Khamis, 29 Oktober 2015

Tak Lena... Lena

Inilah lokasi@ temp at solat aku anak beranak, alhamdulillah sederhana tapi selesa


Ini le tempat solat dan beribadah masa di rumah. 2 ke 3 hari ni, asyik tidur di tempat solat je. Sementara tunggu Isyak konon2 nak baca yassin sudahnya, yasinan dalam mimpi. Kesian jugak asyraaf, sama-sama berjemaah tidur tergolek2. Tidur atas sejadah pulak tu dengan telekung bagai, eemm... aku rasa macam tak berapa nak terurus beberapa hari ni, nak kemas malas 200%, nak jugak tunggu hari cuti.
 
Gambar ni masa kemas aka pic lama. Hakikatnya semak dengan baju yang kononnya nak lipat, selonggok membukit kat atas karpet tu. Toto yang digunakan semasa tetamu datang pun terletak dan disimpan. Penat sangat ke aku ni, kebelakangan ni pun sementara tunggu waktu aku bukak le Al-Quran, kalau dah bukak Quran tak kan le main tenis pulak kan.... ngaji le jawabnya. 

Tak sangka apa yang aku buat diperhatikan asyraaf, biasa le dia bila TV iklan, dia menjenguk le aku kat bilik. Dia pun bukak Quran jugak, kononnya2 nak baca katanya. Eeeemmm... ye la asalkan jangan kacau aku, tapi kacau jugak, masa tu jugak la nak cium ibu la nak sayang ibu la.... alah!!!! lemas aku dibuatnya, tapi tu la nak buat macam mana aku yang ajo, sekurang-kurangnya  di dapat belajar tentang kasih sayang, semoga besar nanti jadi anak yang penyayang dan bertimbang rasa...  lebih baik daripada  kasar tak tentu hala...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan