Khamis, 8 Oktober 2015

Tetamu




Rumah aku ni memang jarang terima tetamu. Aku pulak memang tak ada nak pelawa sesiapa datang ke rumah, bukan tak sudi nak jemput tapi segan rumah tak ada apa2 sungguuuhhhhh.... sebenarnya aku malu, memang belum bersedia nak jemput kawan-kawan datang rumah. Rumah aku memang paling simple rasanya. Yang ada semua yang asas, lebih2 masih dalam perancangan, atau senang cerita belum ada kemampuan la.





Walau bagaimanapun, ada jugak la kawan2 yang dah datang ke rumah, kawan 1 office, orang datang aku hidangkan makanan je. Ada jugak tetamu dari johor datang tumpang rumah, tapi tu la sedih sebab tak selesa tidur di toto je, kesian jugak. Ada jugak yang tumpang sampai seminggu, aku suruh bawak toto sendiri duk di bilik tetamu. Tu la, apa nak buat kalau aku kaya, aku terus beli rumah kat putrajaya je dengan furniture kikikiki..... Kelmarin aku sampai ambik cuti nak kemas rumah nak beli barang sikit, termasuk le bantal kikikiki..... dah terdesak baru aku cari.

Baru-baru ni pun aku terima tetamu dari johor jugak al maklum la orang naik pangkat, so aku OK je,  tapi bila orang nak datang kepala otak ni fikir macam2, sempat jugak beli tilam... kikiki.. fikir macam mana nak aturkan barang dalam bilik, sudahnya tetamu duduk di bilik Asyraaf, so aku duk bilik tetamu tidur dengan tilam baru, tilam je katil x de. Selesai masalah, semua berjalan lancar.



Sempat jugak ajak kawan senegeri datang rumah 1 family dinner di rumah aku, peh!!!!! ramai2 memang seronok, tengok dia orang makan dengan berselera lagi la seronok, ada orang tak cakap, tapi tanda masakan kita sedap bila orang makan bertambah... eemm..... tapi bila orang puji sedap lagi la seronok kan.... kembang hidup sekejap kikikiki.... aku tau dah... itu ayat Asyraaf..



Nak jamu tetamu punya pasal aku siap buat dessert mango flot dan Ice Cream Layer Cake Nattleta Cheese fuh!!!!! suka dia orang, kalau beli kat kedai kek nak2 kat putrajaya memang mahal tau hehehehe... Kawan2 biasanya tengok kat FB aku je, biasa la aku asal masak post FB, asal post kat FB lauk pauk, bila datang rumah dapat la dia orang  merasa.

Sebenarnya aku memang suka orang datang, sebab tetamu membawa rahmat kepada tuan rumah, lagi pun bukan selalu jumpa kawan2 nak borak2 bagai, masa yang singkat itu la yang ada. Itu pun tak tercerita kalau setahun 2 punya cerita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan