Khamis, 29 Oktober 2015

Tak Lena... Lena

Inilah lokasi@ temp at solat aku anak beranak, alhamdulillah sederhana tapi selesa


Ini le tempat solat dan beribadah masa di rumah. 2 ke 3 hari ni, asyik tidur di tempat solat je. Sementara tunggu Isyak konon2 nak baca yassin sudahnya, yasinan dalam mimpi. Kesian jugak asyraaf, sama-sama berjemaah tidur tergolek2. Tidur atas sejadah pulak tu dengan telekung bagai, eemm... aku rasa macam tak berapa nak terurus beberapa hari ni, nak kemas malas 200%, nak jugak tunggu hari cuti.
 

Isnin, 26 Oktober 2015

Ahad, 25 Oktober 2015

Bantal Dreamy Night




Dah lama sebenarnya beli bantal ni, sempena menyambut tetamu yang naik pangkat. Tapi post lambat sikit aka terlupa. Teruja tetamu nak datang, sampai ambik cuti pergi ber shopping kononnya.

Bantal ni biasa je, murah pun murah, orang kata "membeli ikut kemampuan"  yang penting ada bantal untuk tetamu tidur. Maklum le koleksi bantal di rumah tak banyak, dan tetamu jarang2 ada.

Sabtu, 24 Oktober 2015

Akemi Pillow


Beli lagi bantal 2 biji, kali ni pilih AKEMI di billion bangi, selepas servay di AEON big, banyan 1/2 harga. Berbanding harga sebenar mungkin x akan beli. 

Kalau beli pun mungkin untuk master bed room aka bilik sendiri @ untuk kawin kalau aku tak kawin pun aku akan beli bantal, tilam n katil yang mahal sikit, untuk keselesaan, gituwww...

Jumaat, 23 Oktober 2015

Mendapat dia


Kesian dia, tak sangka meninggalkan kesan begini rupa. Akibat tak dengar kata IBU, ini ubatnya. Bila cakap bekali tak jalan, bila buat yang dilarang, bila hati aku jadi panas ini jadinya.

Dulu masa kecik2 aku jaga kulit dia, walaupun dia anak lelaki tetap jaga, kalau boleh tak nak ada sebarang kesan luka atau parut dickulit dia. Tapi bila first time tengok luka di kuning dia, rasa terkilan, memang salah Abah dia bawak ke taman untuk orang dewasa. 

Khamis, 22 Oktober 2015

Sawi Fu Fa



Bahannya :

1. Minyak Masak Secukupnya
2. 3 Tangkai Pokok Sawi
3. 3 Biji cili merah
4. 1 ulas bawang putih
5. 3 sudu besar sos tiram
6. 1/2 cawan air
7. 
1 Biji telur
8. Garam Dan Gula Secukupnya


Selasa, 20 Oktober 2015

Ice cream paddle pop






Bahan-bahan :

1. 1/2 tin susu pekat manis (terpulang nak manis lebih kan susu)
2. 3 cawan full cream milk
3. 2 sudu kecil ovalett
4. 2 sudu kecil esen vanilla
5. Pewarna makanan merah, biru, kuning, hijau, coklat (ikut suka nak warn a apa)



Jumaat, 16 Oktober 2015

Bertugas

terasa sempet pakai blazer ni kikikiki...


Seronok bekerja semangat di Japen masih kekal sebati dalam diri. Lebih seronok lagi bila berjumpa rakan sejabatan. Amboi toleh sana kenal toleh sini kenal toleh situ pun kenal, kesana kenal, kesini kesitu pun kenal jugak.... 

Ingatkan kalau dah keluar dari jabatan dah x de nak jumpa2 orang jabatan, rupanya!!!!! ada hubungan dengan Cawangan Perhubungan Antarabangsa. Memang ada hubungan secara langsung dengan wisma putra kerana ASEAN. Apa pun aku OK je.

Khamis, 15 Oktober 2015

Awal Muharam


Jarang2 orang peduli dengan amalan awal tahun islam @awal muharam, termasuk le aku. Tapi tahun ni bersungguh nak buat jugak, bukan buat apa pun, hanya doa hujung dan awal tahun.

Konon-konon nak p masjid, ada ceramah dan  solat jemaah sekali, tapi tu la Ustaz bagi tau 6.29 ptg, majlis start 6.30 ptg, ada ke patut. Eemmmm.... sudahnya buat la sendiri kat rumah.

Isnin, 12 Oktober 2015

Tilam Spring Star




Baru-baru ni ada tetamu datang, so aku beli la tilam ni, memang tebal harganya pun RM750 tengah offer kalau tak RM12++.++ jugak. Memang sengaja beli tilam yang kualiti sikit, sikit je tapi da mahal la sangat rasanya tu.

Alhamdulillah beli jugak akhirnya, hajat nak beli tu memang dah lama ada, tapi biasa la aku nak beli tunggu offer, kebetulan tengok di giant bangi pun ada brand dreamland, hati dah berkobar2 nak beli. Sudahnya aku beli di presint 15 memang bukan brand popular tapi boleh la sedap jugak di buat tidur, ingat nak beli katil sekali, murah je baru RM 450 lagi murah dari harga tilam, tapi tak berani aku nak menanggung risoko, kot2 nak guna duit, @ kecemasan ke, so abaikan dulu, tanpa katil atas tilam empuk pun dah kira sedap dan selesa. 

Ahad, 11 Oktober 2015

Khamis, 8 Oktober 2015

Tetamu




Rumah aku ni memang jarang terima tetamu. Aku pulak memang tak ada nak pelawa sesiapa datang ke rumah, bukan tak sudi nak jemput tapi segan rumah tak ada apa2 sungguuuhhhhh.... sebenarnya aku malu, memang belum bersedia nak jemput kawan-kawan datang rumah. Rumah aku memang paling simple rasanya. Yang ada semua yang asas, lebih2 masih dalam perancangan, atau senang cerita belum ada kemampuan la.

Selasa, 6 Oktober 2015

Ice Cream Layer Cake Nattleta Cheese


Bahan-bahan :

1. 1/2 cawan whipping cream
2. 1/4 tin susu pekat manis (nak manis letak lebih)
3. 100 gm cream cheese
4. 1/2 cawan nuttela
5. Loyang segi 4 tepat atau bekas yang bersesuainya
6. Aluminium foil


Jumaat, 2 Oktober 2015

Sambung Belajar




Aku ni tiba-tiba je tergerak hati fikir nak sambung belajar. Memandangkan sekarang ni kerja memang di pejabat ada kelapangan  tidak se busy di jabatan sendiri. Makanya persekitaran di office baru memang banyak ruang dan peluang untuk aku fokus untuk study malah sekarang aku dapat buat apa yang aku minat,  especially on weekdays. 


Khamis, 1 Oktober 2015

Gemuk Sudah


EEmmmmm.... lepas je ramadhan disambut dengan shawal..... makanya berpesta makan la gamaknya... MasyakAllah asyik2 makan je,. Apa la nak jadi niiii.... Orang selalu kata "senang hati" kalau badan makin berisi, tapi tanya le sesiapa yang banyak isi, susah hati lagi ada sebab badan makin gemuk, mujur la aku ni tak gemuk, mantoooppp je kikikiki.