Jumaat, 15 Februari 2019

38 tahun

Alhamdulillah hari ini bertambah lagi usia aku. Syukur atas nikmat yang dikecapi. Namun dalam usia penghujung 30-an ni apa yang aku fikirkn adalah kesihantan, ya Syukur Alhamdulillah juga kerana kesihatan dalam keadaan baik. Masih boleh makan apa sahaja ikut selera dan keinginan.


Namun Aku lebih berhati2 dan memilih untuk mengawal  pemakanan, biar mencegah daripada merawat dan usaha ke arah itu. Persekitaran mengajar aku untuk lebih bersyukur dengan apa yang ada, berhati-hati dalam apa jua keadaan, dan menikmati apa yang diinginkan mengikut kemampuan, merasa dan melayan selera  sesekali asal tidak kempunan.

Mulai February ni, Aku memilih untuk menukar  beras perang mengantikan beras putih, exercise dengan memilih zumba sebagai aktiviti sampingan di rumah, setakat hari ini hanya sekali Aku tinggalkan zumba kerana kesuntukan masa dan gagal mengurus masa dengan baik pada hari tersebut. Jadi itu 1pengajaran supaya lebih fokus melaksanakan sesuatu pekerjaan di rumah. Masa sememangnya mencemburui dan terlalu pantas bergerak, andai terleka dengan gejet maka  tugas jadi tergendala  untuk dilakukan. Eemmmm itu la dunia sekarang, sesiapa pun x boleh lari tetapi bergantung kepada kebijaksanaan untuk mengawal begitu jugak Aku hahaha

Selain itu, aku memilih untuk menambah lagi amalan yang Aku tinggalkan semasa aku bekerja di wisma  putra, serius memang susah nak kembali seperti dulu. Berzikir, solat sunat rawatib eeemmmm... Aku cuba kembalikan aktiviti dulu, dan kali ini lebih lagi. Hajat  dihati nak melakukan pelbagai solat2 sunat, tapi  apa yang mampu saja la. Yang penting keutamaan Aku Cuba solat taubat, tahajut dan dhuha. Rawatib akan Aku laksanakan jika berkesempatan, memang sukar untuk istikhamah.

Persoalan mengenai pasangan? Hehehehe Aku tau sangat ramai yang menanti siapa lelaki yang akan mendampingi aku, atau Sekurang2nya yang ber kawan dengan aku. Sejujurnya Aku tak ber kawan dengan sesiapa pun. Sebabnya Aku da Malas nak fikir soal kawin, duit pun x de so buat apa pening kan kepala, berdoa je selalu supaya Asyraaf dapat pasangan yang tau tanggungjawan dan peranan anak lelaki terhadap keluarganya.

Selebihnya aku juga seperti orang lain,  jalani hidup seperti biasa, ada rezeki lebih nak berjalan maka jalan la. Rasa  nak makan apa makan la kalau mampu. Hidup ni perlu enjoy yang penting Aku tidak mengganggu lelaki bujang duda @ suami orang. Alhamdulillah hidup Aku sentiasa beeusaha untuk memiliki sesuatu itu dengan usaha sendiri, walaupun agak lambat Bernadine orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan