Tak tahu kenapa, anak bertuah aku yang sorang ni, kebelakangan ni dia kerap cakap, "yap sayang ibu" sambil peluk dan cium aku. Rasa terharu dalam hati.
Sebenarnya cara dia yang begitu aku yang ajar, selalu aku ungkapkan ayat " ibu sayang Asyraf tau, Asyraf tau tak?". "Kalau Asyraf nakal ke, ibu marah Asyraf ke ibu tetap sayang Asyraf". Malah aku selalu ungkapkan ayat itu sambil aku cium dia, jadi apa yang aku buat, dia meng'ulang tayang' pada aku.
Sama ada dia faham atau tidak istilah "sayang" tu, aku pun tak pasti, tapi sekurang-kurangnya bila dia besar dia akan tahu, ibu dia selalu sayang pada dia, perhatikan dia dan mengambil berat dalam semua faktor, kesihatan, pendidikan, kebersihan, penampilan. Dia pun semakin membesar dan banyak perkara yang perlu diajar secara tidak formal, dia mudah faham dari perbualan dan percakapan.
Apa yang aku harapkan biarlah kasih sayang ini berterusan kerana kasih sayang akan mengeratkan perhubungan sesama manusia, dan kerana menyangilah kita akan disayangi...
Sedih pulak rasa hati...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan