Isnin, 24 Oktober 2016

Idaman

hahahaha.... tak hujan tak ribut, pasangan pun tak de tiba-tiba cerita pasal ini. Konon-konon la. Sewajarnya la orang yang tak ada pasangan ada idaman hati, ciri-ciri yang disukai, dan tak terkecuali aku juga hahahaha.... walaupun tak mengharap atau mengimpikan pasangan idaman itu hadir.
Bukan bererti gatai nak kawin calon-calonnya pun tak de nyah!!!! tak de orang nak, yang nak orang utan je hahahaha tu yang aku tak nak, gila nak suruh aku kawin dengan binatang. Macam lagu Raja Emma, angan-angan...gitu. Cuma test aku dulu dan sekarang tak kurang beza, ye la selain nak lelaki yang boleh membimbing ada ilmu agama malah tau tanggungjawab lebih baik kalau akan datang... Eh!!!!! aku ada hati lagi ke nak kawin????? ah saje2 je..... lagi best kalau ada pasangan yang sama-sama ringan kaki nak ke masjid dah tua la, matlamat dan fokus hidup tu da berbeza. hahahaha masjid je surau aku tak suka..... aku tak pernah ke surau di kuarters tempat aku tinggal. Orang pun tak kenal aku.ehh lain pulak cerita.

Patah balik, kalau dulu aku suka lelaki yang mesti tinggi dari aku, kulit gelap dari aku, mesti tua dari aku, tua setahun aku tak mahu, rambut belah tengah lagi aku suka, kurus tu wajib, merokok memang kurang minat. Abah yap tu macam tu la, cuma rambut dia macam kerinting ke ikal ke macam tu la dan dan dan.... dia bermisai, berjambang berjanggut... Tapi da kawin semakin membelon badan dia, maklum le orang rumah dia rajin masak....sekarang lagi hot bellon  eh!!!! masuk bakul pulak....

Haaaaa..... ini masa bujang dulu. Tapi sekarang aku tak kisah yang penting kurus, malah yang lebih penting orangnya kene sabar tinggi tahap kesabarannya orangnya tak tinggi tak apa haha, kalau cepat marah dan melenting nanti aku pun melenting cabut tinggalkan je, tak kuasa aku nak layan. Satu perkara yang aku pilih adalah wajah mesti bersih, kalau boleh aku tak nak bermisai, berjambang berjanggut walaupun sehelai macam abah yap tu adoi lemas, hahahahaha..... ini baru betul kerana pengalaman, adoi kalau tak pandai jaga bau tau, wangi tak pe ini busuk, malah tajam kalau kene kulit, macam berus sabut gamaknya, nipis tak pe ini lebat, aku tak suka. Macam rumah kita nak masuk rumah semak dan lalang kan payah, gitu le pada pandangan peribadi aku, nak cium pun payah  alamak  18xs pulak.... hahahahah....

Nampak tak??? mana nak nampak ek, hanya kata-kata tanpa gambar. Apa yang aku Nyasaland diatas aku tak de sebut mengenai pekerjaan, cuma aku kalau boleh nak lelaki memikul tanggungjawab tanpa bantuan dari aku. Dalam erti kata lain, duit aku, aku yang punya. Aku akan bantu dari segi tenaga je, ceh!!!! tenaga lain macam bunyi hahaha..... bantu urus rumah tangga gitu. Tapi  aku sebenarnya nak mancari lelaki anak sulung, dari sumber yang diperolehi anak bungsu sesuai dengan yang sulung. Tapi rasanya aku tak berkesempatan berkenalan dengan lelaki yang anak sulung ni.

Tapi itu la sekadar omong kosong, suka-suka. Aku tau ada orang yang komen kononnya orang macam aku tak patut memilih. Siapa kata tak boleh selagi setiap wanita yang masih bujang sama ada dara atau janda dan masih tiada pasangan berhak untuk memilih, dan terpulang kepada masing-masing bagaimana pilihan mereka. Selebihnya adalah takdir. Perkahwinan adalah untuk jangka masa panjang untuk membina bahagia dengan jalan yang diredhainya. 

Aku dah melaluinya, kita tak boleh ubah orang menjadi apa yang kita inginkan, begitu juga sebaliknya, ia akan jadi konflik dalam rumah tangga. Itu je yang mampu aku katanya. Jadi memilih adalah hak masing-masing. Jadi orang lain tak berhak nak menghalang hak orang lain, kerana setiap orang itu sentiasa ada pilihan. Macam aku, ada orang nak janda tak nak anak dara. hahaha sekian.....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA