Siapa sangka difikir-fikir jadi nyata. Cuti sekolah ramai yang bercuti, tapi aku still ke pejabat seperti biasa. Ada perancangan nak cuti, tapi macam biasa. Sampai habis cuti sekolah aku tak cuti-cuti.
Syukur Ke hadrat Allah Subhanahuataala kerana dengan Izin-Nya perancangan mengejut yang tak sampai 24 jam menjadi. Syukur Alhamdulillah sekali lagi. Dek kerana cuti sekolah hampir tamat, dan aku masih tak bercuti, makanya aku isi borang untuk mohon cuti ganti, dapat la 4 hari Alhamdulillah. Pada hari Rabu lalu baru berkesempatan isi borang, jadi bercutilah aku dari Khamis 23.03.2017 hingga 28.03.2017, amboi mengalahkan officemate yang cuti kawin aku pun nak cuti panjang.
Cadangan ke Negeri Pahang, mula-mula nak ke Cameron Highland, tapi dalam hati ni dah lama rancang nak bercuti di tepi pantai. Tanya Asyraaf nak ke Cameron Highland dapat jalan2 ke pantai dapat mandi, dia pun nak ke pantai, Alhamdulillah, tukar pulak cadangan ke teluk cempedak, duk bual-bual dengan officemate dia cadangkan ke Cherating. Yeee memang tak pernah kesana.
Maka tempat tuju dan fokusnya ke cherating. Malam sebelum ke sana search la tempat tinggal. Boleh tahan mahal2. Tapi aku terjah je. Hari nak gerak, hari tu jugak aku baru nak packing baju, bawak 1 beg je. Asyraaf packing baju dia sendiri. Baru nak isi minyak, baru nak pam kereta, baru nak keluar duit. Hah!!! gituw.... Kalau nak jimat masa saya nak sampaikan pesan siap sedia sehari sebelum, so boleh gerak terus ke destinasi dan tak buang masa.
Saya jadi begini kerana rabu masih bekerja, saya la menteri kewangan (keluar belanja), saya la menteri pelancongan (Memilih destinasi), saya la menteri pengangkutan (driver) dan saya juga lah yang merancang kemana nak pergi.
Makanya 23.03.2017 gerak la dalam jam 10.00 am berhenti diperhentian sempat makan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan