Sabtu, 18 Mei 2013

Rekaan Geometri Dari Peace


Lagi koleksi dari peace dengan rekaan geometri sama tema dengan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.  Tapi baju ni untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPKK. hehehheee majlis anugerah la juga.... hahhaaaaa

Dimata aku ini baju paling lawa yang ada dalam koleksi aku, lama tersimpan didalam almari tidak dipakai, kerana tak ada majlis yang sesuai. Akhirnya terlintas untuk pakai baju ini untuk majlis bersejarah juga la bagi diri aku dalam pekerjaan, jadi apa salahnya aku pilih baju yang paling cantik dalam koleksi ini. Dengan coraknya, rekaan dan jahitan manik yang menarik buat aku tertarik untuk memilih baju ini, jahitan manik di bahagian kain juga cukup melihatkan baju ini nampak mahal dari harganya yang memang mahal la pada aku, kalau dah lebih RM100 tu mahal la. Dulu aku beli baju  paling murah RM 35 sepasang baju kurung. 






Jumaat, 17 Mei 2013

Rasa Malu



Sebenarnya aku tak sangka aku boleh dapat APC = Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012. Kerana perasaan, semangat dalam melaksanakan tugas semakin hari semakin berkurangan, sebab tu aku rasa malu. Apa yang aku bimbang jika ada yang pertikaikan Anugerah ini kepada aku, tak de la aku  nak membela diri untuk cakap aku bagus atau apa pun, yang penting dan pasti Allah tu lebih tahu segala pengorbanan dan bebanan yang aku tanggung. 

SESEDAP RASA