Isnin, 13 Oktober 2014

Bila dia Bercakap


Pejam celik je kan, dah besar anak aku nan seorang ni. Sekarang agak betah jugak le bercakap dah naik malas aku nak melayannya. Tapi tu la bila dia bercakap tu kan, kadang-kadang sentap betul!!! sabo je la.
 
Tengah-tengah makan malam, tiba-tiba dia bukak cerita "Bila ibu nak kawin" terkejut dan tekedu aku sekejap. Aku dengan Asyraaf selamba je "tak de orang nak ibu" hehehehe. eh!!!! dia sambung lagi acik "...tut..'' ada. "ibu tak nak dia", senang je jawab aku haha. "Habis ibu nak sape" dia sambung soalan pulak ek!!!! Budak-budak kan mana le tau, aku cakap le "belum ada jodoh, dah sampai jodoh nanti kawin le" kalau le ada kan!!!! Dia Tanya lagi ..... "dengan siapa" Adoi pening lalat la budak ni. "Tak tau lagi tengok le nanti dengan siapa ibu kawin" "ooooo" pulak jawabnya.
 
Masa, balik kije dan ambik dia balik sekolah pun macam tu, wah!!!! dia cerita pasal kawan dia yang senasib macam ibu dia begitu begini panjang lebow, tub2 Tanya aku, "ibu bila yap nak dapat adik" adoi!!!! boleh masuk raja lawak la yang oiii kalau dah cukup umur, lucu la hai soalan tu, aku pun cakap,  "nak dapat adik kene ada bapaknya, kalau tak de bapaknya mana nak dapat adiknya, faham" dah merepek la jadi abang la nak jaga adik la cot cet cot cet molot dia... layan jela.
 
Dia ikut abah dia balik kampong, mak usu dia kawin, bila ballik tu borak le atas katil nak tidur... borak dalam gelap, aku memang suka Tanya dia  " tak rindu ibu ke?" "rindu" kata dia. Lepas tu dia cerita la macam-macam... "cuba ibu duduk dengan abah kat rumah ni, kalau yap duk dengan ibu, yap rindu abah, bila yap duk dengan abah yap rindu ibu, kalau duk sama kan senang yap tak rindu sape-sape" pulak's... apa-apa la yap...
 
Tapi ayat dia yang paling aku tak sangak bila dia kata "ibu-ibu, ibu tau tak tahi lalat di hidung tandanya garang, tapi tahi lalat di pipi tandanya manja, macam ibu manja, yap suka kalau ibu manja dengan yap" pelik aku, jadi nujum pak belang pulak.... betuah punya anak... entah mana dia belajar....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA