Ahad, 29 Mac 2015

Tiba-tiba!!!!!!!!



Itu la, tiba-tiba je bukak cerita pasal kawin. Tekejut mak!!!!.... angin tak, ribut pun tak... Aku salah tanya ke???? atau dia sengaja nak try aku. Aku tak rasa pun macam aku ni sedang bercinta, berkawan pun da semakin cuba untuk menjauhkan diri....

Walaupun tak dinafikan ada banyak persamaan tapi susah untuk aku terima, dia macam tahu yang aku macam dah tak layan dia macam dulu.... dah kurang chet apalagi berjumpa, aku memang menjauh hati dengan lelaki termasuk dia. Niat yang baik itu memang aku hargai kerana itu antara tanda orang menerima aku seadanya, tanda keikhlasan dan kesungguhan dalam menjalin hubungan.
Tapi itu la..... Nak kata dia jahat atau nakal, tak de le pulak mesej yang mengarut atau lucah atau nak ambik kesempatan, Alhamdulillah sikapnya baik2 je dengan aku, sebab tu bertahan sampai sekarang... aku pun bukan spesis mengada2, cuma aku tak yakin dengan dia. Tak kisah la kalau dia muda, aku pun lebih suka bujang dari duda  hahahaha dasyat!!!! ada le sebabnya tu....BIARLAH RAHSIA...

Eemmm..... entahlah..... kalau nak cakap jujur nanti dia yang sakit hati, "sakitnya tu disini didalam  hatiku"..huhu... yang sebenarnya aku tak berkenan dengan dia, sekadar berkawan tu no hal la, tapi bila semakin kenal semakin tak berkenan. Entah la bila dah tak berkenan nak buat macam mana, bukan aku je, emak aku pun tegur, tak kan dengan orang tua pun tak reti nak salam, tak kan itu pun nak kene ajar, eh!!!!! tak kan semuanya nak diajar, belajar yang atas katil tu tak pe le jugak opocot!!!!!! terlepas cakap pulak....hahahaha....

Kawin itu jodoh, jodoh itu takdir...... Kalau ada jodoh untuk aku, cukup la bercinta selepas kahwin, tak perlu beriya, Berjumpa, apa lagi untuk mengharap,  cukup mengenali 1 sama lain. In syaa Allah, semoga di redhai oleh-Nya. Itu kalau ada jodoh. Kalau tak de!!! begini la aje hidup aku, menjalani hidup sendiri, usaha sendiri, aku tetap redha, In syaa Allah..... Hanya Allah yang tahu, apa yang terbaik untuk aku.....  Aku hanya berserah.... aku pun tak nak mengecewakan sesiapa atau dikecewakan sesiapa. "sakitnya tu disini didalam  hatiku"hahahhaa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA