Jumaat, 2 Oktober 2015

Sambung Belajar




Aku ni tiba-tiba je tergerak hati fikir nak sambung belajar. Memandangkan sekarang ni kerja memang di pejabat ada kelapangan  tidak se busy di jabatan sendiri. Makanya persekitaran di office baru memang banyak ruang dan peluang untuk aku fokus untuk study malah sekarang aku dapat buat apa yang aku minat,  especially on weekdays. 






Sengaja tanya kawan yang sambung belajar atau belajar part time, bagi pekerja atau kakitangan awam yang bekerja lebih 10 tahun seperti aku layak untuk mohon ijazah untuk sambung belajar tak perlu buat diploma. Yang lebih best JPA akan sponser kos untuk sambung belajar terpulang pada mereka untuk buat pilihan, sama ada belajar part time @ full time dengan gaji separuh dan macam-macam la, aku pun tak arif.

Bidang apa aku pun dah tau yang sesuai dengan tugas aku Mass communication, emm nak cakap lebih2 aku pun tak tahu, tapi dalam bidang ni pun banyak lagi subjek-subjek yang memang telah di praktikkan dalam jabatan, aku nak cuba, aku nak tahu kemampuan aku dan kalau ada rezeki mungkin boleh digunakan untuk kenaikan pangkat, cuma bukan untuk naik pangkat semata tetapi untuk mengukur kemampuan diri dan tahan kecederdikan aku je.

Masa sekarang bila tak ada kelayakkan dan kelulusan orang pandang sebelah mata je, ye memang pengalaman tu ada, tapi kelayakkan pun perlu seiring, In Shaa Allah mudah2an Allah mengizinkan aku untuk tunaikan niat dan cita-cita, apa pun aku hanya mampu merancang, tapi sebelihnya Allah yang tentukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan