Alhamdulillah selepas menunggu kelulusan pertukaran selesai, keperluan sekolah pun telah selesai lama seawal cuti sekolah bermula, maka tahun ini Asyraaf kembali ke sekolah lama semula. Dia pun seronok dapat jumpa kawan-kawan lama.
Hari pertama jugak urusan beli buku sekolah rendah, ambil buku teks dan daftar KAFA, murah je duit buku sekolah pagi, cuma KAFA je 300 lebih. Alhamdulillah segala urusan yang melibatkan kewangan tak de masalah.
Cuma buku latihan tambahan baju T-shirt sekolah dan baju rumah sukan tak ada stock dan baju koko tak beli lagi. Malamnya jugak sebok menyampul buku, tulis nama, isi borang penerimaan buku teks bagai.
Selesai la semua urusan penting. Asyraaf dah boleh belajar macam biasa, malah mengaji pun di KAFA. Tapi kali ni KAFA tak perlu pakai baju melayu. Pakaian sekolah pagi terus ke petang.
Memang bagus, tapi masalahnya aku dah belikan baju Asyraaf 3 pasang untuk sekolah petang. Mujur Samping beli 1 je dan songkok x beli, itu pun sebab tak ada saiz, kesana dah habis, kesini saiz besar. Sudahnya suruh pakai songkok raya tahun lepas. Dah le baju dia mahal bukan main sepasang 40 lebih beli 2 pasang dulu. kemudian aku beli 1 lagi, bimbang tak sempat nak basuh ke apa. sudahnya nanti sama ada nak sedekah atau jualkan pada sesiapa.
Aku tak kiah sangat sebab aku dulukan duit je, kemudian kosnya aku tuntut kat abah dia. Apa nak kisah kan huhuhu.... aku bagi je pic bil kat dia. Dia bayar le kemudian. Masalah 1 lagi abah dia tah bayar lagi hutang aku masa masukkan asyraaf ke Tahfiz. semua urusan aku yang buat. Dia tinggal bayar kat aku je. Aku pulak lupa. sebok sangat dengan kerja. Dia apa lagi buat-buat lupa le tu.
tapi yang buat aku terkilan sekarang ni tak dapat nak ngajikan Asyraaf di Masjid besi seperti tahun-tahun yang lalu. Niat aku kalau dapat ke masjid dapat la berjemaah. masuk masjid niat ikhtikaf je da dapat pahala walaupun tidur. Apalagi kalau berzikir, baca yasin, solat sunat dan sebagainya. Silap aku jugak tak call masjid awal-awal. Kene bayar dulu. Dah lama aku pun tak ingat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan