Khamis, 29 November 2012

Sukan Sekolah Asyraaf

Dengan bangganya Asyraaf tunjukan madel untuk ibu dia emas!!!!

kontijen rumah sukan kuning


kontijen rumah sukan

dalam barisan kontijen dari persatuan


persembahan padang dari pelajar sekolah

apa lagi yang dicakapkan pada budak2 tu!!!!

ha!!!!! tu Asyraaf lari, gerak aku tengok dia boleh tercengang2 lagi baru nak lari

akhirnya dapat no 1 bagi sukan lari berganti


tengok tu merajuk

ini dia muka wajah kesayangan hamba!!!!
tengok tu kememeh mcm ibu dia hahaa!!!!


Rabu, 28 November 2012

Kurung Moden Cotton Corak Abstrak

cantikkan latar belakang hehehe



Tambah kapsyen

bersama anak tersayang !!!!

Aku sedang belajar





Belajar DIAM dari banyaknya BICARA,

Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,

Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG,

Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN,

Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,

Belajar TAWAKKAL dari UJIAN,

Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

Selasa, 27 November 2012

Kurung Moden V Catton Pink


beginilah rupanya

Baju ni masa mula-mula cinta berputik dengan peace,  da lama da beli tahun 2009 tak silap, tapi jarang di pakai maklum le cotton, bukan senang nak iron, yang tukang iron pun rajin pulak tu jawabnya simpan dalam almari, Lagi pun banyak lagi pilihan baju sebqab itu lebih baik simpan dari di pakai hehehehehe baju ni murah jer.

Pelik sikit potongannya di bahagian tanggan dan kaki baju berbentuk V. Paduan kain kosong di bahagia lengan dan dada juga jahitan sedikit manik dihiasi di dua bahagian tersebut. Kemudain kain dan bahagian badanya menggunakan kain yang bercorak dengan taburan bunga dengan padanan beberapa warna, tak la cantik sangat tapi menarik pada mata sendiri.... itu lah yang dikatakan dari mata jatuh ke hati..... hehehehehehehe....






eemm.... lege rasanya tugas da selesai....



tak suka orang ambik candid macam ni tau... buruk rupa...



Isnin, 26 November 2012

Sup Kaki Ayam Ida


sup kakiku..... hehe 

Bahan-bahan :
1. Sedikit minyak
2. 1 bungkus kecil rempah penumis
3. 3 biji bawang putih
4. 5 biji bawang merah kecil
5. 1 inci halia
6. 2 sudu serbuk sup
7. 3 cawan besar air (ikut citarasa masing-masing)
8. 1 bungkus sup bunjut
9. 1/2 kg Kaki Ayam
10. bunga kobis
11. putik jagung
12. lobak merah
13. daun bawang
14. daun saderi


Caranya :
Panaskan minyak, masukkan rempah penumis untuk menumis, masukkan bahan 3-5 (telah dikisar) serta serbuk sup garam dan gula @ serbuk perasa, setelah naik bau, masukkan pula air dan sup bunjut. setelah mendidik masukkan kaki ayam, setelah mendidih dalam 10-15 minit masukkan sayuran bahan 10-12, dalam 15 minit semuanya bahan masak dan siap untuk di hidang, masukkan pula daun bawang dan daun saderi.

p/s : bagi yang minat dengan bawang goreng boleh di tambah dan ditaburkan dengan sup ini.



Ahad, 25 November 2012

3 in 1, hilang

apo nak di kato!!!!

Emmm ...Perjalanan yang tak dirancang, petang semalam 25.11.2012 keluar ke Air Panas Jasin, hati berat nak pergi sebab malam ada kerja, Tapi tu la gatal, pergi jugak. Selepas berjam2 berendam kat tempat mandi, tibalah waktu balik, Asyraaf macam biasa la....tak nak balik.... tapi dengan ibu dia jangan degil2, nak kene.... nangis pulak... emm biasa la tu, anak aku...

Khamis, 22 November 2012

Kebarung Pink

Kebarung Pink

Ada cerita disebalik baju ni, mana tidaknya baju ini dibeli khas untuk Malam Keberangkatan Tiba DYMM Raja Zarith Sofia Binti Almarhum Sultan Idris Shah ke Majlis Manifestasi Puisi Merdeka 2010 pada 07 Ogos 2010, bertempat di S.M.K. Tengku Mahkota Parit Raja Muar. 

Baju kebarung, kalau ada yang tak tau, kebaya dengan baju kurung itulah kebarung hehe. Walaupun tak suka membazir dengan membeli pakaian mahal, tapi kerana VVIPnya aku berkorban sedikit. Kalah membeli menang memakai.



dipadan dengan tudung ini.


Rabu, 21 November 2012

Hijau Pucuk Pisang

kenangan semasa beraya di rumah kawan.......


Lagi koleksi peace, berjinak-jinak dengan pakaian plain, kurung moden warna hijau pucuk pisang, dimana hijau adalah warna kegemaran aku, selain warna pink dan kuning. 

Tetapi pada dasarnya, untuk memilih pakaian kalau boleh semua warna aku akan pakai, apa yang penting dari mata jatuh ke hati da berkenan apalagi beli lah hehehehehe. Warna warni melambangkan keceriaan.

Berbalik kepada baju ini, seperti biasa dihiasi dengan jahitan manik di bahagian badan, leher dan pergelangan tanggan, manakala pergelangan tangannya bercekak atau berbutang eemmm... macam mane nak cakap ek!!!!  lebih kurang gitu ler... Baju ini pun sebenarnya baju raya, walaupun beli dan simpan, tiba hari raya pakai je la, nak tunggu majlis rasmi lambat, ada lagi baju yang tak dipakai.


selepas selesai menjalankan tugas

Selasa, 20 November 2012

Daging Lada Hitam


Bahan :

1. 2 biji bawang putih
2. 3 biji bawang merah
3. 1 inci halia
4. 1 senduk sos tiram
5. 3 sudu besar lada hitam (ditumbuk @ kisar)
6. 3 senduk kisap
7. 1 mangkuk gading (siap disebus)
8. garam dan gula secukupnya

Caranya :

Tumbuk @kisar terlebih dahulu bahan 1-3. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah dikisar, masukan gading yang telah direbus dan kacau. masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan kicap, tambah perasa garam dan gula kacau sebati dan siap untuk dihidang.

p/s : terpulang kepada masing2, lada hitam boleh ditukar kepada serbuk, tetapi yang suka pedas gunakan lada hitam dan tumbuk sendiri. Selamat mencuba.


Sabtu, 17 November 2012

Kari Daging



Bahan-Bahan :
1. 1 inci halia
2. 2 ulas bawang putih
3. 3 ulas bawang merah
4. 2 senduk lada kisar
5. 1 senduk serbuk kari (dibancuh dengan air)
6. 1 mangkuk kecil air asam jawa
7. 1 bungkus serbuk kelapa (dibancuh dengan air)
8. 1 mangkuk gading (yang telah direbus)
9.  1 mangkuk air
10. minyak untuk menumis
11. garam dan gula

Caranya :
Bahan 1-3 ditumbuk@dikisar. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan yang telah dikisar. Masukkan lada kisar dan serbuk kari biarkan beberapa ketika dan dikacau masukkan pula air asam jawa. Masukkan pula air kemudian masukkan pula daging, tinggalkan ia untuk beberapa ketika supaya daging meresap dengan kari dan kuah menjadi pekat. Apabila daging cukup empuk masukkan pula santan dan serbuk perasa garam dan gula, sambil dikacau perlahan, apabila santan sepati dengan rempah kari dan telah mendidih, siap untuk dihidang.

p/s : setiap orang lain cara masakannya, santan di kemudiankan kerana tak mahu santan pecah dan cair. Sesuai untuk makan bersama roti canai.



Khamis, 15 November 2012

Hanya Aku Yang Tahu






Aku pergi bukan untuk melarikan diri,
Aku pergi bukan untuk melukai,
Aku pergi bukan untuk menyakiti,
Dan aku pergi dengan rasa rela hati.

Aku tak pasti apa yang aku rasai,
Aku tak pasti yang dilakukan ini,
Aku tak pasti dihadapan menanti,
Dan aku tak pasti apa yang bakal dilalui.

Mungkin keputusan ini ada hikmahnya,
Mungkin hikmah ini ada kebaikannya,
Mungkin kebaikan ini besar maknanya,
Dan mungkin langkah ini baru bermula.

Aku tahu apa yang aku fikirkan,
Aku tahu apa yang aku impikan,
Aku tahu impian sukar dinyatakan,
Dan aku tahu ini adalah kenyataan.

Kenyataan ini sungguh menyakitkan,
Kenyataan ini sungguh memedihkan,
Kenyataan  ini sungguh menyesakkan,
Dan kenyataan ini jua satu dugaan.

Selasa, 13 November 2012

Kurung Pahang Biru Plain

Kenangan semasa menjalankan tugas pada 31 Ogos 2012

Lagi koleksi dari peace, bewarna biru dibeli khas untuk tugas pada 31Ogos  2012 yang bertemakan warna bendera,oleh kerana tahun lepas putih tahun ni lain, puas memilih, sama ada merah, kuning atau biru. Akhirnya ini juga yang berkenan dihati. Bak kata pepatah biar kalah membeli menang memakai, memang cukup puas hati baju kurung pahang, dengan kain lipat dihadapan. Dengan taburan manik di bahagian dada dan leher baju serta susunan manik dibahagian lengan dengan dua lapisan kain, cukup menarik hati aku.





di hadapan rumah
di padan dengan tudung ini, 2 dalam 1













Khamis, 8 November 2012

Ikan Bawal Sweet Sour




Bahan-bahan :  

1 ekor ikan bawal sederhana besar
2 biji bawang merah sederhana besar
3 seduk kecil sos cili
1/3 cawan air asam jawa
minyak masak secukupnya


Caranya : 


Ini la menu paling mudah di masak, selepas selesai ikan bawal itu digoreng dan letakkan ke dalam pingga, kemudian tumiskan pula bawang merah yang telah dipotong bulat. masukkan air asam jawa dan kacau masukkan pula sos cili, sedikit garam, setelah  itu kacau hingga mesra, bila pekat dan mendidih, kuah sweet sour pun siap dan tuangkan ke permukaan ikan yang telah digoreng itu tadi.... Siap untuk dihidang.



Kurung Moden Purple Plain

simple tanpa corak, hanya manik dan labuci kelihatan menarik....


Purple sesuai untuk mereka yang lahir pada bulan Februari atau berbintang aquarius seperti aku, ni baju raya sebenarnya tema tahun 2012. Walaupun kurang minat dengan pakaian tanpa corak @ bunga, yang kosong @ plain, aku cuba juga la... apa yang menarik baju ini penuh dengan labuci penuh di bahagian dada, pergelangan lengan dan kaki baju.  


di bawah pokok mangis yang rendang tak berbuah hahahahaha


di padan dengan tudung ini.... nampak macam gemuk pulak...

SESEDAP RASA