Rabu, 28 Mei 2014

Setahun Berlalu...



Pejam celik aku dah setahun di Putrajaya. Cepat sungguh masa berlalu. Banyak pengalaman aku perolehi, tapi masih belajar, dan banyak lagi yang perlu dan ingin aku pelajari. Setahun aku di Putrajaya 11 tahun aku di Jabatan. Siapa sangka impian untuk menetap dan bekerja di Putrajaya jadi kenyataan. 

Walau pada  mulanya penempatan aku di tempat sekarang membimbangkan malah terkejut mengapa aku ditempatkan disini. Aku tetap melangkah pergi, dalam gusar dan bimbang apa akan jadi seterusnya hanya fikirkan yang positif untuk memujuk hati dan minda.

Sebenarnya ramai yang nak ke tempat aku,  tetapi bukan mudah, ada yang berminat tapi tak dapat, latar belakang pemohon untuk kesini jugak memainkan peranan. Hanya 1 didalam jabatan, disini bagai lubuk duit. Memang mewah dengan OT dan TNT. Tapi aku yang tak berkira malah tak maukan itu semua... untungnya aku "Jadi insan terpilih". Aku akur pikul juga tugas yang diamanahkan, memang terasa beratnya tanggungjawab ni, berbanding teman2 seangkatan yang masih melakukan tugas yanga sama, malah ramai juga di tempat bertugas yang sama.

Alhamdulillah, orang kata "tak kenal maka tak cinta", setelah melalui dan melaksanakan tugas dan setelah mendapat kerjasama yang baik dari semua orang, sekarang sudah rasa seronok dengan tugas. Aku bekerja bukan kerana duit semata-mata, namun rezeki dari Allah untuk aku sentiasa ada disini, sebagai hamba-Nya. Biar aku tak punya pengaruh dan teman rapat yang memahami. Cukup Allah sahaja tahu niat dan keikhlasan aku.

Memang tak di nafikan, tempat aku ni berkontroversi.  Aku post pic tak bertudung pun ada molot "puaka" kata rosak ida masuk PENTARAMA, hanya kerana gambar yang 1 itu. Hakikatnya, aku tetap aku yang dulu, cuma sekarang lebih lantang bersuara, sesiapa yang cuba dengki @ lebih mudah, niat tak baik secara terang-terangan memang aku cakap pun terang2 jugak. Aku tak suka!!!! Aku akan baik dengan orang yang baik, begitu juga sebaliknya, mengapa harus menghormati orang yang tak tau menghormati, so disitu adalah adil, tak kiralah usia, sepatutnya yang tua harus memberi contoh yang baik kepada yang muda.

Apa pun yang pasti, jika ada jati diri dimana pun kita berada dan ditempatkan tak akan jadi masalah. Apa yang penting pembawakan diri. Kalau niat tu betul tak de masalah. Cuma pada dasarnya sebagai manusia tak semua suka kita, dan aku tak akan mampu memuaskan hati manusia yang ada disini. Maklum la rambut sama hitam hati lain2. Buat apa pun cakap belakang tu perkara biasa, 1 je aku tegaskan, orang cuba pertikai kerja aku, aku juga boleh pertikai kerja orang, kerana aku pun tau kelemahan masing-masing, cuma aku berdiam diri kerana itu bukan masalah aku.

Menetap di ibu kota metropolitan, segalanya mahal. Tapi sesungguhnya perancangan Allah itu sungguh teratur, dalam rasa sedih dan susah aku di beri kemudahan dan cepat dapat menduduki kuarters, berbanding kawan2 lain bertahun2 menunggu giliran... cukup berbeza dengan nasib aku, hanya 5 bulan dari permohonan secara onlilne... hujung bulan 7 permohonan dibuat, bulan 8 dapat panggilan dari BPH mohon aku kemukakan dokumen yang mereka perlukan... 4 bulan aku berfikir dan Istikharah.... seminggu selepas hantar dokumen aku dapat jawapan.... 

Alhamdulillah syukur....  walaupun dalam keadaan yang tak bersedia... aku hadapi juga seorang diri, dengan wang ringgit dan tenaga sendiri, dengan keadaan gaji lama, tapi Allah bagi juga kemudahan.... dalam urusan kuarters... menaiki kenderaan jabatan....  bantuan dari kawan serumah. Dalam keadaan pendapatan yang terhad, aku masih mampu menguruskan secukup-cukupnya....


Apa yang penting Asyraaf ada disamping aku, dia semangat untuk aku berjuang meneruskan kehidupan ini. Sesungguhnya Allah merestui niat dan menunaikan impian untuk bawa Asyraaf tinggal bersama aku dan terus berjasa kepada anak yang diamanahkan, walaupun tidak sempurna seperti ibu2 yang lain, yang penting, tanggungjawab itu dipikul, keperluan tersedia. Walau penat dengan tugas di pejabat tanggungjawab kepada anak tak pernah aku lupa. 

Sekarang aku rasa selesa, walaupun keadaan rumah masih tak sempurna. Aku tetap berusaha menyempurnakannya. Putrajaya dah tak kekoh bagi aku. Seronok tinggal disini, sekolah dekat, pejabat dekat, Klinik Kesihatan pun dekat...... 




Selasa, 27 Mei 2014

Moliform Pilihanku...



Moliform Pilihanku... ceh!!!!! iklan.... dalam banyak2 benda, sama ada pakaian, makanan, kasut, beg apa je la.... aku tak kisah, apa pun, ada brand ke tak. Tapi 1 je pakaian dalam hanya brand molifrom jadi pilihan aku. Bukan senang nak cari brand ni, boleh jumpa d the store je untuk setakat ni.... Dah lama aku menggunakan brand ni, try yang biasa2, tak ngam la... mungkin kualiti ..

Not bad la mengenai designnya, aku suka yang berenda, bersulam, bewarna warni bagai.... dan bila membeli aku akan pastikan pilih warna yang tak de kolaksi.

Benda yang 1 ni kalau nak beli, perlukan masa.... mesti try.... saiz yang sama tak menjamin keselesaan.. yang penting cup yang sesuai dengan yang punya badan tu sendiri. Kadang2 saiz kecil tapi cup besar..... Apa yang penting bila pakai selesa, dan gam2 dengan bentuk badan... 

Penting sebenarnya pemilihan bra untuk menjaga kesihatan payudara wanita... bukan aku punya aje tet!!!!! Itu pun terpulang kepada masing2, ada orang tak kisah.... Tapi aku ambil kisah....

Pelik ke kalau cerita pasal bra... huhu... semua biasa tengok, yang ada bini lagi le biasa, tak de yang luar biasa, semua biasa-biasa. Bukan lucah pun, bukan aku tunjuk aku punya!!! Cuma pandangan orang berbeza... so p lantak la sama orang lain, yang penting aku nak cakap jugak aku pilih brand ini haaaaaaaaaaaa.... agak2 boleh jadi model tak.... hahaha....

Isnin, 26 Mei 2014

handphone Rosak pulak!!!!!!!!!!!!!!!!

kepentingan hp bukan untuk tipon je... untuk selfie jugak hehehehee
Nak buat macam mane dah takdir, hp aku mati pulak.... mati tak mau hidup2..... macam orang le pulak.... nak kene tanam la ni jawabnya... majuk ke apa... geram aku, aku ketuk2 dah geram punya pasal. Ingat bateri habis, dah caj tak makan saman jugak... ahhh.. dah la malas nak layan...

Jadinya nak kene beli baru.... eemm..... duit lagi dalam aku nak menyimpan, ada2 je yang mengganggu. Tak sempat nak ke kedai handphone, rasa macam bateri problem.... kalau tak belai bateri jer huhuhu... jimat duit aku....

Nampaknya buat setakat ini, aku buat tak kisah je.... Rasanya tak de orang yang penting untuk dihubungi... ye tak???? ye la agaknya.... kalau ada yang send mesej @ whatapp..... biar je la tak de yang special pun...
setakat whatapp pasal kije, kat umah fikir kerja nak tidur fikir kerja..... buat masa ni.... aku menyepi dulu...

Mana tau dapat hadiah ke... cabutan bertuah ke apa ke... kih...kih...kih... memang tak le.... dalam mimpin pun tak mungkin.... huh!!!! tu la sombong.... kononnya..

tak pe la a
ku nak balik kampung nak cuti!!!! minggu depan seminggu aku cuti, dengan tipon rosak,.... macam terancang je hehehe... memang tak dapat dihubungi le jawabnya hehehe... aku nak merayap ke Muar... berapa punya bulan yang lepas aku dah tengok hp kat samsung depan wetex... cuti ni aku nak merayap kat sana... alahai macam tangkak tak de kedai tipon... hehehe Aku dah terkenan tang tu tang tu jugak aku cari...

Ahad, 25 Mei 2014

Salah siapa????????

eemmmmmm........ sejak dua menjak ni, aku asyik cerita pasal kerja. Banyak tekanan dan bebanan tugas malah tekanan perasaan di buatnya melayan kerenah birokerasi manusia. Dalam istilah kerja, kerjasama sangat penting.... itu yang paling dan lebih penting.

Tapi kat sini lain ceritanya, Ikut kepala sendiri..... Yang aku pening, masalah yang ada tak di ambil kisah, tapi sebok duk memburukkan orang. Cari salah orang, sekali.... dua kali... tiga kali.... Aku boleh le layan untuk dengar... tapi bila dah lebih. Telinga dah letih, mata dah layu... Tak mau tau la semua tu, Sampai bila!!!!!. Yang duk mengata sana sini apa le dapat.... Masalah kije yang perlu diselesaikan. 

Kita yang namanya manusia tak de yang tak buat salah dan silap tetapi sekurang-kurangnya, sayang kan kerja, lakukan kerja dan pedulikan kerja, bukan pedulikan masalah orang seolah-olah diri sendiri sempurna tanpa masalah.

Tugas yang datang untuk dilaksanakan, bukan menuding jari mencari salah siapa. Semua manusia tak perlu menjadi malaikat yang duk mencatit ini salah dia ini salah engkau.... Yang jadi salah adalah bila tak mau bertolak ansur tak mahu bekerja sama. Semua di perhatikan. Orang yang memerhati ada pancaindera, so mereka boleh menilai siapa yang buat kerja siapa yang buat bodoh....

Sampai bila lah sikap begitu nak diteruskan. Aku tak kuasa nak melayan. Selagi aku boleh diam, aku diam la.... tapi bila aku dah bersuara takut ada yang bermasam muka. Memang aku malas nak peduli. Tapi aku tak suka keadaan begini, dan aku adalah sebagaian darinya. Suka tak suka kene hadap juga.... 

Susah agakya nak bekerjasama. bukan ke seronok kalau baik dengan semua, kerja tidak berkira. Nampak sangat orang sekarang nak kerja untuk jawatan, tapi bukan nak buat kerja, bila tak ada kerja cari salah orang.... Aku nak cakap je. contohilah aku, aku tak cemburu Bos dapat cemerlang, itu takdir dan rezeki Tuhan tentukan. Aku tak marah kalau rakan seangkatan keluar out station dan aku di opis menghadap kerja yang rata-rata ramai tak suka nak buat. Tapi aku sanggup buat.Walau aku sebok buat kerja aku tak cemburu kawan seangkatan tidur bersendoooo... 

Aku berada disini, bukan atas pilihan sendiri, tetapi diarah dan ditepatkan. Aku tak suka ditempatkan disini. Tapi aku masih boleh lakukan tugas, masih boleh bekerjasama dan boleh menjalinkan hubungan baik sesama staff, semuanya atas dasar kerja dan tanggungjawab. 


Jumaat, 23 Mei 2014

Losyen Susut Perut



tengok le badan da macam tong dram!!! salah badan ke salah baju.... 
Eeemm... rasa badan makin naik la..... Aduh!!! pusing kepala duk fikir.... Badan naik pun jadi masalah.... Mesti le!!!! Bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan..... ceh!!! macam cantik sangat!!!! tapi kurus lebih cantik.... Walaupun ada yang kata mantap!!!! Aku nak kurus jugak... Macam sekarang pun OK tapi perut ni ha..... Kene gelak Asyraaf je... Ibu Gemuk.... Ada baby ke ... eh!!! eh!!! bujang senang sorang ni.... suka hati dia je cakap.... Aku memang nak baby.... teringin nak tengok idah junior.... Tapi belum ada rezekinya.... Nak anak kene cari bapaknya dulu... huhu!!!! Usia semakin meningkat pulak tu.. eemmmm Entah2 Asyraaf sorang... Redha je la.... Sekurang-kurangnya aku rasa mengandung, bersalin.... 

Kalau dapat macam Asyraaf 10 orang pun tak de masalah, mengandung tak de masalah. Nak jaga dia pun tak de masalah. Nakal budak tu perkara biasa. Sekarang pandai menjawab, macam mak dia jugak. Nak keluarkan dia je susah.... 1 hari aku tunggu... Itu pun teringin beranak lagi masa dalam pantang, dek seronok jaga anak... ceh!!!!! angan2 cerita lama.

Jadi ceritanya  bila badan dah macam kene pam, aku try losyen susut perut. Aku tengok kawan 1 opis gunakan produk ini sama tapi tak serupa.... biasa la banyak brand. Aku pun beli.... Ada hasil atau tak.... Tengok la nanti. Guna 1 dulu kalau OK, boleh teruskan boleh digunakan pada bila2 masa aje.... Lepas mandi ke, nak tidur ke. Ikut la suka hati.... Tapi memang terasa hangat, sapu tang perut je... nak kempis kan perut. Tang pinggul tak payah, biar berisi sikit hehehehe....



Khamis, 22 Mei 2014

Pandangan orang................

1st aku pakai baju ni ke opis, lama nak pakai tapi beltnya dah rosak, duk cari yang sesuai x jumpa.... Isnin ni la aku pakai, sebabnya malas nak iron baju.... tapi aku iron jugak... tang kakinya berkedut....
Aku segan sebenarnya nak pakai baju ni, sebab betul2 ikut badan. Nampak sungguh dat2 dot2 nya. Tapi mood sungguh2 nak pakai baju ni.

Rabu, 21 Mei 2014

kerja sampai mati

Macam-macam sebenarnya aku nak mencoret di sini tapi tak menyempat, tengah banyak kerja pulak. Cerita pasal kerja, Sekarang ni memang sebok dengan show.... Aku pulak dah tak boleh nak buat apa. Aku jadi tak faham semua mesti di terima. Dah tu suratnya tak de.... Aduh pening!!!! Aku yang jaga fail 2-3 fail je hehe tapi fail penting untuk ISO, walaupun aku baru tapi aku dah faham susur galur untuk proses show, yang jadi masalah bila surat tak ada, tapi  arahan ada mane nak cekawwwww surat permohonan, aku cekaw muka orang yang terima tu karang baru tau.... Aku lagi tak faham orang lama pun tak anggap semua ni penting....Walhal ini sangat penting, nama jabatan untuk dapat ISO... tapi tu la tak nak belajar.... nak lepas kakitangan.... Pejabat bukan tempat berhibur walaupun pentarama memang kijenya mcm tu.

Oleh kerana mak aku dah balik, sampai terdemam2 dia nak balik ahad terpaksa tunda Isnin. Anak tak de orang nak jaga lepas tu minggu ni dia periksa. Memang aku tak boleh keluar. Memang serenda la.... nak buat macam mana.... kat opis pun bukan tak de kije. 

Kerja semakin bertambah kene jaga cuti orang pulak, atau dalam HRMIS PENTADBIR CUTI. Nak kene semak cuti staf, maklum kat bos, dan meluluskan cuti v/s wakil bos. Bukan apa permudahkan semua orang. Nak harap bos aku pun tak tau bila tahun dia nak luluskan. Tau ke dia bukak HRMIS???? kih...kih...kih.... aku ambik cuti 5 hari pun dia luluskan. heheheee..... Sorry la aku balik kg.... macam mane kawan aku cuti le sekarang ni.... ada dia kisah dengan show bagai.... so aku pun tak ingin nak kisah.

Best jugak layan HRMIS ni, aku belajar!!!, pandai la aku.. tambah lagi ilmu.... Alhamdulillah. Peluang ni tak semua dapat.... Aku memang minat part-part yang melibatkan IT bagai... Tapi!!!! dapat kesan cuti orang yang bermasalah. Allah hu akbar fening la. Apa pun yang penting dah maklum bos, tapi aku yang kene  buat tindakan selanjutnya. Kita ni kalau tak memberi sumbangan jangan le jadi kere sumbang.... memang menyumbangkan... aku yang kene buat pulak tu. Sepatutnya Orang yang jaga cuti dulu... oleh kerana dia pun macam kura-kura dan tak kisah dengan kerja, laaa ni  wa kena beb!!!!  

Hok aloh!!! aku ni nak cerita lain, lain pulak aku cerita..... macam bos aku jugak mukadimah dia1/2 jam.... baru dia nak start briefing aduhai... Tu la, nak cerita pasal show jer..... oleh kerana anak tak de orang jaga dengan selamba aku cakap dalam group whatssap mak aku da balik, anak tak de org jaga. Show surat permohonannya pun ntah kat ne.... Aku buat dono jer.... Tak de arahan pun untuk aku buat apa2....  Tapi aku bantu jugak le keluarkan surat arahan.... atas dasar menolong. Kalau nak lepas tangan macam sesetengah orang tu pun tak pe. tapi tak sampai hati... Aku buat je la apa yang termampu. 

Isnin, 19 Mei 2014

Nurbeautyline Soy Collagen Premium




Aku tak pernah berminat dengan makanan kesihatan. Tak pernah percaya, aku memang manusia yang susah untuk di pengaruhi..hahahaha nak nak yang melibatkan duit.... orang nak kasi duit pada aku boleh la... orang beri aku ambil hehe...

Tapi nak di jadikan cerita... Juru tari aka lelaki pulak tu dia cakap Aura white tu bagus, dia mencantikkan @ memulihkan struktur kulit... Wah!!!! aku teruja nak cuba.... Tapi bukan aura white pilihan aku, aku try  produk Nurbeautyline..... Ingatkan murah rupanya sekotak hanya ada 10 sachets je... 1 hari 2 sachets... ek!!! eleh!!!! konon nak jimat@nak yang murah rupanya lagi mahal dari aura white..... memang poyo, aku pun beli bukan nak tanya2..... alahai poyo..... poyohan... 

Oleh kerana sedap, aku jadi ketagih hehe... Aku tak anggap ini makanan kesihatan sekadar minuman soya, memang sedap.... Yang jadi masalahnya susah betul nak cari menatang ni, aku selalu beli kat pasar malam. la ni dah habis. Last2 aku pilih produk lain. soy collagen jugak, Yang ini sudah tamat riwayat kesan degil hehehe. Baca kebaikanya???? 


RAHSIA MUDA JELITA


NURBEAUTYLINE SOY COLLAGEN PREMIUM formulasinya yang mengandungi extra collagen dan tambahan 16 Vitamin mineral merupakan minuman kecantikan yang bakal merubah struktur dalaman kulit anda menjadi lebih sempurna dan menawan.

KHASIAT SOY COLLAGEN PREMIUM NURBEAUTYLINE
Menjadikan kulit yang sihat lebih muda, anjal, cerah dan sekata.
Menjadikan kulit lebih cantik, tegang, lembut, halus, licin dan gebu.
Melambatkan proses penuaan.
Menyerlahkan kejelitaan luaran dan dalaman.
Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah.
Mengekalkan keremajaan kulit, wajah yang muda dan kulit yang sihat.
Membersihkan darah lalu mengurangkan jerawat.
Mengurangkan garis-garis halus dan kedut-kedut.
Mengurangkan paras kolestrol dan memberi tenaga pada tubuh.
maklumat dari : http://www.lidbeautymall.my/all-products/nurbeautyline-soy-collagen-premium-promo-2-kotak-rm50-00.html

Ahad, 18 Mei 2014

Jumaat, 16 Mei 2014

Peti Pertolongan Cemas



first aid kit ramai yang tak fikir benda ni penting tapi pada aku sangat penting. Walaupun mungkin hanya sekadar hiasan, tapi sekurang-kurangnya ada kat rumah. Bukan kita mintak sesuatu yang buruk berlaku tapi bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Tak perlu cakap orang la. Aku pun kadang2 siang ikan pun terkena tangan. ada la ubat kuning untuk ceringkan luka dengan cepat. ada la dattol untuk cuci luka. 

eeemmm...    Betul la, tiba2 teringat. Masa asyraaf luka terjatuh main basikal, aku sapukan ubat kuning supaya cepat kering lukanya yang agak besar di lutut. Aku suka buat sesuatu sambil bercakap dengan asyraaf apa fungsi atau apa tujuan, benda ubat atau makanan.   Setiap apa yang aku buat aku cakap kat dia. Kadang makan pun aku cakap sayur vitamin blah....blah... saje. Untuk pengetahuan dia je.

1 hari aku luka, tak terfikir nak sapu ubat ke apa. Aku kalau sakit ke apa memang jarang nak makan ubat. Tapi tiba2 asyraaf ambik ubat kuning sapu kat luka aku. Alahai terharu. Memang betul la. Kepimpinan melalui teladan. Kita adalah role model kepada anak-anak. Anak-anak i dia la racun dan dia la madu. Eemmm.... Cerita pasal Asyraaf banyak perkara yang aku risaukan tentang dia....

Selasa, 13 Mei 2014

Lelaki... lelaki!!!!!!!!!!


Malu aku nak bercerita pasal lelaki ni, takut orang salah faham. Maklum la aku tak buat salah pun orang anggap salah. Walhal kita tak ganggu pun laki ke anak lelaki dia orang pun. Tak pe la yang penting aku tau apa jalan yang aku pilih. Apa yang pasti tak de manusia yang tak pernah buat salah. Lebih baik aku teruskan cerita ceritara hidup aku disini hehehe

Memang... memang  aku pusing dengan mamat sorang ni. A.. eh!!! Mak mertua.... A.. eh menantu!!!  Apo kono ekau jang.... buek den poning ajo.... Dari awal lagi aku dah cakap aku tak minat nak kawan2. Beriya nak kawan jugak, aku dah cakap ok kalau kawan, kawan2 je la, aku dah cakap aku tak suka lelaki muda. Apa yang patut aku cakap aku dah cakap dah, Ini mesti lupa. 

 Aku dah pening, buat tambah pusing kepala aku je. Bukan le aku tak  suka, Cuma!!! Dia tak menepati kriteria yang aku mau kot!!!. Amboi memilih!!!! Itu le ayat kawan2 kan!!!! Kalau aku memilih aku tak layan mamat ni.  Cuma aku fikir kawan2 apa salahnya. Lagipun aku pun lom ada yang Sirius kan!!! A.. hak!! jadi tak de istilah tak setia.. Kenal dia pun kebetulan. 


Setakat ni dia ok lah, baik je, dia le yang selalu tanya khabar. Dia selalu pedulikan aku, walaupun aku kadang tak pedulikan dia ha..ha.. buzy ler... malas nak layan. Ha..ha... Peel dia yang aku berkenan dia tak nampak macam jantan miang. Dia macam.. eemm... macam pelik.... dia pandang orang macam tak de perasaan... rasa nak bagi penumbuk jer.... hahaha.... faiz...faiz... da la nama macam nama bos aku..

Mengenali aku banyak beri kejutan pada dia... Mula2 kenal, aku tak bagi tau pun status aku hik. hik...hi..hik sampai la 1 hari nak p beli barang motor, baru aku cakap sebab nak bawak asyraf sekali. Terkejut beruk dia wei!!! memang ketara keterkejutan dia,nasib baik tak heart attack. memang aku tak akan bertanggungjawab haha..

Dia ingat aku anak dara tua ke.... agak muka aku ni serupa tembok ke apa... sampai boleh jadi anak dara tua.... adeh!!! Tapi sebelum aku kenal dia memang ada "seseorang" yg cuba nak ngurat, Eh!!! bukan sorang je.... masa status bini orang pun kene ngurat. ceh!!!! "seseorang" itu.. hari2 mesej .... pun macam ni keadaannya nak keluar baru aku bagi tau pasal anak.... tapi bila dah tau status aku dia terus senyap.... memang aku respect kat dia, terus buat keputusan. Nampak dia ada pilihan dan tujuan yang jelas. Nasib baik dia tak suka kat aku, kalau tak 100 kali aku suka kat dia..... kecil molek je orangnya, wajah dia ala2 norman hakim... hensem tu!!! tapi dia tak le setinggi dan seputih norman kahim... kecil molek je orgnya... asal serom pulak tu dah dekat nak balik kampung.... hik...hik...hik.... perasan. Habis cerita pasal zul..

Berbalik dengan si kecik ni, banyak bantu aku bila motor ada masalah. Baru-baru ni pun dia yang bawak aku p kedai motor betulkan apa yang ada masalah, tukar tayar bagai. Alhamdulillah dah ok motor aku, sempat jugak merayap berdua kih...kih...kih... kekok rasanya, tak nampak macam coupel langsung sebab bukan couple pun  kot, dia kat depan aku kat belakang, aku ke kiri dia ke kanan heheheeh.... Aku buat selamba bukan orang kenal aku pun yang penting happy dapat beli long dress lagi. hik hik...

Walaupun duk dekat tapi bukan senang nak jumpa. Aku sendiri pun memang tak de masa untuk orang lain. Masa cuti le masa aku nak kemas rumah. Tapi masa cuti jugak le yang aku selalu kije. kije pulak bukan dekat-dekat. Kadang-kadang aku masak aku bagi kat dia...uuittt!!! suka dia. Dia pun rajin masak jugak tapi yang simple-simple la, orang bujang le katakan. Kebelakangan ni asyik kenal lelaki muda je.  Sebelum ni muda jugak faiz dengan kaz sebaya rasanya.

Kaz ni pun suka memasak jugak, duk rumah sesorang pun masak jugak, dasyat kelulusan pun berkaitan masak memasak apa namanya kulinari ke kuli batak ke.... apa entah. Tapi dia ada cita2 nak bukak restoran. Dia kata kalau kawin dengan dia aku tak payah masak... best le lepas balik aku terus mandi makan kan!!!! bertuah badan cukup setahun besar badan hahaha. Kaz ni pun sorang jugak. beriya2 nak aku... tub2 aku menyepikan diri. Terharu aku di buatnya, bila mak dia boleh terima aku adanya dan walaupun dia boleh terima aku adanya, setuju dengan syarat yang aku bagi, tapi aku dah cuba pujuk hati anggap itu jodoh, tapi akhirnya aku berundur sebab perasaan tak pernah wujud untuk dia. 

Simpati pada dia sebab betul2 mengharapkan aku, dah buat persiapan nak tunang pulak tu dalam diam2... lagi buat aku terkejut sebab dia dah pindah dan berada d putrajaya mengikut seperti mana kehendak aku.. tapi nak buat macam mana, aku tak boleh terima dia, cemburu dia macam abah yap, belum apa2 dah tak kasi kawan dengan lelaki lain, masalahnya aku ni bercampur gaul dengan lelaki nak2 kat opis ni. eh!!!! x boleh jadi. Soal kesetiaan aku tak perlu le kisah, yang jadi masalah orang cemburu ni boleh fikir yang bukan2 dan buruk sangka, aku ada pengalaman sebab tu aku berani cakap sakitnya hati ni tuhan aje yang tahu. Aku selidik jugak mak bapak dia, memang bukan calang2 orang lah mak guru, bapak pegawai. Dia pun kerja kerajaan. Macam2 cara aku duk mengelak dengan dia ni, eh!!!! nak jugak aku, tau la aku comel dari dia kan!!!. Macam2 alasan aku bagi eh!!! dia tetap dengan pendirian dia. Bila aku keras dengan cara aku, dia perli aku.... "u kene sedar diri dan terima orang yang boleh terima u" eeeeee!!!! sakit telingga sampai ke hati.. Lagi le aku bekeras. Ayat dia tu sama je dengan ayat si napie si budak polis. Lagi pun aku tak berpeluang nak kenal dengan dia, jauh!!! dia kat penang, jumpa pun masa anjuran majlis jabatan. Kiranya dia jatuh cinta pandang pertama kat aku kot hik...hik...hik.... kelako pulak rasanya.... boleh buat drama.. Sekurang-kurangnya jumpa la sekali dua sebab aku nak tengok jugak karaktor dia macam mane. Mungkin lah daripada pandangan  fizikal dia bukan pilihan, tapi kalau dia bersikap baik dengan aku, mungkin boleh di pertimbangkan. Masalahnya jumpa pun tak tiba2 nak melamar aku. Dasar budak muda gelojoh betul... Apa pun keadaan aku salute kat dia atas kesungguhan dia, tak semua lelaki macam tu, jujur dan berterus terang, walaupun dia muda tapi kuat semangat. Cuma jodoh tak menyebelahi. Bukan salah aku, jodoh tuhan tentukan. Eh!!! panjangnya cerita pasal kaz. Tak pe la raya nanti aku mintak maaf rasa bersalah pulak pada dia.....


