Inilah hadiah hari jadi Asyraaf, dia yang nak Ku anta, Ku anta, belikan la. Memandangkan rumah tak de CD player aku buka le di office, kebetulan jugak Asyraaf x sekolah, ikut ke office dengar sekali.
Rabu, 30 September 2015
Isnin, 28 September 2015
Deodoran Safi
Ini dikira trial, kalau kawan-kawan tau ni mesti dia orang kata sebab hijau!!!! Tapi sebenarnya aku sedang mencari dan memilih produk HALAL, maka berbelek lah aku 1 persatu benda ni dan deodaran Safi yang halal untuk dipilih, kebanyakkan produk Safi ada logo halal, makanya boleh diyakini. Alhamdulillah setakat ni memang memuaskan bau badan pun tak naik dan sangat wangi tanpa perlu perfume.
Ahad, 27 September 2015
Kerana Sepotong Ayat
Pada dasarnya memang susah nak
memulakan sesuatu yang baru tu, susah banyak sebab tak biasa kononhya,
tapi bila lama kelamaan yang sukar jadi mudah, dan aku selalu terpana
dengan ayat2 ringkas yang kebanyakkannya di FB.
Memang betul kerana sepotong ayat mampu buat orang berubah dan melembutkan hati seseorang, antaranya orang itu adalah aku hahaha. Alhamdulillah niat yang baik tu Allah sentiasa bagi jalan. Aku!!!! sedang belajar untuk memandang dan menerima sesuatu dengan positif dan 1 perkara yang orang ramai kurang berkenan bila aku kurang pedulikan orang lain. Ada aku kisah!!!
Sabtu, 26 September 2015
Soalan Berulang
Kat kampung kan!! ada aje majlis, kenduri kawin la, yang bertunang, hari jadi anak la itu la ini la, tak de pulak hari yang tak jadi semuanya menjadi-jadi. Kebetulan anak sepupu cucu kepada Mak Ngah, semalam bertunang, dah aku aje yang ada kar rumah, akak balik rumah mertua, pergi la melayankan mak, bawak sekali mak sedara dengan sepupu. So stranded la kalau jumpa sepupu sepapat, Kalau nampak batang hidung aku tak de soalan lain "bila lagi, bila lagi".
Rabu, 23 September 2015
Siap!!!!
Alhamdulillah target untuk siapkan kerja merekod buku selesai sebelum raya haji, huh!!! Lega rasanya. Bertungkus lumus juga nak siapkan, buat dengan konsisten akhirnya siap.
Mujur la Asyraaf x sekolah, so tak de le nak terkejar2 ambik dia ke sekolah ngaji bagai semua cuti bila cuti sekolah. Makanya bukan mudahnNak siapkan, waktu rehat pun aku buat kerja, balik kerja pun lambat, yang penting sekali kerja dah siap, nah! Tengok!!!!! Hanya makan masa dalam seminggu je.
Isnin, 21 September 2015
Cuti Sekolah
Last minute aku baru tau minggu ni cuti sekolah, ini lah sebenarnya perkara yang tidak disukai aku 2 beranak. Asyraaf tak de kawan dan terpaksa duduk rumah sorang2 ataupun ikut aku ke office dengan syarat bangun cepat, tak bangun jawabnya aku tinggal. Mujur la aku duduk dalam bilik, so tak de le orang perasan sangat aku bawak anak. Sebelum ni aku duk di Admin tempat agak terbuka, so aku berat hati sikit nak bawak Asyraaf ke office, nanti apa pulak kata orang lain.
Ahad, 20 September 2015
Sabun Pencuci TOP
Bertukar lagi pilihan pencuci pakaian, sebelum ni memang guna DAIA baik sabun ataupun softener. Sekarang ni aku gunakan TOP je termasuk softener. Sebelum aku pilih TOP aku buat "siasatan persendirian" semua sabun dan softenerdi beberap pasar raya yang biasa aku kunjungi. Keputusannya hanya TOP dan BIO ZIP yang di labelkan halal, selain daripada tu tak ada bukan tak halal tapi tidak diyakini kehalalanya bila tiada sebarang logo HALAL.
Sabtu, 19 September 2015
Pineng Power Bank
Akhirnya aku beli jugak power bank, jenama Penang, 10000 mAh RM 110, tak tau le mahal ke murah, dah beli pun. Walaupun tokei tu kata ori, aku harap2 ori la, boleh pakai lama.
Ini merupakan pembelian kali ke dua, sebelum ni ada beli jugak nun di Sabah, bertugas sempena pengisahan kebangsaan tapi sedih dapat guna sekejap je, lepas tu sakitnya hati memang tak berguna langsung, tak tau ori ke tidak sudahnya simpan je, patutnya barang tak guna hukum buang je, tapi aku kan biasa la, suka nak simpan, kotak pun simpan, sikit hari lagi boleh buat muzium persendirian kikikiki....
Khamis, 17 September 2015
Sambal Hijau
Bahan :
1. 2 ulas bawang putih
2. 6 biji bawang merah
3. 1 genggam ikan bilis
4. 12 tangkai lada cili hijau2. 6 biji bawang merah
3. 1 genggam ikan bilis
5. 5 tangkai lada basah hijau
6. Sedikit air asam jawa
7. Garam dan gula secukupnya
8. Minyak masak secukupnya
Isnin, 14 September 2015
Alahai cukai!!!!
Sebenarnya cukai pintu ni sekali je pernah aku bayar, seingat aku la kalau tak ingat maknanya lupa hahaha... tu pun masa menetap dan bekerja di Muar. Selepas dapat kunci dan menetap dalam setahun rumah disewakan kerana aku bertukar ke Tangkak dan penyewa lama tak de maklumkan apa2. Tak mahal pun RM70 untuk 1/2 tahun, so setahun baru RM 140.
Oleh kerana dah bertahun2 tak bayar, ha!!! ambik ko!! kene le RM700++. Apa la nasib kan, lepas 1, satu kos nak kene tanggung. Syukur Alhamdulillah berkat
beringat dan berjimat cermat, walaupun niat hati nak membeli barang
keperluan rumah, terpaksa tangguhkan dulu tapi hutang wajib di bayar. In syhaa Allah, bersabar
dan berusaha untuk terus menyimpan. Bila agaknya orang nak sumbang kat
aku 2.6 bilion.. hehehe.... dalam mimpi pun belum tentu kikiki....
Ahad, 13 September 2015
Stand Mixer Singer
Oleh kerana da mula minat nak buat kek, dan ada jugak kek yang di buat tanpa menggunakan oven, malah dah pun beberapa kek dapat dibuat secara manual, "pukul guna tanggan je" memang penat sikit dan makan masa. So teringin nak beli mixer, tapi dalam masa yang sama terkenangkan mixer yang dah ada dan disimpan di rumah Muar. So tanggung le dulu. Hajat nak tengok mixer yg sedia ada, mana tau boleh pakai lagi kan!!!
Rabu, 9 September 2015
Ayam goreng Mek Eda
Bahan :
1. 1 sudu besar serbuk kunyit
2. 1 sudu kecil garam (ikut suka)
2. 1 sudu kecil garam (ikut suka)
3. 2 ulas bawang putih
4. 2 inci halia
5. 2 tangkai serai
6. 3 sudu gula merah @ gula melaka
7. 500 g ayam (potong kecil)
8. Minyak masak secukupnya
4. 2 inci halia
5. 2 tangkai serai
6. 3 sudu gula merah @ gula melaka
7. 500 g ayam (potong kecil)
8. Minyak masak secukupnya
Isnin, 7 September 2015
Wajah Kesayangan Hamba
Alhamdulillah... 03.09.2015 genap 9 tahun usia si teruna beta. Membesar dengan sihat, kurang sakit, banyak cakap, banyak jugak lawannya.
Dihitung-hitung dia bukan sekadar anak anugerah oleh-Nya, malah dialah teman ke masa saje, lawan ketawa dan lawan bergaduh....
Rabu, 2 September 2015
Insan Terpilih
Bagai bulan jatuh ke riba, umpama rezeki datang bergolek, aku pun dah nak tergolek2 duk berfikir dari malam tadi sampai ke laaa ni.
Siapa sangka mesej dari YB parlimen daerah aku berhajat besar, mula2 mesej dia nak no. phone aku, ingat kenapa? saje le aku bergurau "nak carikan calon suami untuk aku ke? kan.... "haah"pulak tu jawab YB... haah aku panggil dia YB jer... malas nak berdato' bagai....
Langgan:
Catatan (Atom)