Haiiiiiiiiiiiii!!!!!!!! macam2 dalam hidup ni, ada je masalah, kadang2 rasa bukan rasa lagi memang buat aku menitis air mata. Sampai bila la keadaan macam ni.... perpanjangan.... letih!!!!! lemas!!! menyesakkan dada!!!!! melemahkan semangat.... tak de tempat nak bersandar, tak de tempat nak mengadu... Hanya Tuhan je yang tahu saat dan tika aku berduka lara......
Selasa, 27 Ogos 2013
Khamis, 15 Ogos 2013
Diet la kononnya
Tengok housemate pakai koyok kaki = foot patch, aku pun teringin, kebetulan kat tangkak ada jual, aku pun beli, teruja nak tengok keputusannya selepas pakai semalaman, Mak ai!!!!! hitam dan berminyak. Koyok ini bertujuan membuang lemak dan toksin dalam badan.
selepas 6 X |
Seronok mula2 pakai, bangun tidur badan rasa ringan, tapi bila dah berhari2 masih mcm tu lagi mak ai!!!! risau le pulak. Dulu2 pernah pakai tapi tak de le banyak macam tu, sikit je tu pun bahagian tepi pad tu, la ni sungguh2 tak sangka dan kene percaya.
Maklum la dulu berapa je berat aku sekarang mak aii!!! da macam tut!!... huhuhu... tu pasai sakit tumit kaki. Sakit kat tumit kaki pun membuatkan aku risau. Naik kerja lepas raya aku cari maklumat tentang punca sakit tumit kaki. Alhamdulillah info yang boleh dipercayai dan boleh diterima. Maklum le sebelum ni mintak tolong kawan, infonya agak pelik, sebab aku tak de masalah seperti yang dikatakan. Tu pasal cari maklumat sendiri, puas hati.
So, sebagai langkah pencegahan awal, aku pun buat keputusan untuk diet, tak sangka dah 3 hari aku tak mkn malam, bukan la tak makan langsung, minum air kosong, takat kuih raya 2 ke 3 ketul tu ada la. Nekad la mcm ni, nak diet jugak.
Hari ni jumaat, macam biasa nak balik kampung, ambik kesempatan p the store hehehe nak p timbang je berat berapa, dari dulu bujang2 sampai sekarang kat situ le tempat aku suka timbang dan aku rasa percaya dan sahih la timbang tu hehehee... Aku nak tengok dalam sebulan berapa kg boleh turun. In Syak Allah, mudah2an semuanya berjalan lancar.
Selasa, 13 Ogos 2013
Cinta Dalam Hati - Ungu
Takdir itu mengizinkan untuk kita bertemu,
Mengenali hanya seketika Cuma,
Namun sempat merasa bahagia,
Gurau senda tawa dan gembira.
Hati yang kosong terhibut seketika,
Suasana sepi riuh rendah jadinya,
Sendiri rasa berteman kembali,
Impian bagai taman syurgawi.
Namun ungkapan itu aku fahami,
Tanpa perlu penjelasan cukup aku sedari,
Bahawa antara kita matlamat berbeza,
Lalu aku putuskan untuk mengundur diri.
Tak sempat mengenali hati budi,
Tak mampu untuk pergi lebih jauh,
Tak sanggup menipu diri sendiri,
Tak mahu diri ini dipermainkan lagi.
Usah bicara tentang hati terluka,
Atau hati siapa yang lebih kecewa,
Sedang hati ini sudah cukup derita,
Merasai ujian dari yang maha Esa.
Pelbagai rasa dibiar begitu sahaja,
Mengharapkan masa merawatinya,
Pasti ada ruang untuk melupakanya,
Agar kembali semangat seperti biasa.
Tiada benci, dendam dan prasangka,
Kerana ini adalah takdir menentukannya,
Redha dan pasrah dengan segalanya,
Akhirnya kembali sendiri seperti sebelumnya.
Langgan:
Catatan (Atom)