Selasa, 3 Februari 2015

Berwajah Baru Dengan Shelf Boltless Storage

Stor Berwajah Baru

Emmm.... memang seronok tengok selepas siap dikemas. Tetapi!!!!!!!!!! sebelum nak sekemas ini punya lintang pukang aku nak siapkannya. Kisahnya bila ada iklan offer dalam paper, memang murah la kan kalau RM79.90 berbanding RM1++. Hari Sabtu lepas siap membasuh baju sekolah Asyraaf guna tangan dan guna mesin, siap sidai, sempat cuci tandas aku sebelum mandi. Sarapan dulu sebelum ke Masjid besi hantar si bujang senang mengaji, lewat sejam tapi masanya dari jam 9.00 hingga 12.00 tengahari bila sampai tak dok orang. So terus la ke giant di warta bangi, kat situ je la yang aku tahu huhuhu. Sempat la ke Mr. DIY sebelum ke Giant.
 
 
 
 
 
So aktiviti bermula dengan mengosongkan stor,keluarkan segala yang ada didalam, memunggahkan semuanya, sampai stor betul2 kosong kemudian  menyapu dan mengemop pulak. Peh!!!! berlambak barang2 aku kat dalam bilik tetamu dan pintu masuk rumah dekat meja makan lagi, MasyakAllah, memang banyak barang.




Lantai dah kering baru mulakan pemasangan rack, macam senang tapi tak semudah itu, sebab tak menggunakan sebarang skru, main lari2 pulak besi tu, nasib baik tak di hempapnya aku, tak de le cedera berat pun kalau kene, tapi boleh benjol dan lebam la jugak kalau kene, nasib baik la tak kene kan!!!!!

 
 
Memang terkial2 jugak le aku memasang, pasang atas bawah lari, pasang bawah atas tercabut, sebab tak de tukul besi, kaki tanggan aku yang jadi pengukul kuat mana aje besi tu nak kukuh, itu pasal main lari2 dengan aku. Sudahnya seret je ke dinding.
 


Sempat jugak le aku masak Maggie ekor asam laksa, haaa!!!!!! kau ada!!!! hahahaha.....  ada dengar kan!!!!! tapi ekor asam laksa aku manu dari aku, dah ada ekor dalam frez.  masuk je la dalam magie, mak!!!!! aiii sangat lembut digigit, cukup empuk, "cepat dimasak, sedap dimakan" memang terasa ekornya hahahahaha............. Perut memang da tahap kebuluran, tahap gigil kepala lutut da, baru nak makan.




Dah siap pasang nak memasukkan semula barang, bukan setakat masukkan aje. Siap semak kertas bagai yang mana penting simpan yang patut humban, buang je, MasyakAllah memang banyak sampah, banyak kerja, banyak masa diperlukan beg2 kertas dan plastic lipat elok2 yang mana boleh digunakan nanti letak sebekas setempat je. Nak guna senang nak cari Fuh!!!! tak larat siap sambung ahad. tak tunjuk keadaan yang haru biru dengan barang yang dikeluarkan, memang betul2 nak sambut tahun baru cina aku ni...hahahahahhaa.....



Sudah la gitu pening pulak kepala macam mana nak menyusun atur barang2. Yang ada di cabinet dapur pun habis aku letak dalam stor jugak, ada space tak pe jangan tak de. Akhirnya selepas bertungkus lumus siap jugak, Alhamdulillah dah kemas!!!!! sebelum ni almari baju asyraaf yang aku letak kat store ni, da ada  yang baru almari baju tu letak la dalam bilik tetamu, yang tak serupa bilik, sementara ni jadi tempat sidai baju. Perlahan-lahan la untuk hasilkan bilik tetamu ni.

Tapi hilang kekemasannya sebab masukkan jugak tong gas, dan kipas, almaklum le tak de keperluan untuk digunakan. Setiap bilik ada kipas yang tak ada di dapur...... dan stor hahaha elok le tu pisar dalam stor.







 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA