Selasa, 14 Mei 2019

Kisah Lama


Haaaa lama kan x meluahkan rasa dengan kata-kata tanpa suara. Betapa seboknya urusan kerja sampaikan mencatat sepatah dua kata pun tak mampu nak dicatit apatah lagi nak singgah ke blog kesangan aku ni.

Apa cerita???? Haaaa ni bukan boyfriend lama ke kekasih hati ke apa. Aku tau memang  ramai yang ternanti-nanti siapa calon2 bakal jadi pasangan aku hahahaha. Tapi ini tidak, aku tidak mempunyai teman yang bernama lelaki, kawan pun aku tak mahu. hehe . Hanya nak mengimbas kembali Cerita lama.. Kisahnya kemarin 23hb Mac 2019, balik kampung hantar mak, dan ke majlis kenduri kawin anak kepada sepupu aka anak pak ngah eh cucu pak ngah la yang kawin.

Makanya jumpa la ramai  sepupu2 aku termasuk la sepupu yang sorang ni. Eemmm... memang jarang jumpa, walaupun aku lama tinggal di muar, tapi tak pernah jumpa. Aku da tak duduk muar baru tau yang dia menetap di muar. Kalau jumpa pun masa raya. Itu pun jarang sangat.

Kisanya dia adalah salah seorang sepupu lelaki  yang rapat dengan aku. Masa dulu-dulu zaman kanak-kanak riang, asal cuti sekolah je aku ikut Arwah Mak cik balik Segamat. Dari situ la aku rapat dengan dia. Main-main tanah dengan dia, ke kebun. Kami sama-sama anak bungsu. 

Kebetulan Arwah mak cik dan arwah Pak cik memang ajar mengaji, jadi aku ni memang jadi perhatian bila ada kat kampung tu khususnya yang mengaji di rumah tu. Jadi ada juga la peminat  di kalangan mereka yang mengaji, umur lebih kurang je. Bayangkan dalam usia 11 tahun dapat surat cinta la kononnya. Ayat yang tertulis dalam surat tu yang paling aku ingat "sudikah awak menjadi teman wanita saya". Tak boleh blahhh kan, tak padan yang kecik ayat macam drama sendiwara semasa sangat.

paling aku tak boleh lupa, kita orang selalu main kejar-kejar sebelum magrib, aku lari terus masuk bilik air dia tak perasan kikikiki. Nak mandi pun berebut, makan pun bergaduh kikikiki. Zaman kanak-kanak memang best, main je kijenya. Belajor ke laut sunda hahaha.

Tapi sekarang nak borak pun tak reti macam orang asing, dia pun macam segan je. Aku mana tau malu, cuma nak berborak tu aku tengok orang tengok topik. Kadang-kadang tak boleh la nampak macam pompuan hareeee kikikikiki.  
Dia masih bujang lagi sampai sekarang dari aku bujang kawin janda dia still bujang kikiki. mak aku selalu nyakat dia, "bila lagi" dalam hati aku sebok kan anak orang anak dia sendiri pun tak laku laku kikikiki ok bye story da habis. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan