Itu dia, akhirnya Aku sampai jugak ke Paradigm Mall, Petaling Jaya. Kononya Nak pergi hari sabtu, otw bateri tab pulak habis, aku download waze kat tab je. Asyraaf la yang kene marah, duk game je tak sudah. Bateri habis tak reti caj. Sakit hati betul aku, memang sepanjang Jalan kene marah dengan Aku. Habis semua bahasa keluar. Geram sungguh-sungguh.
Masih tak puas hati, Ahad pergi lagi, siapkan HP dengan bateri yang cukup. Tapi sebelum gerak Aku sarapan dulu. Biasa la Ali maju, walaupun tak suka makan kedai mamak, bedal je la, itu yang dekat, tang situ yang tau. Asyraaf makan roti telur, itu je la kebiasaannya. Aku makan etteli, he he he, sesuai untuk orang yang menjaga kesihatan macam aku, sebab cara masaknya di kukus. Dr. Da nasihat kurangkan makanan berminyak. Ceh!!!!!!! Punye le lama Aku check up, sampai sekarang tetap ingat.
Alhamdulillah sampai dengan selamatnya. Barulah pandai Aku guna waze, itu pun tersasar jugak, patah balik. Yang penting sampai. Post kat FB dulu sebelum berjalan hehehehehe... Orang nak kata... kata la ada aku kisah. Bukan aku p dateing, berjalan2 je bawak bujang senang.
Sebenarnya ke Paradigm Mall ni nak ke kaison, itu je hala tuju yang aku tau. Tak berkenan pulak ingat nak cari wallpaper, tak de yang berkenan pulak, apa pun Aku tak beli. Tapi sebelum ke Kaison aku singgah Daiso. so ke daiso semula Aku, macam tak de apa yang Nak di beli tub-tub, hah!! Pelastik besow ler..... Mula2 tengok tak de perasaan. Seronoknya di daiso semua barang RM 5. So pandai2 le pilih.
Kedai Kaison dan Daiso ni menjual barang2 hiasa rumah, kereta dan diri. First time memang seronok tengok, meriah. Ada duit lagi la beronok-ronok hahahahaha..... Banyak jugak aku beli, antara yang Aku dah aim alas kerusi . Aduh memang murah la Kalau RM 5, ada pulak hijau..huhu Aku ambik itu dulu. kat tempat lain tesco RM 6++, kaison paling murah RM 9.90. Kat tempat lain shopping compleks lagi la mahal.
Dalam cari makan tub-tub mata ni tertarik dengan orang yang sedang melukis gambar orang. Dengan pantas Aku menuju ke situ. Alamak hai!!!! Memang rezeki la, free je, cuma ikut turn. Huhu apa ada hal, pop corn pun free. Ambik je la sementara tunggu turn.
Makan simple je spaghetti, Asyraaf pulak ni ha!!! Entah apa2 entah pizzacorn namanya. Lagi sedap Hot & Roll rasanya. Lepas mkn jalan ke tesco pulak betul-betul berhadapan pizzacorn, so rugilah kalau tak pergi dah depan mata merangkap sekangkang kere huhu. Hajat nak mencari frame gambar. Bila nak bayar konon-konon nak rasmikan kad bedit Maybank yang baru .... hook aloh!!!! tak boleh, pulok terpaksa aku lari cari ATM Maybank.
Tak habis kat situ, parking pulak cari tak jumpa, nasib baik ingat level berapa, dan rahmat jugak la sebab aku ada ambil gambar tempat parking, punya le luas, nasib baik jumpa... Alhamdulillah juga perjalanan balik cepat pulak walaupun salah masuk simpang. Dekat je lebih kurang 30 minit. Macam dari Tangkak ke Muar.
Balik tak de kije lain aku duk pasangkan frame lukisan wajah hamba huhuhuhuhu.... Belek, belek barang yang dibeli, Shopping sahaja aku ni ek!!!! Tak pe la, asalkan aku happy, Asyraaf pun happy. Berdua pun jadi. Wah... Lepas ni aku nak ke Nilai 3 pulak huhuhuhu......... nak Servay perabut, langsir ke, karpet ke.... In Syaa Allah..