Sekarang ni berkawan dengan si faiz, dia tak de le nak menggatal mcm sesetengah lelaki yang pernah aku kenal. Cuma dia sentiasa dalam pemerhatian kalau dia cuba nak menggatal, cuba cari pasal itu le alasan untuk aku tinggalkan dia. Aku  memang tak de perasaan pada dia, aduh!!!! nampak sangat macam adik2. Walaupun dia kata ok je itu le ini le. Tapi hati aku yang seketul ni keras sungguh. Bukan senang nak sayang kat orang lain oooiii. Hati tak boleh di paksa.

Minat!!!!! tak setuju betul..... biarlah jodoh dengan orang yg menyenangkan hati...

Lagipun aku tak sesuai untuk dia, dah la bujang muda pulak tu, masih banyak masa untuk dia mendapatkan calon yang sesuai. Kat opis ni semua salahkan aku, memilih la, itu lah, ini lah.... Masalahnya aku lom jumpa calon yang sesuai. Biarlah orang nak cakap sombong ke ego ke, biarlah diri aku, orang lain peduli apa. Macam mane nak jumpa calon2 yang sesuai kalau dah kije aje tak sudah2. Eeemmm.... Sampai ketua le mcm ni jawabnya.

Di Akhirat dah tak perlu.....
eeee....eeee.... ramainya lelaki yang aku kenal ek!!!! yang tak masuk dalam cerita ni tak kira lagi hehehe..... Tak pe la semuanya pengalaman dan pengajaran dalam mengenali sikap manusia yang namanya lelaki...... Biarlah apa orang nak kata, biarlah apa orang nak cakap.... biar lah apa nak jadi..... aku malas nak fikir.... Soal jodoh dia akan tiba jika ada.... jika sebaliknya. Aku pasti dan yakin Allah dan tentukan hidup aku ini le yang terbaik.... Redha je la.... Ye hikmah rehda tu menenangkan...

Kebahagiaan tak semestinya berdua atau berpasangan. Apa yang penting gembira dengan kehidupan yang dimiliki sekarang. Selebihnya usaha dan tawakal

Isnin, 5 Mei 2014

Daging Deng Deng



Bahan : 

1. 3 biji bawang putih
2. 4 biji bawang merah (lebih pun tak apa)
3. 1 inci halia
4. 1/2 inci lengkuas
5. 3 tangkai Serai
6. 3 senduk besar lada kisar
7. 1 mangkuk kicap (untuk di perap bersama daging)
8. 2 senduk kicap kipas udang manis
9. 1 mangkuk gading (siap dihiris)
10. minyak masak secukupnya

Caranya :


Daging diperap dengan semangkak kicap dan ketepikan. Tumbuk @ kisar bahan 1-5. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah dikisar, setelah bahan tumisan naik bau masukkan lada kisar. Apabila lada sedikit garing, masukkan pula daging yang diperap beserta kicap. Biarkankan daging dengan api kecil @ sederhana dan sentiasa di kacau agar sekata dan tidak hangus di bahagian bawah, Setelah kuah menjadi kering, daging deng deng siap untuk di hidang.

p/s : Cadangan kicap kipas udang tak perlu tambah perisa. Sesuai dimakan dengan roti, pulut & lemang.