Jumaat, 17 Mei 2013

Rasa Malu



Sebenarnya aku tak sangka aku boleh dapat APC = Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012. Kerana perasaan, semangat dalam melaksanakan tugas semakin hari semakin berkurangan, sebab tu aku rasa malu. Apa yang aku bimbang jika ada yang pertikaikan Anugerah ini kepada aku, tak de la aku  nak membela diri untuk cakap aku bagus atau apa pun, yang penting dan pasti Allah tu lebih tahu segala pengorbanan dan bebanan yang aku tanggung. 



Apa pun aku tetap bersyukur setelah tahun ke sepuluh aku bekerja aku di berikan APC...  Alhamdulillah. Aku fikir untuk gred aku 17 ni tak dapat sebab da dapat tawaran untuk 22.

Walau apa pun keadaan, macam2 kenangan untuk tahun 2012, dengan jawatan S17 seorang di daerah. Aku hanya lakukan tugas mana yang termampu. Walaupun sorang aku dapat juga melaksanakan Info Bestari di mana sebanyak 10 K1M di Daerah. Ditambah dengan aktiviti pertandingan gasing. Tambahan Program Permuafakatan K1M. Bawa peserta Program Khemah Kerja, Touch Point, Sehati Sejiwa, Program bersama PLKN, Pengimarahan PMR,Sivik Kelab 1Malaysia, Kembara Merdeka Jalur Gemilang, serta bersahur.

Selain itu daerah juga telah menghantar wakil bagi Pertandingan Pidato Bukan Melayu, Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri Johor 2012 dan telah mendapat naib juara, Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2012 Peringkat Negeri Johor dan telah Menjadi Juara. Hanya Pertandingan Pengisahan sahaja Ledang tak hantar wakil. Sedangkan daerah yag taff lebih dari seorang pun ada yang tidak menghantar wakil.

Lom lagi tugas perkeranian, permohonan l.o. memang semua aku yang buat, surat menyurat, di Ledang ni tugas JAV jer yang aku tak buat, itu pun setakat jaga P.A. dan pasang lagu, control mixer untuk mikrofon dan lagu tu pandai la juga, JAV ajar huhuhu... pengalaman itu semuanya. 1 perkara korbankan wang sendiri sebagai pendahuluan untuk kutipan derma Bantuan Gaza tahun lepas dan Sumbangan di Lahat Datu pada tahun ini. Sehingga kini masih ada yang tak jelas dari K1M yang dikategorikan sebagai bermasalah. Aku bukan nak sangat gunakan duit sendiri, masalahnya kutipasn nak segera, dalam jangka masa yang singkat, ini memang memberikan aku masalah. Untuk selesaikannya aku dulukan wang sendiri. Tak semua sanggup buat macam aku.

Tugas biasa dan juga mempopularkan aku, Juruacara dan Mesyuarat. Alhamdulillah dalam setahun aku lebih popular dari bos, caya tak caya la, dia sampai rasa tak puas hati dengan aku, kerana ramai lebih suka hubungi aku untuk sebarang maklumat dan pertolongan, Alhamdulillah juga aku bersikap suka menolong dan membantu selain ramah dan mudah tersenyum dan akhirnya aku disenangi ramai pihak. Ini lah yang aku inginkan, hormat semua orang, akhirmnya kita juga akan dihormati, pangkat bukan ukuran untuk orang menghormati dan segan dengan kita, tapi sikap kita merupakan cerminan untuk orang menilai dan menghargai kita.

Lebih mencabar aku apabila memangku tugas PPD, masyakAllah memang cukup banyak dugaan yang aku tanggung, semasa ketiadaan PPD, kalau PPD sendiri di ingkari apalagi aku yang sama gred, sedih dan kecewa dengan sikap manusia, lebih baik bele lembu dari ada anggota yang sukar memberikerjasa, malah buat hal sediri dan kerja ikut suka. 

Semoga aku dapat tinggalkan kenangan yang manis diledang untuk mereka ingat dan kenang selalu. Aku tak de pangkat atau jawatan, tapi aku ada pengaruh untuk orang sayang dan senang dengan aku. Manakala bagi mereka yang tidak memahami dan tak tahu apa yang aku lakukan dan bekorban untuk melaksanakan tugas malah mempertikaikan aku, biarlah Allah sahaja yang tahu, kerana itu rezeki aku sentiasa ada walaupun dalam slip gaji cukup mengerikan. 






2 ulasan:

  1. Mencabarnya tugas IDah..kalau saya mati hidup semula pun tak sanggup keje macam IDah. Semua keje nak kena buat. Padahal jawatan hanya setakat pembantu jer...tp rupa2 nya kena buat keje macam Pengarah pulak...iskh2...seksa nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmm.... semua tu kenangan dan pengalaman misah, Alhamdulillah.

      Padam

SESEDAP RASA