Secret Recipe Chocolate Indulgence |
Tanggal 03 September 2014, maka genap usia Muhammad Asyraaf Azman 8 tahun. Besar dah, dia le kawan gurau kawan gaduh. Molot tu pun boleh tahan banyak cakap. Pandai nak bercerita, masa nak bercerita pulak masa aku nak tengok berita, kejap lagi aku suruh senyap.
Dah pandai cakap pasal cita-cita, kejap nak jadi itu, kejap nak jadi ini, kejap lagi aku yang jadi pening, dia nak jadi apa ni sebenarnya?????, kalau jadi orang yang serba boleh tak pe banyak bagusnya, macam ibu dia, lady gagah.... hwaaaa kah..kah...kah...
Dia suka tengok orang berniaga, bila selalu ke pasar malam, berkali-kali dia cakap nak berniaga. Bagus le tu. Pernigaan adalah digalakkan dalam Islam. Tapi berniaga tu mula dari bawah, naik ke atas. Bukan dari bawah dan macam tu tak berubah tak de kemajuan. Hidup mesti ada perancangan, visi dan misi.... dah macam jabatan kerajaan pulak dengan visi dan misi.... tambah lagi objektif pulak... hahaha.....
Tak pe la, yang penting sekarang dia belajar dulu, ilmu agama yang asasnya mana aku tahu aku ajar, yang penting solat 5 waktu dulu, Alhamdulillah tahun ni pun Asyraaf puasa penuh. Walau akademiknya agak merundum, tak pe la, baru darjah dua, nak tegas sangat nanti beri tekanan pulak pada dia. Tapi dia pun ada hasrat nak masuk tahfiz, dia pun belajar agama terang hati berbanding akademik. Bagus jugak tapi nanti dia kene berdikari, makannya, pakaiannya, dan aku nanti tak de le teman kalau dia masuk asrama. Kesian Aku!!!!!
Teringat tahun lepas, itu le selama 6 bulan terpisah, selama ni tak pernah berenggang dengan aku, dan paling sedih aku call ucap Selamat Hari Jadi, seboleh-boleh suruh aku balik belikan kek untuk dia. Memang setiap tahun jadi 1 kemestian untuk dia potong kek, anak beranak je, tak de pun buat jamuan, tak ada hadiah.... cukup sekadar ingat dia punya hari jadi bila sampai masa. Terpaksa le aku call Abah dia, abah dia pun tak ingat. Abah dia yang datang memalam ke tangkak beli kan kek, tiup lilin kononnya.
Tahun ni dapat la sambut bersama pada sebelah malam, hari sekolah, bagi ucapan je dulu, kata semangat. Beli kek pun 2 potong je mencukupi itu pun tak habis, kek beli dan makan sekali di secret recipe, nama pun omputih makan pun western food ler gamaknya. Daya tak daya, aku habiskan jugak, walaupun perut kekembungan. Asyraaf je p
andai order tapi habis tak jugak.
Apa yang penting dia happy dan aku ada disisi dia. Semoga dia menjadi anak yang soleh bertanggungjawab pada keluarga, agama, bangsa dan negara. Amin!!!!! Selagi hayat di kandung badan selagi itu doa ibu akan dititipkan buat anak yang seorang ni.
Tinggal kenangan untuk tatapan Asyraaf pada masa akan datang.
sekejap jer anak idah dah besar...terasa macam baru semalam idah ngandungkan dia sebab saya ada gambar dengan IDah masa mengandungkan Ashraf...Selamat Hari Lahir Asyraf..semoga berjaya di dunia dan akhirat.
BalasPadamAmin!!!! haah misah, terbayang2 masa dia kecil sekarang dah boleh bertumbuk huhuhuhu dia le penguat semangat
Padam