Rabu, 11 Mac 2020

iPhone 11 Pro Max



heeee.... memang tak rancang nak beli iphone lagi, hati teringin nak beli oppo yang anti gegar dan anti gelap, dasyat kan dia punya promosi terpengaruh aku di buatnya. Tapi nak menggantikan phone yang baru aku ambil masa lama juga lebih kurang seminggu, jadi dalam masa tu, duk borak2 dengar member kata boleh dapat gambar lama kalau ada akaun icloud, di bakoo pulak dengan officemate kata beli iphone latest, tercabo-cabo aku dibuatnya kikikikiki.

Aku pun servay la di Alamanda pada tarikh keramat hehehehe hilang 3hb Februari aku tunggu sampai birthday aku, baru nak cari phone baru. Jadi tanggal 15 February aku cari la phone Alhamdulillah Dapat la. Haah nak senang hidup punya pasal guna la kemudah maxis bayar bulan an tak perlu deposit. Sama la sebelum ni pun aku guna cara yang sama. Apa yang penting mampu untuk bayar.

Makanya sekarang aku guna phone baru tapi no lama 010 tu. No 017 aku dah x mau guna. Setakat hari ni guna dulu.


Ahad, 1 Mac 2020

Tak Stabil

Sejak aku bercuti 25 Disember lalu, rupanya hingga kini aku tak sihat lagi, keadaan kesihatan aku lebih kurang 2 bulan tak stabil hingga kini. Isnin lalu cadangnya nak bawak anak je ke klinik sebab tak sihat, tapi dah alang-alang keluar tu terus la nak jumpa dr. nak mintak ubat, aku pun tak sihat jugak.

Dugaan

Lumrah hidup manusia tidak akan dapat lari daripada diuji. Begitu juga aku, lepas satu, satu musibah menimpa. Tidak la terlalu rumit, cuma terkesan juga dalam hati bilamana datangnya masalah, buat aku terfikir-fikir apa salah dan dosa aku, redha dengan apa yang datang, masa ni la baru nak rajin solat taubat. Betul la kata para agamawan, kalau kita tidak diuji kita leka dengan kehidupan dan lena dalam mimpi yang berpanjangan.

SESEDAP RASA