Selasa, 23 April 2019

Nak Tukar

Eemmmm apa la nasib, tanya pegawai di PSM gred Aku ni x de kekosongan. Sedihnya, menyesal pun ada sebab melambat lambatkan  niat  tukar suka sama suka. Sudahnya orang yang beriya ajak aku tukar tak mahu bertukar. 

Al-kisahnya tukar suka sama suka tak payah pindah2 rumah, sekadar tukar level je, tapi tu la apa nak buat, tak ada rezeki. Bersangka baik je la. Maklum la disebalik banyak kerja, ada jugak la kelim yang boleh dibuat. Rezeki Allah nak bagi kan, tak kan duk diam duit jatuh dari bumi. So bersyukur je la.


Kadang kala, kerja sedia ada tak siap datang yang lain, tengah buat datang yang baru lagi. Allahu akhbar. Kebetulan pulak aku yang lama di unit ni, dari dalam 5 orang 1 unit semua bertukar tinggal aku sorang yang lama tapi tak berapa lama, dari 5 orang tinggal 4 orang, huh!! lelah di dada rasanya. Tapi dayakan juga, mujur la dah biasa kerja rencam, so tahan lasak jugak la aku, kira syukur jugak la. 

Tak sangka lepas pilihan raya setahun yang lalu, terlalu banyak perubahan kerja malah pertukaran pegawai silih berganti. Ramai sungguh la, dari gred bawah sampai ke atas. Aku ni pun nak tukar tak lepas. Aku dah isi borang tukar, timbalan da sain walaupun dia keberatan. Tub-tub sampai ke pengarah ayat dia mudah je "saya tak nak lepas kan awak" alamak ayat, macam aku nak mintak cerai pulak kikikikii..... 

Tapi aku tetap tak akan putus asa akan cuba mencari peluang untuk bertukar. Bukan apa, aku nak bertukar sebab nak fokus menjahit, mennyambil-nyambil. Kerja sekarang ni busy bebeno gamaknya. Sampai tahap kerja ni masa rehat dan solat je rehat, selebihnya kene fokus kerja. Kalau tidak lambat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan