Selasa, 27 Mac 2012

Kurun Moden Hitam Merah

aku suka pose yang ini mcm artis hehehehehe.... perasan pulak


Ini lagi, koleksi dari butik peace, lama da perasan baju ni, tapi tak sangka jabatan mengarahkan untuk warganya memakai tudung merah untuk 1 majlis yang di jemput, apa lagi merayap la ke butik kegemaran aku. Ini tak tau le suratan atau kebetulan, memang nak cari baju hitam berbunga merah, jadi sangat cocok jika pakai tudung merah, jadi aku pilih la ini, hanya ini yang ada dan ini juga yang murah sepasang RM 55.00 hehehehehe murahkan....

Apa yang aku suka, baju ni simple je, dibahagian lengannya panjang berbentuk V, sedikit hiasan manik di bahagian bunga merah di kaki baju. Manakala kainnya pulak kipas di bahagian belakang.

Baju ni memang kecil saiz 34 @ xs, untuk orang yang berbadan kecil mcm aku boleh la, x de le ketat, tapi memang ikut badan aku yang sesungguhnya memang sekeping ni....hahahahah janji hati senang, tapi kebelakangan ini tak berapa senang.....







Isnin, 26 Mac 2012

Baby Kailan Bersos Tiram Ida


Bahan-Bahannya :


3 biji bawang putih (ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 pek baby kailan
1 senduk kecil minyak masak
1/2 cawan air
garam dan guna @ serbuk perasa secukupnya


Caranya :


Panaskan minyak dengan api yang sederhana besar, tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk. Masukkan pula sos tiram dan air, kalau sehingga air minyak dan sos tiram sekata. Kemudian masukkan pulak baby kailan. Bila sayurnya kelihatan cukup masak tutup api dan sudah boleh di hidang untuk di makan.


p/s : sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja, sedap di makan cepat di masak.

Ahad, 18 Mac 2012

Sayur Chentong

Siap di masak





inilah rupanya keladi air atau daun chentong, yang selalu tumbuh didalam parit





ini pula yang telah siap disiang



Sekarang cara untuk memasak pulak....


Bahan-bahan:


1. 1 biji bawang putih
2. 2 biji bawang merah kecil
3. 10 tangkai lada cili (ikut masing2 jika suka penas)
4. 7 ekor ikan bilis
5. 1 senduk kecil minyak masak
6. garam dan gula secukupnya
7. daun Chentong @ keladi air (siap di siang)



caranya :


Bahan 1-4 dikisar, panaskan minyak kemudian tumuskan bahan yang telah dikisar. Masukkan perasa gula dan garam, masukkan pula daun chentong. Kacaukan semuanya hingga sekata sehingga daun chentong menjadi layu atau lencun. Siap untuk dihidang.




Ini sebenarnya makanan atau lauk kegemaran aku, sedap tak ubah macam mak masak hehehehehehe.

Ahad, 11 Mac 2012

Khamis, 1 Mac 2012

Permohonan BR1M tidak lulus




Emmm!!!!! awal2 memang tak minat nak mohon, tapi kawan kata cuba la mohon, bukan apa layak untuk memohon.

SESEDAP RASA