Khamis, 12 Oktober 2023

Masak


Masak ni bukan tak biasa bagi aku, malah perkara biasa dan aku suka, terutamanya bila sudah bergelar isteri satu ketika dulu. Masa tu Alhamdulillah aku sentiasa usaha untuk tambah menu untuk family dan salah satu cara aku selalu beli majalah Mingguan Wanita, dimana di tengah-tengah halaman majalah itu di selitkan pelbagai resepi bersaiz A5. Jadi pelbagai resepi aku ada, cuma cari yang mudah untuk cari bahan-bahan dan mudah juga untuk memasak.


Perkara yang aku sendiri pun tak sangka bila aku cuba masak pelbagai makanan masa PKP dulu. Memang macam-macam menu, dari lauk pauk, kuih muih, desert, mee, roti, nasi utara, makanan Cina, korea, Thailand sampai ke minuman, puding pun aku try jugak. Eh!! serius tak sangka aku boleh buat eh hahaha. Duit aku bukan jimat cermat masa PKP tapi sebok dengan pelbagai resepi, tepung tu bermacam-maca tepung aku ada.

Tapi itu la tu, ketika itu dan semasa di Putrajaya. Semenjak duduk JB aktiviti aku berbeza 360 darjah, dapur aku kat kedai. Balik kerja terus cari makan. Dah kenyang balik rumah esok baru keluar. Jadi ada la masa untuk buat solat-solat sunat, macam-macam solat sunat aku praktikkan.

Huh! panjangnya mukadimah aku. Kisahnya yang nak dijadikan cerita, apabila aku berkahwin. Baru lah nak memasak. Seriusly skill aku macam dah hilang. Masak asyik tak kene jeee... Bengang betul. Ditambah pulak husband jenis kurang masakan Melayu, lebih kepada chiness food & western. Lagi le payah. 

Aku rasa dah macam orang dunggu. Aku masak nasi buat sarap, dia kata "pagi-pagi dah makan nasi" masak malam pulak dia kata "malam-malam nak kene makan nasi ke?" aku masak, aku rasa ok, dia kata tak masin, aku lebihkan garam dia kata masin. Masakkan sup dia kata boleh masakkan macam tu kalau dia sakit, sebab kurang masin. Masak mee goreng dia suruh masak mee goreng basah pulak. 

Eh! serba salah hidup aku. Tapi nasib baik le aku ni dah tua. Aku lantakkan je nak makan, makan le. Tak nak makan sudah. Simple. Aku malas nak bising-bising nak gadug gaduh. 

Cerita pasal gaduh ni. Ini pun satu hal jugak. Dia kata "kita dah lama tak gaduh kan" hahahaha Kelako betul laki aku ni. Yee.... kita orang bergurau macam orang bersilat, main tepis-tepis, main tampo-tampo, main cucuk-cucuk. Aku pun geli hati dah macam kanak-kanak riang lagaknya. lepas tu masing-masing ketawa berdekah-dekah. Itu le hakikahnya. Itu dia lom joget macam sherek, dengan perut bulat lagi gendutnya tu. Aku tegelak sambil dalam hati ni "sayang dia". Penghibur hati aku.... 

Banyak cakap, aku tak dengo cerita dia nanti kecik hati. Masalahnya dia bercerita time breakfrist, aku ni nak p kije, lepas makan nak kemas meja pinggan mangkuk nak basuh. Sudahnya hari-hari aku pergi kerja lambat.

OK la, dah habis cerita. macam-macam pulak yang aku ceritakan. lari tajuk jauh pulak tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan