Isnin, 1 April 2019

Trip Ke Krabi

Tak sangka kan apa yang aku inginkan jadi kenyataan. Akhirnya dapat jugak aku menjejakkan kaki  ke Krabi. Siapa sangka impian dan angan-angan jadi kenyataan. Apa yang penting sediakan duitnya je. 
Entah kenapa tiba-tiba aku nekad nak ke Krabi, yang pada mulanya rancang bersama officemate, tapi aku rasa tak selesa, biasa la ada orang yang aku tak berapa nak selesa bila dia ada. Maklum la aku ni biashe-biashe je, bukan macam orang lain hado-hado belaka.

Jadi dalam diam-diam, aku follow IG travel ajen. Iklan yang menarik, aku terus PM bayar deposit disember 2018.  Isi borang kebenaran ke luar negara. Buat pasport untuk 2 beranak. Beli itu-beli ini. Paling rajin beli baju online huhu. 

Tub-tub sampai la masanya, 28 Mac hingga 1 April lalu dapat la aku melancong ke luar negara kikiki. Tambangnya RM449.00 je seorang. Insuran pun tak mahal. Tukar RM ke bath pun 1000 je, cukup la untuk makan, beli sauvinior sikit, bayar untuk menaiki bot & gajah. Aku tak beli apa sangat. 

Sebenarnya ada cerita disebaliknya. Aku tengok gambar kawan-kawan yang ke krabi, cantiknya pemandangan pantai, itu yang teringin menjejakkan kaki ke sana. Pernah jugak rancang nak honeymoon kat situ kikiki, dulu punya cerita, berkawan dengan si teruna yang aku kenal dan rancang untuk berkahwin, aku tengok gambo dia ke Krabi di FB. Sudahnya dia pun dah setahun kawin. huhu.

Perjalanan menaiki bas je. Ok la dapat tengok tempat orang. Yang paling happy Asyraaf la, "terima kasih ibu dia peluk cium kita haha.... perangai aku le tu. itu yang dia ngikut.

Selebihnya biar la gambar berbicara.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan