Rabu, 1 Februari 2017

kitchen Stickers

Pandangan dari dekat

Inilah aktiviti aku, selepas sekian lama simpan stiker ni, akhirnya terletak dan terpasang di tempatnya jugak. Setahun lebih yang lepas rasanya. Memandangkan awal Februari cuti panjang, makanya inilah hasilnya.... eeeee... nape banyak sangat nyaaaa.

Aku pun ingat-ingat lupa, rasanya harganya RM5.90 1 plastik ada 3, so dapat la 3 pintu kabinet. Seperti biasa la aku pun post kat DRKSK tak sangka pulak, ramai like. Kita post nak bagi tau kita pasang kitchen Stikcker, tapi kan mata dia orang, macam mata aku jugak. Habis dia teliti satu persatu barang dalam gambar tu.






Rak botol, tanya beli di mana la... Yang memuji tu perkara biasa la kan. Dapur aku memang macam ni hari-hari. Berkecah bila nak memasak, atas lantai ada bahan-bahan yang nak disiang, atau dipotong atau nak menumbuk, disingki pulak memang penuh juga dengan bahan yang nak di masak. 

Ada pulak yang tegur, dapur tu mcam tak masak je. Amboi!!! cakap orang macam aku tak ingat yang dia cakap bini dia lepas masak dia yang kemas dapur, tolong la.... aku boleh buat semua tu sendiri OK, kang aku cakap aku lagi bagus kang marah. Aku masak sendiri OK tak macam dia makan main bungkus-bungkus, orang kaya kan, aku ni makan pakai tanggung sendiri, jadi kene rajin memasak. 

Sebelum


Selepas
Lagi pun aku suka masak untuk orang yang kita sayang jugak, air tanggan ini akan buat anak rindu untuk jumpa mak pak dia bila besar nanti tau, malah sumber makanan itu menentukan kesihatan. Tau ke isi kandungan makanan yang selalu dibungkus berapa banyak pak aji yang digunakan untuk menyedapkan makanan, lom minyak bagai, tahap kebersihannya,takkk kannn.. maaf yek nak bagi tau, hakak masak tak guna mak pak aji tau. So masakan hakak sesuai untuk semua kerana tak ada perasa tiruan gituwwww.... Aku kan suka nak menang je, hehehe. Cakap tu tak pandang belakang, tak ingat ehhh!!! Dulu la kan, sekarang da kaya tak tau le kalau ada 

masa tu Asyraaf masih dengan aku. Aku masak hampir setiap hari, kalau tak masak pun selasa dengan jumaat sebab makan kat Pasar Malam, sambil belanja sekali so, lepas balik pasar aku akan siang ikan, sayur semuanya masuk bekas. So aku tahu kerja aku, dah molek aku susun. Kalau balik nak masak jawabnya kebulur anak aku. Kalau tak berbelanja aku akan ke masjid. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA