ye la mula-mula tanya khabar, bila di layan kang ungkit cerita lama, lepas tu marah aku pulak sebab tak terima dia. Dah kawin tu, masih nak ingat cerita lama, sepatutnya aku yang ganggu dia kot, tapi terbalik, da kenapa, dah dia yang pilih pompuan tua bertahun-tahun la ni da 50 tahun, sedangkan dia muda 5 tahun dari aku. Aku tahu la aku masih bergetah hahahahaha.....
Nak terima macam mana, aku bukan suka lelaki memberi harapan palsu, nak jumpa lepas tu senyap, ada hutang dengan aku tak mahu pulang, siap marah aku pulak. Itu belum lagi ajak keluar guna kereta aku, da cakap nak keluar ke sini dia bawak kereta dia pergi ke sana ikut kepala dia, makan tunggu aku bayar. Yang menipu tu pun tak agak-agak, aku tak kisah nak kawan, nak call ke nak mesej ke. Tub-tub laki orang, aku da bagi tau aku tak suka berkawan dengan laki orang. Bila aku dah tau, memang tak de la aku nak layan.
Aku memang tak faham, apa yang mereka-mereka ni mahukan, eh!!! mahukan aku le kan, hahaha. Aku yang tak nak, ada je yang bila aku kata, aku tak nak teruskan hubungan, masing-masing move on. Soal hati ni memang tak boleh paksa, aku dah cuba terima tapi tak boleh malah kerana sikap mereka jugak aku reject dia orang. Nasib la, lom apa-apa dah ambil kesempatan. Aku sendiri pun tak ambil kesempatan pada mana-mana lelaki ye. Aku pun pernah pinjam duit dengan lelaki yang aku pernah kenal, tapi aku bayar, tak kurang seposen pun.
Mereka-mereka ni bukan sorang, sebab tu aku guna perkataan "mereka-mereka" bukan laki orang je, bujang dan duda pun ada. Aku ni da tua, malas nak fikir lelaki yang bukan teste aku hahaha. Aku pun selesa tak berkawan. Biasa beno dah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan