Selasa, 13 Ogos 2013

Cinta Dalam Hati - Ungu


Takdir itu mengizinkan untuk kita bertemu, 
Mengenali hanya seketika Cuma,
 Namun sempat merasa bahagia,
 Gurau senda tawa dan gembira. 

 Hati yang kosong terhibut seketika, 
Suasana sepi riuh rendah jadinya, 
Sendiri rasa berteman kembali, 
Impian bagai taman syurgawi.


Namun ungkapan itu aku fahami, 
Tanpa perlu penjelasan cukup aku sedari, 
Bahawa antara kita matlamat berbeza, 
Lalu aku putuskan untuk mengundur diri.


Tak sempat mengenali hati budi, 
Tak mampu untuk pergi lebih jauh, 
Tak sanggup menipu diri sendiri, 
Tak mahu diri ini dipermainkan lagi. 

Usah bicara tentang hati terluka, 
Atau hati siapa yang lebih kecewa, 
Sedang hati ini sudah cukup derita, 
Merasai ujian dari yang maha Esa.


 Pelbagai rasa dibiar begitu sahaja, 
Mengharapkan masa merawatinya, 
Pasti ada ruang untuk melupakanya, 
Agar kembali semangat seperti biasa. 

Tiada benci, dendam dan prasangka, 
Kerana ini adalah takdir menentukannya, 
Redha dan pasrah dengan segalanya,
Akhirnya kembali sendiri seperti sebelumnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA