Ahad, 31 Disember 2023

Tahun 2024

 Alhamdulillah hari ni bermulanya 1 Januari 2024. Tiada sebarang perancangan besar, cukup melalui hari-hari mendatang mengikut ketentuan takdirnya. Kita ni hanya mampu merancang je, hakikatnya Allah juga yang menentukan. 

Apa yang pasti bagi 2024 ni aku memang tunggu sangat habisnya 2023 kerana Januari 2024 merupakan bulan terakhir aku bayar kereta. Syukur Alhamdulillah sikit-sikit hutang habis bayar. Dari pinjaman peribadi, yang memang dah bertahun habis bayar, kali ni kereta pulak habis bayar.

Perancangannnya, bila dah habis bayar kereta aku nak simpan sejumlah wang itu ke Tabung Haji. Tapi tak sabar, maka bermula pada Mei 2023 aku dah buat simpanan melalui potongan gaji. Alhamdulillah. Selepas kawin aku dapat simpan degan selesa tanpa gangguan atau masalah kewangan yang memaksa untuk aku keluarkan duit tu. 

Untuk Asyraaf juga aku masih gunakan kaedah sama tranfer melalui Maybank je, dan kali ini aku simpan lebih dari sebelumnya, jadi la RM300 sebulan atau sekurang-kurangnya RM100. itu adalah pulangan semula duit yang telah terguna,selepas selesai aku bayar duit asyraf aku tak akan simpoan lagi. Biarkan jumlah sedia ada jadi pelaburan. Simpan lebih sikit untuk selesai cepat sikit. Aku masih simpan buku kecil sebagai catitan dan peringatan untuk buat bayaran semula. Duit anak bukan duit kita, so bila ada rezeki lebih ni biar selesai hutang tu, kemudian aku akan buat simpanan di bank lain untuk simpanan aku sendiri. 

Hanya itu sahaja la yang aku target, simpan duit setiap bulan. Aku dah buat buku kira-kira untuk urusan kewangan, harap-harap berjaya. Tujuannya hanya untuk rekod keluar masuk duit dan aliran yang keluar tu atas tujuan apa. Duit aku dan duit yang suami bagi. Duit dia aku tak kisah sangat. Sebab dia beri jugak duit kepada mak dia dan aku pun tak halang. Lagi dia belanjakan duit dia untuk keluarga lagi la melimpah ruah rezeki buat dia, rezeki dia rezeki aku jugak. Cuma dia kata aku berkira hahahaha. Malah gelakkan aku simpan sejumlah duit...pada fikiran dia jumlahnya kecik. Tapi aku lagi patut gelakkan dia, gaji dia besar berkali ganda dengan aku, tapi hujung bulan semput jugak. So now aku perhatikan je. Dalam masa yang sama aku tambah dan tambah simpanan setiap bulan. Aku yakin simpanan aku yang sedikit makin lama akan semakin banyak. 

Merancang untuk simpan duit ni sebenarnya dari tahun lepas. Bila mana aku sangka tak dapat kuarters, gaji dalam slip gaji memang besar. Sewa bilik je. Rupanya aku dapat kuarters walaupun dah terlambat atau ikutkan dah kene isi borang baru sebab dah lebih setahun. Tapi itu la rezeki. Lepas dapat kuarters aku dapat pulak suami. hahahaha macam dapat KFC pulak. Maka simpanan yang sedikit aku buat belanja untuk kawin, walaupun suami bagi hantaran 10K tapi untuk goodies guna duit aku sendiri. 10 K untuk aku x rasa pun duitnya semua buat bayar majlis, itu pun terlebih 10K. biasa la suami yang tampung hehehehe. Senang hidup aku.

Tahun ni kalau ada rezeki dapat anak dapat la. Kalau x de rezeki anak anggap la aku tak mampu jadi ibu yang baik. Jadi lebih baik tak ada anak dari ada anak. Selebihnya andai cukup simpanan aku niat nak buat Umrah. Serius laaaaa.... sejak kawin ni rutin harian berubah 360. Dari rajin buat solat sunat, macam-macam solat sunat aku buat, dari rawatib, dhuha, witir, tahajud dan taubat selang sehari dua  sekarang tinggal solat sunat sebelum Subuh je aku buat. Sebelum ni boleh bangun dan mandi sebelum subuh sekarang lepas subuh baru bangun. Sebelum kawin aku dapat la ke Masjid sekarang suami tak izinkan. Tak tahu nak cakap, adakah sekarang lebih baik dari sebelum kawin atau sebaliknya. Cuma pahala itu banyak cabangnya.

Jadi cita-cita aku tahun ni suruh suami bawak p jalan-jalan 2 bulan sekali hehehe. Kita habiskan duit dia sebelum orang lain habiskan duit dia. So langkah pertama renew passpord yang bakal tamat pada Februari ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan