Ahad, 10 November 2013

Suratan atau kebetulan




Dalam kehidupan sehari-harian, 
banyak perkara memberi,
kita ruang dan peluang,
untuk memilih apa yang ada. 

Apabila terlalu memilih, 
ianya sukar ditemui, 
namun apabila tidak memilih, 
penemuan tidak seperti yang diharapkan.

Tetapi apabila tiada pilihan, 
sukar pula  terima kenyataan, 
antara kekurangan atau melemahan,
bagi meneruskan masa hadapan.

Apa yang tidak sempurna,
ertinya tidak indah dimata hati kita,
sukar memujuk hati terima seadanya,
kerana bimbang akan memberi  penyesalan.

walau hakikatnya setiap kejadian,
tidak akan ada yang cukup sempurna,
kerana pasti ada cacat celanya,
dan itulah kenyataannya.

Antara suara di bibir dan hati,
tak mungkin akan seiring,
kerana pilihan melibatkan perasaan
bimbang untuk menyatakan kekecewaan.


2 ulasan:

  1. Idah..MUar ada kosong S22, tak nak balik Muar ke? Sapawi kan dah dapat S27 kat bahagian sumber manusia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau misah, berat hati saya nak tukar..... dah seronok duk putrajaya.... nanti la saya akan buat keputusan sebelum budak naik sekolah...

      Padam

SESEDAP RASA