Isnin, 5 Mei 2014

Daging Deng Deng



Bahan : 

1. 3 biji bawang putih
2. 4 biji bawang merah (lebih pun tak apa)
3. 1 inci halia
4. 1/2 inci lengkuas
5. 3 tangkai Serai
6. 3 senduk besar lada kisar
7. 1 mangkuk kicap (untuk di perap bersama daging)
8. 2 senduk kicap kipas udang manis
9. 1 mangkuk gading (siap dihiris)
10. minyak masak secukupnya

Caranya :


Daging diperap dengan semangkak kicap dan ketepikan. Tumbuk @ kisar bahan 1-5. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah dikisar, setelah bahan tumisan naik bau masukkan lada kisar. Apabila lada sedikit garing, masukkan pula daging yang diperap beserta kicap. Biarkankan daging dengan api kecil @ sederhana dan sentiasa di kacau agar sekata dan tidak hangus di bahagian bawah, Setelah kuah menjadi kering, daging deng deng siap untuk di hidang.

p/s : Cadangan kicap kipas udang tak perlu tambah perisa. Sesuai dimakan dengan roti, pulut & lemang.

2 ulasan:

  1. mesti sedap ni...saya suka juga makan daging walaupun tak selalu masak daging tapi bila dah masak saya sorang yang makan rasa membazir pulak masak...suami dan anak2 tak suka makan daging jadinya saya pun ikut tak suka juga. Lagipun kadang terkena daging yang keras dan liat...tu yang sakit gigi nak mengunyahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun kurang minat dengan daging, daging kan susah nak hadam, tapi daging deng deng ni awak boleh cuma time raya korban kan dapat daging free hehehee sedap misah cuba le...

      Padam