Ahad, 31 Disember 2023

Tahun 2024

 Alhamdulillah hari ni bermulanya 1 Januari 2024. Tiada sebarang perancangan besar, cukup melalui hari-hari mendatang mengikut ketentuan takdirnya. Kita ni hanya mampu merancang je, hakikatnya Allah juga yang menentukan. 

Ahad, 17 Disember 2023

Baru siap walaupun Dah Berbulan

 Akhirnya, selepas berbulan kahwin, Album kawin baru le dapat. Memang wow sangat siap masuk dalam bag macam orang bawak bag ke office tu. Albumnya elok, elok sangat macam album sekarang ni, tapi gambar nikah hingga solekkannya je rasa macam x puas hati. Mujur la masa sanding semuanya ok.

Rabu, 18 Oktober 2023

Si Kiki

Dalam hati da tak de hati nak ada haiwan peliharaan lagi. Alhaklum la, sedih dan kesian dengan nasib kucing-kucing yang dipelihara tidak dapat layanan sebaik mana kita layan. Selain 2 ekor jantan yang terlepas keluar dari rumah. Seekor yang bernama HERO masih ada di sekitar kuarters kerana dah jadi stray cat dari sebelum pindah lagi. Yang seekor lagi namanya SUN memang tak pernah keluar rumah, tetapi kerana ditinggalkan dia melarikan diri dari tingkap dapur, terus tak dapat dikesan.

Si ibu dan anaknya MOON diberikan kepada ex boyfriend, dia suka rela nak jaga, dia suka sebab kucing tu bulu kembang. Si Moon pun hilang dalam jagaan dia. Mana tak hilang, dikurung je dalam sangkar. Masa aku yang jaga Moon bebas dalam rumah termasuk la bilik aku malah seluruh kawasan rumah dia boleh pergi. Sedih sangat sebab tak dapat jaga mereka sampai hujung nyawa. Hanya sempat lihat dari lahir sampai menjadi remaja. Aku pun berpindah ke Johor Bahru.


Isnin, 16 Oktober 2023

AYAM MASAK BLACKPAPER



 Ini namanya resepi memikat suami, maklum le baru bersuami. Memang susah leee asyik tak kene je dengan selera dia.  Tapi yang ini dia suka, katanya “masak macam ni le hari-hari” dia nak puji sedap tu tak payah la berangan. Yang penting kita dah masak.

Khamis, 12 Oktober 2023

Masak


Masak ni bukan tak biasa bagi aku, malah perkara biasa dan aku suka, terutamanya bila sudah bergelar isteri satu ketika dulu. Masa tu Alhamdulillah aku sentiasa usaha untuk tambah menu untuk family dan salah satu cara aku selalu beli majalah Mingguan Wanita, dimana di tengah-tengah halaman majalah itu di selitkan pelbagai resepi bersaiz A5. Jadi pelbagai resepi aku ada, cuma cari yang mudah untuk cari bahan-bahan dan mudah juga untuk memasak.

Khamis, 5 Oktober 2023

Taste

Sebenarnya yang betul-betul rapat dengan aku sangat tahu taste aku macam mana. Maksud aku lelaki idaman hati hahahaha. Aku sebenarnya suka lelaki yang kurus lebih kurang macam aku. Ketinggian tak kisah, tinggi dari aku atau tidak. Warna kulit aku lebih suka gelap daripada aku. Soal kerja sebenarnya aku kisah tak kisah le jugak. Apa yang penting lelaki tu mampu tanggung aku, bukan aku tanggung dia.

Sabtu, 23 September 2023

Honeymoon Trip

Alhamdulillah, hari ini mula bekerja seperti biasa selepas 9 hari bercuti dari 15 hingga 23 Semtember lalu. Ye la husband kesayangan bawak honeymood, honeymood yang tertunda dek kerana aku bekerja Pilihan Raya Kecil. Rancang gerak pada 15 September pun tertangguh beberapa hari dari plan Jumaat, tetapi gerak Isnin pada 18 September. 

Ahad, 10 September 2023

Sebulan Sudah Berlalu


Alhamdulillah syukur kehadrat Allah Subhanahuataala... atas segala limpah rahmat, rezeki yang telah ditetapkan tidak lewat tidak cepat tapi tepat mengikut kemahuanNya. Kita hanya mampu merancang Allah jua menentukan segala-galanya.

Rabu, 3 Mei 2023

20 Sudah Berlalu

 Tak sangka kan 20 tahun bukan jangka masa yang singkat. Seorang baby pun dah besar dan dah habus sekolah. Betapa masa itu terlalu pantas berlalu. Pelabagi pengalaman telah pun tercipta. Terlalu banyak cerita jika nak diceritakan.


Khamis, 13 April 2023

Persiapan Nak Raya

Seperti yang lain saya juga menunggu ramadhan kali ini. Tahun kedua di Johor Bahru. Alhamdulillah dapat sambut puasa di kampung halaman bersama anak bujang di kampung. Di kesempatan yang ada juga, ambil peluang untuk beli pakaian raya anak dan emak semasa perjalanan balik ke JB. 

Selasa, 28 Mac 2023

Doa apa tu?

Bulan2 puasa ni kan kita digalakkan berdoa, sujud terakhir lepas solat tu biasa, sebelum waktu berbuka antara yang baru sempena ramadhan ni, eh banyak waktu la, hanya nak tak nak je dan kadang kala terlupa.

Isnin, 20 Februari 2023

Baru Nak Cerita

Tak ada apa yang menarik pun, hanya cerita mengenai kuarters di Putrajaya. Da berbulan juga urusan kuarters selesai pada 7 Oktober  2022. Alhamdulillah  beban yang di taggung berbulan-bulan dengan kepenatan yang tak tergambar turasa lega sangat.