Ahad, 16 Februari 2025

Pejabat Baharu

 Alhamdulillah hari ni sudah bertugas di pejabat baru secara rasmi. Bukan baru apa, selesai ubah suai. Maka semua kakitangan sudah bertugas dipejabat ini seperti biasa dengan pemandangan baru. memang nampak beza, walaupun tapak lama. 

Rabu, 8 Januari 2025

Emosional Blockage

Siapa sangkakan aku yang ceria dimata ramai orang, yang sentiasa tersenyum dan mudah membantu tetapi ada masalah ini. Masalah yang bertahun-tahun rasanya. Sikap aku ni lebih kepada perasaan dan terdapat lelaki. Kepada kawan-kawan ramai yang tak tahu atau sikap aku berlainan, entah lah ada beberapa identiti ke macam mana. Tapi tidakkk la.

Selasa, 7 Januari 2025

Genap Sebulan

Lama sungguh menanti cukupnya sebulan. Tak sama seperti bulan-bulan yang lain yang terasa cepatnya waktu berlalu. Walaupun tiada yang istimewa, malah perkhabarannya pun agak dukacita, Aku tetap bersyukur. Setiap takdir dalam hidup kita, pilihan hidup kita pasti bersebab, biar apa orang fikir dan kata yang pasti dalam hidup ini perlu mementingkat diri sendiri, fikirkan kesihatan mental sendiri dulu sebelum memikirkan apa kata orang lain. 

Selasa, 31 Disember 2024

Sambung Belajar

 Alhamdulillah, masa yang di tunggu pun dah tiba malah sudah pun semelsai walaupun mengambil masa dalam seminggu lebih kurang. Muhammad Asyraaf bin Azman nama diberi kepada anak tunggal aku. Selamat sudah menyambung pelajaran di Koleh Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading Batu Pahat.

Isnin, 2 Disember 2024

Cerita 8 tahun lalu




Diam tak diam hari ni dah 2 Disember 2024. Tak sangka dah berada di hujung tahun. Alhamdulillah Hidup ni berjalan seperti biasa. Ada sedih ada gembira, itu la kehidupan. Tapi Pada tanggal ini ada peristiwa yang terakam sebagai kenangan. Ye RAKAM. Terpilih menjadi peserta dalam ujibakat memasak sambil menyanyi kemudian  masuk TV pulak. Seronok la pengalaman tu, bukan semua berpeluang.

Rabu, 17 April 2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 /1445 Hijrah



Alhamdulillah dah seminggu raya berlalu. Raya tahun ni beraya bersama pasangan selepas bertahun-tahun beraya berdua dengan anak bujang. Persiapan pun macam biasa sahaja cuma tambahan pakaian untuk suami sama dengan anak.

Jumaat, 16 Februari 2024

Cukup umur 43 yeee... Allahu Akhbar

Lambatttt sikit nak cerita dek kerana cuti panjang, kepenatan dan ingat-ingat lupa password blog ni.

Alhamdulillah dihari ulang tahun kelahiran pada kali ni lebih bermakna dari tahun2 sebelumnya, iaitu yang sebenar-benarnya tiada sambutan, tiada kek, malah melalui hari yang satu ini hanya seperti hari biasa yang tak memberi sebarang makna. Ucapan pun hanya dari sebilangan kenalan. 

Tapi kali ini, ibu mertua yang belanja makan bersama 2 beradik suami dan isteri dan anak- anak mereka yang comel. Suami pulak belikan sebuji kek manakala hadiah dah pun di belikan sebulan awal.

Sebenarnya hadiah yang berikan bukan permintaan aku,  tapi dia yang nak bagi. Sebulan awal tu sebab dia beli phone baru. Asyik nak tunjukkan pada aku kelebihan phone dia, jadi aku pun asyik-asyik tengok phone dia, sesekali aku menyindir jugak, ye la phone baru.  

Huhuhu sudahnya dia belikan jugak phone untuk aku. Aku tak nak awal sangat surah tunggu bulan 2. Bulan 2 lagi nak pakai duit katanya, sebab nak sambut Tahun Baru Cina di KL dan ke Terengganu nak ubatkan biras aku aka bang ipar punya isteri yang vampire setahun sakit buatan orang.

Siapa sangka kan. Hari-hari yang aku lalui sebelum ini surat dan kelabu kini penuh ceria dan warna warni. Ketentuan Allah tu sebaik2 takdir untuk kita. Hanya redha dan sabar dengan Ujian, hikmahNya pasti ada. Alhamdulillah. 

SESEDAP RASA