Antara tempat menarik di Muar adalah Tanjung Emas yang telah lama popular dikalangan Masyarakat setempat sejak dulu lagi namun kini tempatnya semakin cantik al maklum la bandar muar atau dikenali bandar Maharani telah diIltiraf Bandar Diraja, seiring dengan kepesatan pembangunan di Muar.
Malah Tanjung Emas ini juga berdekatan dengan Masjid Jamek Sultan Ibrahim kalau nak solat dengan keadaan yang selesa boleh singgah ke sini. Bila tempat selesa jangan lupa Solat Sunat Tahiyatul Masjid tau tambah pahala ahh gituww..... Perjalanan saya dari Putrajaya ke Muar, makanya saya niat musafir jadi solat Jamak la yang sesuai, Islam kan mudah lagi indah. Cuma aku ni bila nak berubah hahaha....
Sebenarnya saya pun tak tahu yang keberapa kali saya telah menaiki bot ni. Tetapi kali ni kerana tertarik dengan perubahan yang begitu ketara dimana tempat menunggu disediakan lebih selesa berbanding dulu, malah dapat memuatkan ramai orang untuk menunggu bot. Tiket pun telah dicetak dengan cantik Asyraaf pulak tak pernah puas kalau menaiki bot ni. Nak sesaje bila kita offer, so layan je la. Disamping mengambil kesempatan untuk bergambar untuk di post dalam FB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan