Isnin, 16 Oktober 2023

AYAM MASAK BLACKPAPER



 Ini namanya resepi memikat suami, maklum le baru bersuami. Memang susah leee asyik tak kene je dengan selera dia.  Tapi yang ini dia suka, katanya “masak macam ni le hari-hari” dia nak puji sedap tu tak payah la berangan. Yang penting kita dah masak.


 Bahannya :

 

1.      2 potong ayam bahagian thigh

2.      3 sudu besar serbuk blackpepper

3.      2 sudu besar Sos tiram

4.      1 sudu besar kicap

5.      3 inci halia  

6.      3 ulas bawang putih

7.      5 biji bawang merah kecil

8.      1 biji Lada benggala @ capsicum

9.      ½ biji lobak merah

10.  Garam dan gula secukupnya

11.  Minyak masak secukupnya

 

 Caranya :

Ayam di potong kecil, gaulkan ayam dengan blackpepper, sos tiram, kicap hingga sebati dan ketepikan. Potong lada bangagala dan lobak merah dengan saiz besar. Tumbuk halia, bawang putih, bawang merah.

 

Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap, tidak perlu lama atau setengah masak. Kemudian tumiskan bahan yang telah ditumbuk. apabila naik bau masukkan ayam, dan air perapan ayam tadi dan tambah sedikit air. Setelah ayam dan kuah sebati masukkan pula lobak merah dan lada banggala, masak hingga sedikit layu dan tambah perasa, da siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan