Selasa, 11 Julai 2017

Nokhtahkan Semuanya



Lamanya x mencoret aktiviti disini. Tapi apa yang aku ingin kongsikan pada hari ini mengenai perasaan. Ye, kalau ditanya perasaan aku saat ni, memang masih belum ada sesiapa yang mampu untuk aku sayangi. Entah la, entah kenapa terlalu sukar untuk aku terima seseorang dalam hidup aku.

Tak aku nafikan kekecewaan lalu beri kesan mendalam untuk aku memilih pasangan. Terlalu berhati-hati tetapi tetap terkene, tertipu. Aku sedari, semuanya pengalaman dan pengajaran, apa yang disukai tidak semestinya terbaik, dan apa yang disukai tidak semestinya akan dimiliki jika tanpa izinnya. Sedari itu aku memilih menarik diri.

Payah, menang payah untuk melepaskan rasa dihati, sedih lagi pedih bila hati ini tidak pernah dihargai malah dipersiakan begitu sahaja. Namun dari hari ke hari, aku cuba melupakan, lenyapkan segalanya dari fikiran dan kini setelah bertahun masa telah berlalu, semuanya terpadam dengan sendirinya, luka sembuh dengan perjalanan masa dan waktu.

Namun gangguan dari dia masih ada, pada aku, hubungan aku dan dia telah lama berlalu malah telah pun berakhir. Tapi Entah kenapa dia masih pedulikan aku, masih mahu mengetahui perkembangan diri aku. Yang mana hingga ke hari ini aku tertanya-tanya apa lagi yang dia mahukan dari aku. Semoga kemarin menjadi titik nokhtar aku dan dia. Agar dia tahu tiada apa yang aku harapkan dari dia.

Ya, sebenarnya dia le satu-satunya lelaki yang pernah pinjamkan duit kepada aku, tak aku nafikan kesanggupan dia memberi malah dalam jangka masa yang singkat buat aku tersentuh, memang aku menangis, terharu itu pun selepas beberapa kali fikir dan paksa diri untuk mencuba. Kerana dalam ramai lelaki yang aku kenal dengan dia aku tak segan, bergurau kasar malah kutuk mengutuk perkara biasa. Dah itu je caranya, aku memang tak layan lelaki yang bukan lagi aku nak. Jadi tak perlu rasa terkejut bila aku kurang ajar dan sebagainya. Kerana itu satu tanda aku tunjuk aku tak suka.




Jangan fikir aku lupa kali terakhir pertemuan dulu, puas dia memujuk aku untuk berjumpa, dan berjanji untuk balik kampung bersama, aku mengalah dan aku turuti kehendak dia, sudahnya aku balik menaiki bas, sementara menunggu bas dia ambil pesan untuk belikan minuman, sampai bas datang pun kelibat dia aku tak nampak, tak kisah pun cuma hati risau, entah kenapa dengan dia, call pun tak di angkat, aku naik bas dengan hati yang amat sedih, dalam bas aku menangis semahu-mahunya. Menyesalnya aku kerana berjumpa dengan dia, sedangkan anak aku ternanti2 kepulangan aku.

Kerana sayang, aku tak marah andai panggilan aku tidak berangkat, mesej tidak dibalas oleh dia. Walaupun dia pernah kongsi cerita yang awek dia cemburu begitu begini eeemmm.... Aku tak pernah kisah  botaknya kepala dia, keciknya badan dia, merokok pun dia orangnya, apa kerja dia yang aku tahu dia keja kilang sebagai apa pun aku tak pernah tanya, itulah bila hati dah sayang, yang penting aku dah suka, aku rasa dia sekufu dengan aku. Aku rasa dia lah jodoh aku, rupanya itu hanya angan-angan. Aku hanya mampu senyum walau dalam hati pedih, sakitnya memadam perasaan yang hadir tanpa dipaksa.

Jujurnya, aku memang tak pernah kenal dia, dia tak pernah memperkenalkan diri dia, semuanya adalah rahsia. hanya aku yang beriya-iya eemmm... tak pe la. mungkin itu dah cara dia, aku tak rugi walau 1 sen pun. Ye sekarang dia tak de nilainya dimata aku, hanya jadi pengganggu dengan komen dan mesej yang aku sendiri tak suka. Cukup lah episod kisah aku dengan dia selama ni, bertahun lamanya, bermacam rasa yang banyaknya cukup sakit aku rasakan dalam hati.

Pelbagai gambar perempuan yang dia kongsikan, untuk apa? buat aku cemburu? Tapi tak bahagia juga, bersusah payah melabur duit dengan ramai perempuan, tapi kejar aku jugak? Aku dah bosan dengan semua permainan dia, bagi tau gaji beribu2, tunjuk kereta mahal lagi baru,  kepala yang botak dan berambut lebat dengan harga 30 ribu, walhal aku tengok da macam dawai jee.... ingat aku heran. Dah bermacam lelaki aku kenal, masih ada yang tau menghargai aku, menghormati aku, yang dengan jelas menyayangi aku, malah terima aku seadanya.

Cukup-cukup sudah dengan semua tu, aku dah penat dan serik untuk dipersenda, perempuan mana yang tak gembira andai ada insan yang ingin melamar dan mengahwininya, tapi andai berniat sorokkan perkahwinan di seberang, andai kahwin tu sebagai gurauan sedang niat itu tak pernah ingin memiliki lebih baik diam, jangan sentuh jangan disebut2, aku manusia yang cukup faham kalau sekali dua telinga ni kerap dengar nak hiup sendiri, pergi la, ikut la jalan sendiri, haluan dan laluan dah tak sama.

Kawin bukan bahan untuk bergurau. Cukuplah dulu aku merasa diri diperlaku seperti sampah bila tak dipedulikan. Sekarang rasakan apa yang aku rasa dulu. Tak semua cerita berakhir dengan gembira. Cukup-cukup perasaan aku dipersenda. Aku tak perlukan lelaki yang tak mampu memikul tanggungjawab. Hanya sekadar mampu buat aku sedih dan menangis, walau tanpa dia sedari...

Pergilah.... pergi cari jalan sendiri. Aku biarkan begini... Aku bahagia sendiri dengan aktiviti yang digemari. Biar diri dimamah usia, biar diri tiada yang peduli untuk menjaga, aku yakin Allah itu sebaik2 penjaga, aku hanya ingin mengejar redhaNya. Perbaiki diri dan mensyukuri atas nikmat yang diberi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA