Selasa, 4 April 2017

Dara v/s Janda


Sebenarnya setelah aku memutuskan hubungan dengan seseorang awal tahun ni, niat tu memang da tak berminat nak mengenali sesiapa. Tapi dengan sengaja aku sertai 1 kelab di laman sosial, Kelab ini motifnya untuk mencari pasangan, dimulai perkenalan ada jodoh brrkahwin. Hanya dengan posting sedikit maklumat seperti nama, umur status, asal selebihnya ikut kreativiti masing-masing dan yang penting sekali adalah gambar.  Memang tak dinafikan ada yang bertemu jodoh berkahwin dan bertunang setelah mereka berkongsi kegembiraan dalam kelab itu.


Tetapi lain pulak aku, belum pernah pun post untuk diri sendiri sebab aku malu, dah la JANDA dan tua pulak tu. So ada la orang post aku tumpang komen. Tak sangka komen je pun still ada yang PM untuk berkenalan, berbelas orang jugak setakat hari ini eemmm.... hanya 2 orang yang aku bagi peluang untuk kenal aku hahaha..... Tapi tu la sekadar kawan. Dah la bujang muda pulak dari aku. ADOI!!! lagi muda dari si bujang yang aku putus sebelum ni. OK cukup setakat ini, kerana bukan siapa yang berkawan dengan aku yang ingin aku bicarakan.

Tapi topik aku untuk kali ini  mengenai status antara DARA dan JANDA. Salah seorang yang aku kenal tu rajin sangat call aku hampir setiap hari, sehari lebih sekali. Dia bujang dan muda dari aku tapi pengalaman hidup bukan calang orang, kerja kapal kan. Aku pelik bila dia kata ramai yang nak kenal dia terdiri daripada ibu tunggal.

Bertambah pelik bila dia pun mencari ibu tunggal, kenapa nak ibu tunggal?, nak-nak macam aku ni, eh!!! dia bukan nak aku, nak berkawan sahaja.... jauh!!! dia di kelantan. Macam aku pakaiannya kadang kala menjolok mata, ilmunya sangat cetek, kalau nak bandingkan dia yang pernah berguru belajar agama. Timbul rasa pelik. Aku membahan je dengan dia. Orang kelantan lawa-lawa, cantik putih gebu, kat dalam kelab tu pun tak kurang juga yang berjubah malah berpurdah, selayaknya dan sesuai la dengan dia. 

Apa yang dia jawab, mengejutkan aku, pengalaman dia sendiri dalam mengenali bermacam-macam perempuan. Katanya jangan sangka yang berjubah itu semuanya alim, orang yang berbaju ketat lebih baik atitutnya dari yang sempurna menutup aurat, sehingga ada yang inginkan @ nak sangat kat dia sampai sanggup mengadaikan maruah diri, faham ke idok, bahasa kasar serah body untuk seks haaaa... Dia tegur perempuan tu, kenapa nak rosakkan diri hanya kerana lelaki, perempuan tu kata dia pun pernah rosak dahulu. huh!!!! Panjang la si D tu nasihatkan si DARA tu. Bayangkan wahai manusia yang menghina si JANDA terutama seseorang yang menghina aku. 

Katanya anak dara ni, ramai yang hanya inginkan kebendaan, matarialistik, dah ramai dia terkena, kerana itu dia tak kisah kalau memilih JANDA, terbukti JANDAnya. berbading DARA yang belum tentu DARAnya. Dari ditipu perempuan yang tak berdara, macam mana nak teruskan hidup apabila tahu selepas berkahwin dan hati berubah tahu isteri tak jujur. eemmm.... banyak sebenarnya dia kongsikan cerita, cuma apa yang nak disampaikan sudah jelas. 

Dia kata JANDA "more experience" orang tua-tua kata kat dia, iyooo lah.... Dah ada anak tahu mendidik anak la bagai katanya. Tetapi banyak yang dia share kat aku, mengenai perangai perempuan ni. Dia bertunang je 7 kali, 4 orang dari 7 tu mati. Dia kata takut tunang lagi kang mati lagi kesiannnnnn aku mendengonya. Patut le tak kawin-kawin, tak sempat kawin da mati... Ini bukan kene mandi air bunga 7 jenis, mandi air bunga tayar la gamaknya labuuuu.....

Tapi kesimpulan yang ingin aku katakan, atau dia pun ada kata, jangan pandang orang dari luaran, sebab itu bila berkenalan, aku bagi peluang mengenali diri aku macam mana. Lelaki yang kenal aku ni rata-rata selesa dengan aku. Aku bukan jenis perempuan banyak kerenah, tak pernah terniat nak ambik kesempatan pada sesiapa sama ada zahir dan batin huh!!!!! gituwww.... namun aku membuat keputusan untuk menarik diri, bila rasa tak sesuai atau tak mahu.  apa pun alasan hakikatnya JODOH ITU TIADA. 

Sesiapa yang berkenalan, berkawan tetapi tak sampai hajat untuk berkahwin, maka redha la. Ada hikmah disebaliknya. Ketentuan Allah itu termasuk dalam Kada dan KadarNya. Aku tak de ilmu agama yang tinggi tetapi aku faham erti redha. Sekian untuk kali ini.... semoga bertemu dilembaran yang lain In Shaa Allah 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA